FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

melucuti hijab wanita

+2
unta^selsema
Fieza
6 posters

Go down

melucuti hijab wanita Empty melucuti hijab wanita

Post by Fieza Wed 03 Dec 2008, 10:52 am

melucuti hijab wanita

> Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan
yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang
memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su').
Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha
agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk
melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
>
> Berikut adalah cara bertahap:
>
> I. Menghilangkan Definisi Hijab
> Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa
pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan
agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita.
Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan
namanya tetap pakaian.
>
> Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke
negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
> halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian
syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan
sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja,
maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
>
> Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka
syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
>
> Pertama, Membuka Bahagian Tangan
> Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak
apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan
syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga
seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
>
> Kedua, Membuka Leher dan Dada
> Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan
untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi,
yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai
pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya
sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
>
> Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher
dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian
sensitif lagi dari dadanya.
>
> Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
> Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya begitu-begitu saja, yak
"cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si
wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu
bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,"
syaitan memberi idea baru.
>
> Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan
kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang
agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah.
Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka
jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
> kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
>
> Keempat, Agak di Buka Sedikit
> Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru
yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu,
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?"
Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk
atau naik kenderaan. "payah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah,
yang penting enjoy," katanya.
>
> Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
>
> II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
> Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih
"power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
>
> Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
> Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini
baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang
kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala.......
orang tetap menamakannya dengan jilbab."
>
> Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit
tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
>
> Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
> Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen
lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis
dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat
kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
> baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.."
>
> Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
>
> Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
> Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi
dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas
tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki
mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus
menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi
kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga
bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan
mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas
lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
>
> Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,"
bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum
lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga
wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat
bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh
atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di
pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman
ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
ketinggalan zaman."
>
> Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan
tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
>
> III. Serba Mini
> Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-
harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,
sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus
terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
>
> Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan,
terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai
fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat
beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja,
pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan
lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki,
fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata
kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin
dan diterima oleh manusia.
>
> Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian
paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah
dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan
"bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan
na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai,
"Menelanjangi Kaum Wanita."
>
> Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang
di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti
kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau
sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu"
Syaitan tak ingin ambil risiko.
>
> Penutup
> Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,
terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis
dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan
telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk
mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka
mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita
muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang
menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
>
> Wallahu a'lam bisshawab.
>
> Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'hari asy syaithani",
Adnan ath-Thursyah
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : melucuti hijab wanita Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8099

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by unta^selsema Sat 06 Dec 2008, 11:37 am

melucuti hijab wanita Purdah11
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 6045

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by noriatul Wed 10 Dec 2008, 12:51 pm

cantiknya mata wanita tu..... Shocked
noriatul
noriatul
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : melucuti hijab wanita Johor_10
Jawatan : jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 1779
Umur : 40
Tarikh Register : 09/01/2008
Reputation : 10
Points : 6294

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by nizamsha Wed 10 Dec 2008, 10:24 pm

Bagus kalau di print dan ditampa di meja engineer mude depan aku ni...ahaks...bio tersedar diri...
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 6127

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by unta^selsema Fri 12 Dec 2008, 8:13 pm

nape lak zam..lom smpi seru lgik si engineer tu kot..
hehe
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 6045

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by nizamsha Sat 13 Dec 2008, 2:39 pm

rasenye lah.....menggoda.....tapi sayanglah..not my type lah....nantgi aku pos kat ko jelah...
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 6127

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by seri Mon 15 Dec 2008, 3:02 am

cantiknya..
seri
seri
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : STATE REGISTRED NURSE
Gender : Female
Jumlah Post : 149
Umur : 40
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 6548

Character sheet
Mutiara Kata saya: mencari permata yang hilang...

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by unta^selsema Mon 15 Dec 2008, 3:09 pm

nizamsha wrote:rasenye lah.....menggoda.....tapi sayanglah..not my type lah....nantgi aku pos kat ko jelah...

ok aje..he he he
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 6045

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by rubaniibrahim Sun 08 Mar 2009, 10:47 am

nafsu sahwat telah dijadikan oleh Allah, jika tiada, tiadalah makhlok yang ramai ini. jika hijab wanita ini dijaga, kuranglah satu penyebab untuk daya tarikan dan sokongan kejahatan dan kemaksiatan...
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : melucuti hijab wanita Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5945

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

melucuti hijab wanita Empty Re: melucuti hijab wanita

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum