FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

3 posters

Go down

suspek Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by sweetcouple Sun 27 Dec 2009, 8:54 pm

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham
Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau
kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda
kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan
tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap
lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam
kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan
tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya
ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan
: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan
aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka
berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku
naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu
pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji
Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan
disinari cahaya baginya".


mari la kita sama2 nasihat-menasihati..ingat-mengingati..insaf-menginsafi..
renung2kan..dan selamat bertemu duga~
moga kita adalah golongan A..amin..
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6990

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

suspek Re: Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by aedes14 Sun 27 Dec 2009, 9:27 pm

igt kn mati...
org yg bijak..
aedes14
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan Kuala_10
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 161
Umur : 39
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 6040

https://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

suspek Re: Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by sweetcouple Sun 27 Dec 2009, 11:01 pm

Sweet terbaca artikel tersebut..sweet terasa ia amat baik untuk dikongsi bersama... =)
sweetcouple
sweetcouple
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan Selang10
Jawatan : penyelidik
Gender : Female
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6990

Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Back to top Go down

suspek Re: Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by aedes14 Tue 29 Dec 2009, 9:31 pm

sweetcouple wrote:Sweet terbaca artikel tersebut..sweet terasa ia amat baik untuk dikongsi bersama... =)

tul 2..
harap ada org baca..
aedes14
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan Kuala_10
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 161
Umur : 39
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 6040

https://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

suspek Re: Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by JiJaH_5098 Tue 29 Dec 2009, 10:20 pm

ye betul.. sama2 muhasabah diri..
JiJaH_5098
JiJaH_5098
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : tkg_msk
Gender : Female
Jumlah Post : 49
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2009
Reputation : 0
Points : 5525

Back to top Go down

suspek Re: Jom Temu Duga! Semua Diwajibkan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum