FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

‘Musuh baru’ Singapura-Ambil langkah atasi denggi

Go down

‘Musuh baru’ Singapura-Ambil langkah atasi denggi Empty ‘Musuh baru’ Singapura-Ambil langkah atasi denggi

Post by Lord Vlad Fri 22 Jun 2007, 10:30 am

‘Musuh baru’ Singapura -- Ambil langkah komprehensif atasi wabak denggi


berita luar negara : - copy from utusan online

SINGAPURA 21 Jun – Sejak beberapa bulan lalu, pekerja-pekerja yang memakai kemeja lengan pendek putih dan seluar biru tua, menjalankan pemeriksaan di seluruh Singapura bagi mencari musuh kecil, nyamuk aedes, pembawa virus demam denggi.
Media tempatan sering merujuk pegawai kesihatan alam sekitar itu sebagai ‘penangkap nyamuk’ dan tugas mereka semakin penting berikutan peningkatan kes demam denggi sejak beberapa minggu lalu.
Minggu lalu, jumlah kes demam denggi dalam seminggu meningkat kepada 401 kes, mengatasi jumlah 378 kes seminggu semasa wabak demam denggi.
Penyakit itu telah menyebabkan dua kematian setakat tahun ini.
Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) bertugas seperti tentera dalam usaha memusnahkan tempat pembiakan musuh itu.
Seperti mana tentera, mereka turut menggariskan pelan pembasmian komprehensif, termasuk peta kawasan sasaran, laporan jumlah jentik-jentik aedes yang dibunuh atau kawasan pembiakan yang dimusnahkan serta kawasan yang terdapat ancaman atau ancaman muncul semula.
Bergerak secara sistematik ke tempat-tempat sasaran, pasukan pemusnah nyamuk itu, kini berjumlah kira-kira 500 pegawai, pergi dari rumah ke rumah, dan ada ketikanya terpaksa melutut untuk memeriksa longkang bagi memastikan nyamuk tidak membiak.
Menurut NEA, hujan sekejap-sekejap ditambah dengan keadaan cuaca panas merupakan antara punca peningkatan kes.
“Keadaan itu memberikan peluang kepada nyamuk untuk membiak dengan cepat dalam lopak air bertakung yang terbentuk di seluruh pulau ini,” menurut agensi itu.
Pihak berkuasa itu bukan sahaja berdepan dengan musim denggi tetapi juga perubahan jenis virusnya daripada Den-1 kepada Den-2, yang turut menyumbang kepada peningkatan kes denggi.
NEA berkata agensi itu, bersama-sama 25 anggota Pasukan Petugas Denggi Antara Agensi, akan terus menjalankan langkah pencegahan dengan menumpukan pada pemeriksaan harian untuk mencari dan memusnahkan habitat pembiakan nyamuk.
Selain rumah, pemeriksaan turut diadakan di kawasan luar rumah, longkang, bangunan, tapak pembinaan, taman, tanah kosong atau menurut NEA, “mana-mana infrastruktur atau kemudahan yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.”
Sejak bulan lalu, NEA menjalankan 171,022 pemeriksaan berbanding 85,218 pada April.
Selain 500 pegawai kesihatan alam sekitar NEA, seramai 300 lagi pegawai dari jabatan lain turut ditugaskan sejak akhir bulan lalu.
Dua tahun lalu, ketika kemuncaknya wabak demam denggi yang menyebabkan 12 kematian dan menjangkiti beribu yang lain, Singapura menggunakan khidmat panel pakar untuk menasihatkan kerajaan mengenai cara-cara menangani masalah itu.
– Bernama
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ‘Musuh baru’ Singapura-Ambil langkah atasi denggi Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7899

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum