FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Air Mata Di Malam Pertama

3 posters

Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Mon 23 Jun 2008, 1:51 am

Hatiku
bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu
sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara
duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang
berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.
Hari ini adalah hari
yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan
seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal
suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya.
Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya.
Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para
hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“
Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak
semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga
hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi
tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka
kepada suamiku tatkala ijab kabul.
“ Ya Allah! Bahagiakanlah hidup
kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan
penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.
aku bertafakur sejenak.
Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu
banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada
keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
“ Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang
lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk
mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

to be continue............... bunga
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Mon 23 Jun 2008, 1:56 am

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini
membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila
dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
“ Sayang….!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku
supaya melihat wajahnya.
aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia
mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan
zamrud kejari manisku.
“ Abang…!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang
telah sah menjadi suamiku.
“ Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap,
abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..” Bisikku perlahan. “
Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang
bahagia.” Janjinya padaku.
Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain
daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan
kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit,
tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang
hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat
kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak
dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih
sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah
berpakat begitu.
aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat
membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang
isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia
bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar
dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
“ Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana.” Ayah
memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di
halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan
bicaranya.
“ Apa dia ayah, mak? Macam penting saja.” Soalku tanpa menaruh sebarang syak
wasangka.
“ Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”
“ Apa!!!” Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih
belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu
mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang
tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“ Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?!” Soalku agak kecewa dengan
keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang
denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan
masa depanku.
“ Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan
perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum
bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya
bertindak demikian.
“ Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat
seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.” Ujar mak setelah
sekian lama membisu.
“ Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya
berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak
lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang
tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.
“ Ana……!” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
“ Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami
terlalu sayangkan Ana.”
“ Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di
hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang
patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan
keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin
kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah
melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa
dalam hidupku. Tanpa mereka berdua. Aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat
dunia ini.
“ Ahhhhgggg……..” Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku
utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu
tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan
hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu
maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat
juga nak kemaskan semua ni.
“ Nanti kita kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah
selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak
boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di
bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak,
kakak dan adik.
Selesai saja iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi
imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke
arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan
ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib
kami pada malam itu.
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Mon 23 Jun 2008, 1:58 am

Betapa
hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu
membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan
mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi
imam.
“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa
atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan
yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami
apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”
“ Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat
keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada
golongan orang-orang yang muttaqin.”
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami
bersalaman. Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
“ Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia
kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
“ Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung
wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
“ Abang nak kemana tu?” Soalku.
“ Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya.
“ Dah lah tu. Rehat sajalah. Esok kita boleh sambung lagi.” aku kasihan
melihatnya, keletihan.
“ Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba
mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.
“ Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap saja saya buatnya.” Dia masih
berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa
peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di
halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua
barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap
meja.
“ Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
“ Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”
“ Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.
“ Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati
pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
“ Ish…abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti
malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
“ Apa nak malu, kan
sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum.
“ Tau lah, tapi tengok lah keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih
dari cium pun Ana bagi.”
“ Betul ni?” Soal suamiku cepat-cepat.
“ Ish…gatal lah abang ni!” Dia cuba
mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai
betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini. Aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang
suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak
mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku
tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup
suamiku.
“ Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku
berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah
selesai mengemas barang-barang.
“ Abang ni, terkejut Ana tau!” aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga
bagaimana suamiku memujuk.
“ Alaa…….sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.
“ Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam
ni sebab isteri abang dah merajuk. kasihan kat abang ya…..!” aku mula tersenyum
dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
“ Sayang….!” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Mon 23 Jun 2008, 2:01 am

“
Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku
pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
“ Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”
“ Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.
“ Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?”
Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
“ Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
“ Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
“ Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”
“ Ish…..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku
ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
“ Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama
banyak lelaki dan perempuan.”
“ Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan
suamiku tersenyum gembira.
“ Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di
pipiku.
aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan
penyayang. Aku rasa dilindungi.
“ Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.
“ Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami
bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
rasa lapar lah juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja
aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat
serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar
untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang
memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur,
mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai
suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang
hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah
berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi
kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
“ Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan
seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya
nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku
rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga,
tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
“ Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan
penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa
depan hidupku.”
“ Ya Allah. Aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan
hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam
menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar
malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan
menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami.
Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut
sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani
suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku
hanya duduk di birai katil.
“ Masuklah, pintu tak berkunci.” aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah
suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya
menghampiri dan duduk di sisiku.
“ Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” aku tak
menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam
pertama begitu membanjiri jiwaku.
aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang
terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
“ Habistu apa yang sayang menungkan ni?”
“ Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
“ Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang.
Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.
“ Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak
kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut…..” aku
tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan
telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.
“ Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima
segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan
pasal itu. Ok sayang!” Bisiknya.
aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
“ Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” aku bangun
membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat.
Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa
hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
“ Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di
beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba
memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
“ Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka
tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
“ Pasal peminangan tu.” Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang
bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan
buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
“ Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak
pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku
mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk
menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu
hakikatnya.
“ Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.
aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak
walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku
memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
“ Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana
keputusanku memihak kepada mereka.
“ Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” aku rasa
lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul
aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan
terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu
pertemuan sebelum ijab kabul
nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
“ Kenapa pula macam tu? Kan
lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan
keputusanku itu.
“ Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan
mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” aku
berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku
di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah
bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran.
Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.
“ Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil
mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
“ Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam
dah dekat pukul 1 pagi.
“ Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar
cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa
kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat
luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa
atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai
berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air
kepadanya.
“ Bang…….” Seruku.
“ Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
“Malam ni abang nak…….nak…..” Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.
“ Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.
“ Ah….abang ni.” aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat
membaca fikiranku.
“ Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.
aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak
dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang
mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
“ ,
wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.
“ Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah
kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak
segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri. Aku mesti sentiasa patuh
kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan
ketetapan Tuhan dan Rasul.
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Mon 23 Jun 2008, 2:01 am

bersambung dahhhh...........
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by lavender Wed 16 Jul 2008, 9:37 am

mak oi....panjang berjela ur story...tapi best.... Sad Arrow cinta
lavender
lavender
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : "JusT LoOk n CeE"...
Gender : Female
Jumlah Post : 243
Umur : 42
Tarikh Register : 22/01/2008
Reputation : 3
Points : 6107

Character sheet
Mutiara Kata saya: "LuV UrSeLf.....BeForE U LuV Others..."

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Sun 20 Jul 2008, 12:08 am

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda:
“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”
Rasulullah bersabda:
“ Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”
Rasulullah bersabda:
“ Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”
Rasulullah bersabda:
“ Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong –menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.
Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata. Aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
“ Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
“ Abang ok saja. Mungkin sejuk sikit agaknya.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
“ Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
“ Nakallah abang ni.” aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
kasihan aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
“ Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
“ Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.”
“ Zul sakit ke?” Tanya ayah.
“ Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca agaknya.” Jawabnya.
“ Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.
“ Nanti Ana ambilkan ubat.” aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
“ Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.
“ Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
“ Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”
“ Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”
“ Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”
“ Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.” Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
“ Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah Kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
“ Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang ya!”
“ Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.
“ Abang tidurlah.” aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus saja mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.


“ Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.
aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin…..
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Sun 20 Jul 2008, 12:09 am

TAMAT bunga
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by osien Tue 22 Jul 2008, 3:31 pm

akum awan biru...bestlah cite awak ni....saya ni penyedih orgnye.....mula2 baca asal panjang sangat ni....tapi bila dah bace semuanye memang best..dan sambil menitiskan air mata .............
osien
osien
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : selidik perangai manusia
Gender : Female
Jumlah Post : 82
Umur : 42
Tarikh Register : 09/01/2008
Reputation : 0
Points : 6158

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by awan_biru85 Tue 22 Jul 2008, 5:12 pm

Andai Ku Tahu - Ungu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yg terus menghantuiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6147

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Air Mata Di Malam Pertama Empty Re: Air Mata Di Malam Pertama

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum