FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Makanan untuk orang sakit - kosmo

Go down

Makanan untuk orang sakit - kosmo Empty Makanan untuk orang sakit - kosmo

Post by Fieza Sun 19 Jun 2011, 9:45 pm

Makanan untuk orang sakit


Makanan untuk orang sakit - kosmo Ru_01.1





MENYEDIAKAN sebanyak 10,400 hidangan kepada ribuan pesakit yang
berbeza latar belakang kesihatan pada setiap waktu makan bukan cabaran
yang kecil.
Apatah lagi jika penyediaan tersebut perlu mematuhi kualiti yang
ditetapkan dan pada masa yang sama ia enak dan sihat untuk dinikmati
oleh pesakit.
Jurnal baru-baru ini berpeluang memasuki dapur Hospital Kuala Lumpur
(HKL), iaitu hospital yang mempunyai jumlah pesakit paling ramai di Asia
Tenggara, untuk melihat lebih dekat bagaimana penyediaan makanan
dilakukan di hospital yang berusia 149 tahun itu.
Bermula seawal pukul 6 pagi, 40 kakitangan Jabatan Dietetik dan
Sajian (JDS) sudah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Sebelum itu, data pesakit dikemas kini untuk memastikan hidangan yang
bakal diagihkan nanti mencukupi.
“Terdapat dua jenis kelompok diet yang perlu disediakan setiap kali waktu makan bermula dengan sarapan sehingga makan malam.
“Kami menyediakan hidangan diet normal untuk semua pesakit yang tidak
mempunyai masalah berkaitan pemakanan dengan tiada modifikasi
dilakukan tetapi penyediaannya lebih mengutamakan cara yang lebih
sihat.
“Tidak hairanlah jika pesakit mendapati rasa makanan tersebut sama
dengan makanan di luar hospital,” ujar Ketua jabatan berkenaan, Ridzoni
Sulaiman.
Jelasnya lagi, pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan makanan
seperti diabetes, darah tinggi, pesakit renal atau buah pinggang, tinggi
kolesterol, mereka akan dihidangkan dengan makanan yang disediakan
mengikut diet terapeutik.
“Beberapa modifikasi perlu dilakukan dalam penyediaan makanan bagi
diet terapeutik untuk disesuaikan dengan keadaan penyakit pesakit
seperti kandungan garam dikurangkan, tiada penggunaan bahan perasa dan
santan digantikan dengan susu rendah lemak.
“Selain itu, JDS juga menyediakan diet vegetarian untuk pengamal
sayur-sayuran dan diet kanak-kanak untuk pesakit cilik di sini,” katanya
yang turut menyediakan pilihan makanan pedas atau biasa kepada semua
pesakit kecuali kepada mereka yang menjalani diet terapeutik.
Dengan adanya seleksi pilihan makanan terdiri daripada lapan menu
berbeza untuk kitaran lapan hari, JDS turut menawarkan pilihan menu
kepada pesakit yang menghuni kelas satu di mana mereka boleh memilih
untuk menikmati hidangan biasa atau hidangan ala Barat.
“Bukan itu sahaja, mereka turut diberi keistimewaan untuk memilih menu alakad seperti tomyam, sup ayam dan mi goreng mamak.

Cincang makanan

“Bagaimanapun, prosedur penyediaan makanan sihat masih dikekalkan
untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan kepada perawatan pesakit,”
jelas Ridzoni.
Bagi sebilangan kecil pesakit yang tidak boleh makan makanan biasa
seperti pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), bekalan makanan buat mereka
turut disediakan.
“Kami menyediakan produk susu khas yang lengkap dengan semua zat dan nutrien yang diperlukan pesakit.
“Untuk pesakit kanser usus pula, JDS akan menyediakan diet lembut yang telah diubahsuai daripada diet normal mereka.
“Biasanya, mereka akan mengambil makanan yang dicincang atau dikisar sebelum boleh mengambil makanan pejal,” katanya.

Makanan untuk orang sakit - kosmo Ru_01.2
AMALAN kawalan penyediaan makanan penting untuk memastikan makanan bersih dan selamat dimakan.




Bermula daripada bekalan makanan basah dan kering yang diterima pada pukul 9.30 pagi, kakitangan JDS sudah mula sibuk.
Ada yang menimbang barang, ada yang mencuci sayur dan ada yang memotong buah. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing.
Menurut Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Hamizal Amir Nordin,
boleh dikatakan hampir semua kakitangan di dapur HKL sudah arif dengan
jumlah garam atau gula yang perlu dimasukkan ke dalam masakan.
Bagaimanapun, setiap makanan akan diuji rasa terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pesakit.
Hamizal ialah antara orang yang bertanggungjawab menentukan sama ada
makanan tersebut mencapai kualiti yang ditetapkan atau tidak.
“Kualiti makanan ditetapkan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI
) di mana makanan yang dihidangkan kepada pesakit perlu bebas daripada
pencemaran bahan asing.

Ayam tanpa kulit

“Selain itu, kajian kepuasan pelanggan terhadap penerimaan makanan di hospital perlu melebihi 80 peratus.
“Di HKL, kami mengamalkan tiga jenis kawalan iaitu kawalan amalan
anggota pengendali makanan, kawalan operasi dan kawalan rasa.
“Uji rasa untuk hidangan diet normal dan terapeutik wajib dijalankan setiap kali waktu makan oleh pegawai bertugas.
“Ini penting untuk memastikan makanan dimasak mengikut rasa yang
sepatutnya dan memberi peluang kepada kita untuk melakukan pembetulan
segera sebelum makanan dihidang kepada pesakit,” jelas Hamizal yang
memberitahu tahap kepuasan pelanggan terhadap makanan yang disediakan
oleh hospital itu pada tahun lalu secara keseluruhannya ialah 84.7
peratus.
Tidak hanya meletakkan rasa sebagai penanda aras, kebersihan dan
keselamatan makanan adalah perkara yang tidak boleh dipandang mudah.
Kata Hamizal, bermula daripada penerimaan bahan mentah,
prapenyediaan, memasak sehinggalah menghidang ke katil pesakit, setiap
langkah yang diambil perlu dilakukan dengan cermat dan teliti.

Makanan untuk orang sakit - kosmo Ru_01.3
AYAM tanpa kulit dipilih untuk memastikan pesakit mendapat makanan yang sihat.




“Setiap bahan mentah, sama ada sayur, ikan atau ayam, akan dibasuh
dengan garam, tepung atau asam jawa sebelum dibilas sebanyak tiga kali.
“Selepas itu, barulah ia dipotong,” katanya yang hanya menerima ayam tanpa kulit daripada pembekal.

Ramadan

Berkongsi pengalaman dengan seorang kakitangan JDS, Hishamuddin
Shamsudin, 32, banyak maklumat yang dipelajarinya sepanjang lima tahun
berkhidmat di dapur HKL.
“Sebelum ini saya adalah chef di atas kapal milik Syarikat
Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) yang setiap hari belayar
mengelilingi dunia.
“Namun, kesibukan di atas kapal serta sering berjauhan daripada keluarga menyebabkan saya ingin pulang di tanah air.
“Sebelum ini saya pernah bekerja sehari di HKL tetapi saya berhenti
kerana beranggapan ia kurang menarik. Namun, kini ia adalah kerjaya yang
sangat menyeronokkan.
“Di sini, saya belajar untuk memasak dengan cara yang lebih sihat
walaupun menggunakan bahan alternatif. Rasanya masih juga enak,”
katanya.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Hishamuddin semasa tahun pertama kerjayanya di HKL ialah memasak pada bulan Ramadan.
“Memasak untuk ribuan pesakit ketika berpuasa memang mencabar, risau
juga tentang kualiti rasanya tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang
bukan beragama Islam, kerja memasak lebih mudah.
“Secara peribadinya, kecur air liur juga bila aroma rempah kari ayam
mamak yang sedang ditumis memenuhi ruang dapur,” katanya yang berasal
dari Utara.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Makanan untuk orang sakit - kosmo Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8099

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum