TAKUTI SYIRIK.........
Page 1 of 1
TAKUTI SYIRIK.........
Takuti perkara membatalkan Islam
Ustaz Zainudin Hashim
Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak
bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang
diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber
itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan
Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.
Kerana
keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa
kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia
berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh
makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.
Sama
ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia
bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu,
Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah
untuk diperhitung amalan-amalan mereka.
Yang mengikut, patuh
serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah
s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk
memasuki syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia,
kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah
yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban
ke dalam api neraka.
Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah,
Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu
mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau
juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya
di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk
diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok
sahaja disenaraikan.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.
. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari?at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11.
Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik
daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum
thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini
bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik
daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila
seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak
sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa
agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan
Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi.
Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at
Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi
dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).
13. Begitu
pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak
berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan
dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai
pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14.? Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15.? Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21.
Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan
dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22.
Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w.
atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan
hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27.
Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang,
terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29.Tidak
mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar
dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30.
Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan
adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya
atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda
adalah contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang
mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah
ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32.Membuat
sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf
berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33.
Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik
kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian,
bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya
seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan
banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang
mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang
tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan
benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah
sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. - lanh _

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak