Maulidur Rasul
3 posters
Page 1 of 1
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul
Seperti
kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena
keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di
Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan
Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap
tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur
Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di
peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam
menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam
berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw
lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh.
Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam
kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua
ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada
malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh
sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh
ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9
Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa
Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden
yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud
Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan
Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir
pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen
tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati
bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan
April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M
pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh
pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9
Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil
seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal
ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan
bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka
langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat
dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan
dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum
subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya
bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah
pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga
ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan
tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya
akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah
tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat
hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak
melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli
Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada
penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif
diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita
umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw.
Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih
kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah
suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah
satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar
diteruskan, InsyaAllah.
Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal1426H/maulud.htm
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11074
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Maulidur Rasul
Mari kita ikuti sedikit kisah ketika detik kewafatan Rasulullah S.A.W yang kita cintai dan sayangi:
AIR MATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada
Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang
sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul
maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh
kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti
di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu
ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya
Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan
khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah
berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik
semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah
ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat
lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan
hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis
mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?”
- “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa
cintanya Rasulullah kepada kita..

Anas bin Malik r.a. berkata: “Ketika roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” |
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11074
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Maulidur Rasul
Sebak bile Rasullullah S.A.W berkata:
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku"
betapa sygnya Rasulullah pada umat-umatnya..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua...
Mari kita banyak kan selawat ke atas nabi agar kita memperolehi keberkatan...
Semoga kita meningkatkan ilmu serta iman kita kepada Allah S.W.T...amin

Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud
Maksudnya:
"Ya
Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga
Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah,
berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti
telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11074
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Maulidur Rasul
FADHILAT BERSELAWAT KE ATAS NABI.
Waktu-Waktu berselawat
Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
Diantaranya :
- Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
- Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
- Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
- Beroleh keutamaan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat.
- Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
- Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
- Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.
- Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .
- Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .
- Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .
Waktu-Waktu berselawat
Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
Diantaranya :
- Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam
masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud )
- Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah ,selawatlah keatas Muhammad “
- Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .”( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )
- Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .
- Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad: “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”
- Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi
takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “
- Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua
daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
- Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud“ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “
- Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
- Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah ,sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .
- Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . SabdaNabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
- Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorangmembaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )
- Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w :“ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya,melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)
- Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam .Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai
kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah
mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ ( Hadis riwayat Ibnu Sunni )
- Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting .Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai
dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
- Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w: “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat
ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
- Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan
berselawat kepadaku . “ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
- Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ (Hadis Riwayat Ahmad )
- Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ (Hadis Riwayat Thabarani)
- At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11074
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Maulidur Rasul
Mengubah minda.
http://drmaza.com/home/?p=567
http://drmaza.com/home/?p=567
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6091
Re: Maulidur Rasul
"Jika setiap kejadian yang tidak
bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan
semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun
bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam
bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang
kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

byduri- AHLI JUNIOR
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 47
Umur : 42
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 0
Points : 5835
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Maulidur Rasul
peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah
jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini
dan diantaranya ialah;
jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini
dan diantaranya ialah;
-
Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada
12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini
adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam
di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul
Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun
ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9
Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh
lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. -
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah
Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur
40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara
rasmi di Makkah al-Mukarramah. -
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di
Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib.
Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal
dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal
dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. -
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman
Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar.
Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah
peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan),
Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
-
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H
bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah
ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. -
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat,
para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan
dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani
Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak
boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah
kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian
jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra
Ahli Bait Rasulullah saw. -
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni
Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan
Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. - [size=12ukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin
tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka
pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. [/size] -
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir
tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera
Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada
tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah
warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja
dan muzium dan tiada lagi
suara azan di negara tersebut.
byduri- AHLI JUNIOR
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 47
Umur : 42
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 0
Points : 5835
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak