FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

+2
zen
falci
6 posters

Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by falci Wed 12 Aug 2009, 4:11 pm

BERITA HARIAN 12 oGOS 2009

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40,000 jururawat am di hospital dan klinik
kerajaan kini dalam keadaan "mati akal dan kecewa" berikutan sungutan
mereka yang telah lama berhubung usaha meningkatkan skim perkhidmatan
mereka tidak diberi perhatian.


Mereka kini menuntut penyelesaian segera sebelum kerajaan
"kehilangan" mereka kepada sektor swasta," kata Setiausaha Agung
Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa Cuepacs telah menubuhkan
sebuah pasukan petugas di peringkat tinggi untuk membuat satu
memorandum komprehensif berhubung sungutan jururawat berkenaan.








Katanya, kongres itu memberi keutamaan kepada
jururawat kerana "mereka dianggap sebagai penjawat perkhidmatan
kritikal" dan adalah bahagian penting bagi sistem perkhidmatan jagaan
kesihatan awam di negara ini.


"Tanpa jururawat, kualiti sistem perkhidmatan kesihatan awam
kita terjejas teruk kerana mereka menyediakan jagaan rawatan yang
penting kepada ribuan pesakit setiap hari," katanya.


Pada masa ini, jururawat diletakkan dalam kumpulan sokongan bersama-sama dengan lulusan SPM pada gred 29 (RM1,239-RM2,744).










Ahmad
Shah berkata, walaupun mereka adalah lulusan SPM, mereka perlu
menjalani kursus diploma selama tiga tahun untuk menjadi jururawat am
dan oleh itu mereka perlu diletakkan dalam kategori pengurusan dan
profesional gred 41 (RM1,471-RM5,222).


Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati jururawat am
dibebani dengan tambahan tugas dan tanggungjawab berikutan kekurangan
jururawat am dalam perkhidmatan kerajaan yang pesat berkembang.


Ia bukan perkara biasa bagi para jururawat untuk menjaga 50
hingga 60 pesakit bagi setiap giliran jadual kerja selama 10 jam yang
memerah mental dan fizikal.


Jururawat berpengalaman juga mendapat permintaan tinggi
berikutan pertumbuhan pesat hospital dan klinik swasta tempatan dan
seberang laut.





Seorang
jururawat am di sektor swasta tempatan memperoleh pendapatan dua kali
ganda berbanding rakan mereka dalam perkhidmatan awam manakala di Arab
Saudi ia hampir empat atau lima kali ganda daripada Malaysia.


"Dengan perbezaan dalam pendapatan dan permintaan yang besar
bagi mendapatkan khidmat jururawat, dan demi kepentingan negara,
kerajaan perlu melihat rungutan mereka dengan segera," katanya. -
Bernama
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7321

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by zen Wed 12 Aug 2009, 4:23 pm

jururawat... Question

p/s;aku nk kena cari bini keje jururawat lah camnie...bleh tumpang senang kmudian hari... pirat minum
zen
zen
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Kuala_10
Jawatan : Jammerz
Gender : Male
Jumlah Post : 210
Umur : 43
Tarikh Register : 03/09/2008
Reputation : 9
Points : 5966

Character sheet
Mutiara Kata saya: Kerana Pulut Santan Binasa...Kerana Mulut Pecah Kepala Badan Binasa...

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by rieyna168 Wed 12 Aug 2009, 4:31 pm

Tahniah buat semua anggota jururawat. Semoga mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang untuk kesihatan sejagat.. Kami sebagai pembantu, hanya mengharapkan kita dapat bekerja secara berpasukan tak kira waktu senang / susah.. Smile
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 10882

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by HH Wed 12 Aug 2009, 5:56 pm

Code:
KUALA LUMPUR: Kira-kira 40,000 jururawat am di hospital dan klinik
kerajaan kini dalam keadaan "mati akal dan kecewa" berikutan sungutan
mereka yang telah lama berhubung usaha meningkatkan skim perkhidmatan
mereka tidak diberi perhatian.


Mereka kini menuntut penyelesaian segera sebelum kerajaan
"kehilangan" mereka kepada sektor swasta," kata Setiausaha Agung
Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini.

tak baik buat sungutan mcm tu...kalau kita lihat perbandingan gaji U29 Misi berbanding dengan Gaji U29 lain-lain kakitangan paramedik memang jauh bezanya...kalau yang baru graduate gaji misi termasuk elaun RM 2300.00 lebih..

lain-lain kategori baru sajer RM2100.00 lebih....

nak kata beban banyak...semua kategori pun punyai beban yang sama...ader yang lebih teruk...tapi mereka menerimanya....

kalau alasan nak lari ke swasta...saya rasa ramai yang masih berfikir panjang....banyak lagi komitmen lain...

lagipun kita lihat sekarang kolej swasta banyak yang menawarkan program kejururawatan ni...mereka ramai yang apply jawatan kat KKM jugak...kenapa mereka tak pergi hospital swasta...sebab kata mereka..masa depan lebih terjamin kat sektor awam...
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 6845

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by PpKp_ Harith Fri 14 Aug 2009, 12:51 pm

PPKp pun teruk gk keja.
siang mlm pg petang..tmbah2 ma wabak cmn.dh tahap kritikal..nk kena ppkp pun risiko tinggi kena.TAPI
nk bt cmn dh memang dianak tirikan terima ja hakikatnya.
PpKp_ Harith
PpKp_ Harith
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PpKp
Gender : Male
Jumlah Post : 163
Umur : 43
Tarikh Register : 11/08/2008
Reputation : -5
Points : 5845

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by babyet Fri 14 Aug 2009, 11:55 pm

rieyna168 wrote:Tahniah buat semua anggota jururawat. Semoga mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang untuk kesihatan sejagat.. Kami sebagai pembantu, hanya mengharapkan kita dapat bekerja secara berpasukan tak kira waktu senang / susah.. Smile

btul3...sharus nya suma misti komited ngan keja..x kira la swasta ka kerajaan.. cheers
babyet
babyet
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 43
Tarikh Register : 29/05/2009
Reputation : 0
Points : 5506

http://babyeety@yahoo.com

Back to top Go down

Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik Empty Re: Jururawat kerajaan tuntut persekitaran kerja lebih baik

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum