FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kisal Rasul: Pemuda beribu bapa K***zir

Go down

Kisal Rasul: Pemuda beribu bapa K***zir  Empty Kisal Rasul: Pemuda beribu bapa K***zir

Post by azrunia Mon 16 Aug 2010, 10:11 pm

NABI Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina.



Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan
Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah kelebihannya yang tiada pada nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab
dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus
berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Selepas beberapa hari dalam
perjalanan, Nabi Musa sampai ke tempat itu dan dengan pertolongan
beberapa penduduk, Baginda bertemu dengan orang itu. Selepas memberi
salam, Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah
itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke bilik dan melakukan sesuatu
di dalam sebelum keluar dan membawa seekor K***zir betina yang besar. K***zir
itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal
ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
K***zir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Selepas itu K***zir itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke
bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor
K***zir jantan yang lebih besar. K***zir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. K***zir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela K***zir? Kita tidak boleh berbuat begitu,"
Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua-dua K***zir itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana
mereka melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi K***zir
yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya
dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada ibu bapaku seperti mana
yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka K***zir, aku tetap
melaksanakan tugasku.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah
agar mereka diampunkan. Aku bermohon Allah menukarkan wajah mereka
menjadi manusia sebenar tetapi Allah belum memakbulkan," tambah pemuda
itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada
Nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di
syurga nanti kerana berbakti kepada ibu bapanya. “Ibu bapanya yang
sudah buruk dengan rupa K***zir pun dia berbakti juga. Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Allah berfirman lagi yang
bermaksud: "Oleh kerana dia berada di maqam anak yang soleh di sisi
Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di
neraka, Kami pindahkan ke syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa
anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke neraka
pindah ke syurga. Ini hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu
bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
K***zir. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu bapa
kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan
penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga
dewasa.
Doa anak yang soleh akan membantu ibu bapanya
mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan ibu
bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan
bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak
kepada ibu bapanya ialah dengan doanya supaya mereka mendapat tempat
yang terbaik di sisi Allah.
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Kisal Rasul: Pemuda beribu bapa K***zir  Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6764

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum