Saidina Ali Bin Abi Talib
Page 1 of 1
Saidina Ali Bin Abi Talib
Saidina Ali Abi Talib (Arab: علي بن أبي طالب) ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.
Kehidupan Awal
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah, tempat paling suci bagi orang Islam. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menjadi yatim dan kemudiannya dibela oleh datuknya yang kemudiannya meninggal dunia, Abu Talib
menjaga Rasulullah s.a.w. Saidina Ali dan Nabi Muhammad yang merupakan
sepupu dibesarkan seperti adik-beradik. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah
berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah
s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.
Saidina Ali di Madinah
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk
Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi
kemajuan umat Islam.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632M)
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar
dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa
Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar enam bulan selepas Saidina
Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar.
Golongan Syiah
percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada
Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi
khalifah. Ahli Sunah Waljamaah pula percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali.
Karamallahuwajha
Menjadi khalifah ke-4
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan
wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat
kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi
Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau
akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Pentadbiran Saidina Ali
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah
ialah dengan menghapuskan pemberontakan yang ketuai oleh isteri
Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat
Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban manakala Saidatina Aisyah kembali ke Madinah.
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi
menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman.
Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat
bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah
merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui
siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum
qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara
hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah
kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman.
Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina
Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke
atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8099
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak