FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

hidayah NUR dari ALLAH swt untuk hamba yg terpilih......

Go down

hidayah NUR dari ALLAH swt untuk hamba yg terpilih...... Empty hidayah NUR dari ALLAH swt untuk hamba yg terpilih......

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 9:46 am

PEKAN NANAS: Wajah gembira dan terharu jelas terpancar dari wajah
Mohd Elias Abdullah, 28, kerana penantiannya untuk memeluk Islam lebih
20 tahun, tercapai apabila dia secara rasmi melafazkan dua kalimah
syahadah, sekali gus bergelar saudara baru.



Lebih manis, impiannya itu tercapai ketika dia kini
ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas (DIPN) di sini, sejak
tiga bulan lalu kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan hanya
mempunyai masa sebulan saja lagi sebelum diusir ke negara asal.
Dalam majlis ringkas di surau DIPN kira-kira jam 3.30 petang semalam,
Mohd Elias atau nama sebenarnya T Munusamy tenang ketika mengucapkan
dua kalimah syahadah serta ikrar sebagai saudara baru dipimpin Pegawai
Dakwah Pejabat Kadi Pontian, Ustaz Zoolshuhaifi Hashim.
Baginya, dia memilih Islam sebagai pegangan hidup selepas tertarik
dengan solat lima waktu terutama solat berjemaah serta ibadat lain
seperti puasa.
“Bagi saya ada perkara yang menarik mengenai solat, setiap kali melihat umat Islam mengerjakannya, saya berasa sayu dan tenang.
“Di negara asal, saya tinggal di kalangan orang Islam menyebabkan
perkara ini bukan sesuatu yang baru, tapi bersyukur kerana selepas
sekian lama menyimpan hasrat, kini impian itu menjadi nyata.
“Banyak lagi yang perlu saya belajar, pastinya dugaan perlu ditempuhi
amat mencabar lebih lagi terpaksa berpuasa dengan kehadiran Ramadan,”
katanya.
Menurutnya, dia turut berterima kasih pada
kakitangan DIPN berikutan banyak membantunya dalam mencapai impian
bergelar saudara baru. Sebelum ditahan, Mohd Elias yang berasal dari
Madras, India, mendakwa bekerja di sebuah kedai gunting rambut di
Skudai secara sah, bagaimanapun mula menghadapi masalah apabila ditipu
ejen menyebabkannya gagal memperbaharui dokumen kerjanya.
Sebelum ditahan, dia yang berkobar-kobar memeluk Islam, beberapa kali
berjumpa jemaah di surau meminta bantuan dan nasihat, tetapi beberapa
kali tertangguh atas sebab tidak dapat dielakkan.
Lebih
malang apabila usahanya turut terbantut selepas dia dicekup polis
kerana gagal menunjukkan permit kerja yang sah serta dihantar ke DIPN
dan bakal diusir ke negara asal.
Sementara itu, Pegawai
Imigresen Tinggi DIPN, Mohd Zulkiflee Satilo, berkata sebelum ini
pihaknya pernah membantu seorang pendatang tanpa izin warga Kemboja
ditahan di situ untuk memeluk Islam. “Bagi kami, permintaan tahanan untuk memeluk Islam bukan boleh
dilakukan dengan sesuka hati, kami akan menilai kesungguhan individu
terbabit kerana risau jika hasrat disuarakan itu helah untuk mendapat
perhatian atau layanan istimewa.
“Tapi selepas dinilai dan
pemerhatian dijalankan kami mendapati Mohd Elias bersungguh-sungguh
ingin memeluk Islam. Oleh itu kami terpanggil untuk membantunya,”
katanya.




-metro online-
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : hidayah NUR dari ALLAH swt untuk hamba yg terpilih...... Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6764

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum