FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berkhatan awal lebih baik

4 posters

Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Berkhatan awal lebih baik

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 8:48 pm

Berkhatan awal lebih baik


Oleh ZUARIDA MOHYIN
ACAP kali tiba musim cuti sekolah satu perkara yang tidak terlepas
daripada perancangan ibu bapa ialah mengkhatankan anak lelaki mereka
atau lebih dikenali sebagai ‘masuk jawi’ atau bersunat.
Kebiasaannya, cuti pertengahan dan hujung tahun menjadi pilihan ibu
bapa, apatah lagi mengambil peluang daripada penganjuran majlis
berkhatan beramai-ramai oleh pelbagai pihak berkaitan.
Di Malaysia, amalan mengkhatankan anak-anak lelaki, kalau kita
perhatikan ada sedikit perbezaan trendnya. Apa tidaknya, kalau dahulu
ibu bapa akan menyunatkan anak lelaki pada usia yang agak lewat iaitu
sekitar usia 12 tahun.
Namun, sejak kebelakangan ini, trendnya sudah berubah apabila
kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun telah dihantar untuk melalui
pengalaman paling bermakna dalam kehidupan seorang lelaki. Malah ada
ibu bapa yang mengkhatankan anak lelaki mereka selepas kelahiran.
Hakikatnya, ibu bapa mempunyai alasan mereka sendiri. Ada yang
mengatakan tidak elok dilakukan pada usia terlalu muda, nanti buruk
padahnya. Ada juga yang mengatakan kebaikan sekiranya kanak-kanak
lelaki itu dikhatankan pada usia muda.
Apa pun alasan mereka itu, bagi Presiden Persatuan Perubatan Islam
Malaysia (PPIM), Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed, berkhatan lebih
awal adalah lebih baik.
Beliau juga melihat hal ini sebagai satu trend yang baik. Gesaan ini
bersandarkan kepada aspek kesihatan dan saranan dalam agama Islam itu
sendiri.
Kalau dilihat khatan di kalangan masyarakat Arab, ia berbeza dengan
trend umat Islam di sini kerana mereka memilih mengkhatankan anak
lelaki mereka ketika baru lahir atau pada peringkat usia tujuh tahun.
Perbuatan berkhatan itu sebenarnya untuk membersihkan kawasan sulit
(selaput di kepala kemaluan lelaki) supaya najis tidak berkumpul di
situ dan telah terbukti bahawa berkhatan mampu mencegah pelbagai
penyakit berjangkit.
“Malah di dalam Islam sendiri aspek kebersihan amat diutamakan
terutamanya dalam ibadat wajib seperti melaksanakan solat yang
merupakan tiang agama. Lantaran itu, dengan berkhatan menjadikan amalan
ibadat dapat dilakukan tanpa was-was.

Banyak kelebihan
“Banyak lagi kelebihan jika dilakukan awal. Bagi saya apabila
kanak-kanak ini melalui pengalaman berkhatan lebih awal, mereka mudah
melupakan traumanya memandangkan usia mereka masih muda. Kedua,
pencegahan penyakit dapat dilakukan lebih awal sebagaimana saranan
mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya kepada Mega dalam
temuramah di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, baru-baru ini.
Dr. Abdul Latiff berkata, kecanggihan teknik berkhatan juga menjadi
salah satu faktor yang meyakinkan ibu bapa untuk mengkhatankan anak
mereka pada usia awal.
Katanya, teknik-teknik yang ditawarkan kini dapat mengurangkan
kesakitan, sekali gus tidak meninggalkan kesan trauma ke atas
kanak-kanak itu tadi, mempercepatkan proses penyembuhan dan
mengurangkan komplikasi tertentu.
Beliau yang juga Timbalan Dekan Klinikal, Kolej Universiti Sains
Perubatan Cyberjaya menyangkal pendapat segelintir masyarakat
terutamanya ibu bapa yang beranggapan berkhatan pada usia terlalu awal
akan menyebabkan anak-anak cepat ghairah. Lebih menyedihkan beliau,
apabila hal ini dikatakan menyumbang kepada masalah sosial yang semakin
serius di kalangan remaja lelaki.
Tegas Dr. Abdul Latiff, dakwaan sedemikian tidak benar malah tidak
ada bukti saintifik yang dapat menyokong kesahihannya. Kalau dilihat
bangsa Yahudi, mereka juga mengkhatankan anak mereka selepas kelahiran
lagi.
Aspek keselamatan
Dari segi keselamatan, beliau menyarankan agar pengamal perubatan
mengambil berat semua aspek keselamatan dan jangan terlalu mengejar
keuntungan semata-mata. Ini kerana alat kemaluan lelaki merupakan salah
satu bahagian sulit yang amat berharga.
“Jika seseorang doktor itu tidak melakukan tugas dan amanah mereka
dengan betul serta mengikut etika, berkemungkinan berlaku sesuatu yang
tidak elok kepada ‘mahkota’ lelaki itu.
“Jika sesuatu terjadi, ini pastinya mengundang kesan psikologi
seperti trauma, malah menjadikan seseorang itu dibelenggu sifat rendah
diri sepanjang hayatnya,” jelas beliau.
Sementara itu bagi ibu bapa pula, pastikan terlebih dahulu tempat
dan orang yang akan melakukan khatan itu mestilah yang berkelayakan.
Jika mereka terlalu memilih perkhidmatan yang murah dan cepat,
dibimbangi boleh mendatangkan keburukan dan membahayakan masa depan
anak-anak.
“Pun begitu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa untuk
menghantar anak lelaki mereka yang masih kecil kerana tempat kemaluan
adalah bahagian yang paling mendapat cukup bekalan darah.
“Jadi, ia pasti akan sembuh cuma tempohnya sahaja berbeza,” kata Dr. Abdul Latiff lagi.
Berkongsi pengalamannya mengendalikan acara tradisi PPIM setiap kali
cuti sekolah yang dikenali `Sunathon,’ kata beliau, aktiviti itu
dikendalikan oleh ahli persatuan yang terdiri daripada doktor, doktor
pakar dan pelajar perubatan dari dalam dan luar negara. Ia disediakan
secara percuma kepada kanak-kanak dari lokasi terpilih.
“Kami akan datang ke lokasi sehari sebelum program berkhatan
beramai-ramai. Aktiviti ini bukan sahaja membimbing para pelajar
perubatan untuk melakukan khatan tetapi matlamat utamanya ialah untuk
melatih mereka melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti aktiviti
khidmat sosial sebegini.
“Pada masa yang sama, melakukan aktiviti riadah. Pokoknya, ia bagi
mengeratkan silaturahim antara ahli dan masyarakat luar bandar,” jelas
beliau.
Menurut Dr. Abdul Latiff, PPIM mahu mengubah mind-set bakal doktor
ini bahawa kerjaya mereka bukan mengejar imbuhan material semata-mata.
Lebih penting, mereka melihat apa sumbangan mereka kepada insan yang
kekurangan dan memerlukan bantuan.
“Sebab itulah sepanjang program ini berlangsung, kebanyakan
pengisiannya menjurus agar mereka dapat menyelami kehidupan masyarakat
yang pelbagai status,” kata beliau sambil mengendalikan bengkel
berkhatan kepada pelajar perubatan di kolej universiti petang itu.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Berkhatan awal lebih baik Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7911

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by nizamsha Thu 13 Mar 2008, 9:47 pm

Nasib aku dah sunat awal.....tak sia2 bapak aku paksa aku sunat... keh...keh...keh....Very Happy
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 5939

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by matjohn Thu 13 Mar 2008, 9:50 pm

mana2 yang nakal tu, kita sunatkan sekali lg Laughing
matjohn
matjohn
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : mat lab
Gender : Male
Jumlah Post : 208
Umur : 48
Tarikh Register : 11/03/2008
Reputation : 0
Points : 5906

Character sheet
Mutiara Kata saya: tk nk dengar sudah...dh engkau sorg je cerdik..

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Fri 14 Mar 2008, 1:14 pm

matjohn wrote:mana2 yang nakal tu, kita sunatkan sekali lg Laughing


mcm zam la..nakal..ske dengki diela...hahahahaha
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by matjohn Fri 14 Mar 2008, 10:23 pm

bukan dengki.. nizamsha minat kat diela tu Razz
matjohn
matjohn
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : mat lab
Gender : Male
Jumlah Post : 208
Umur : 48
Tarikh Register : 11/03/2008
Reputation : 0
Points : 5906

Character sheet
Mutiara Kata saya: tk nk dengar sudah...dh engkau sorg je cerdik..

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Sat 15 Mar 2008, 10:53 am

matjohn wrote:bukan dengki.. nizamsha minat kat diela tu Razz


uwwwwwwwwwwwwwww xde maknenyer lol!
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by matjohn Sat 15 Mar 2008, 12:49 pm

oooo... dh bpunya la tu ya?
matjohn
matjohn
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : mat lab
Gender : Male
Jumlah Post : 208
Umur : 48
Tarikh Register : 11/03/2008
Reputation : 0
Points : 5906

Character sheet
Mutiara Kata saya: tk nk dengar sudah...dh engkau sorg je cerdik..

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Sat 15 Mar 2008, 3:54 pm

matjohn wrote:oooo... dh bpunya la tu ya?

bkn pasal dah berpunye..xde..single mingle tingle!
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by nizamsha Sat 15 Mar 2008, 5:17 pm

Wei...ape ni...???? scratch
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 5939

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Sat 15 Mar 2008, 5:32 pm

copp xtaoo matjohn tuh
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by matjohn Sat 15 Mar 2008, 6:04 pm

sori nizamsha, marah ke? Hormat
matjohn
matjohn
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : mat lab
Gender : Male
Jumlah Post : 208
Umur : 48
Tarikh Register : 11/03/2008
Reputation : 0
Points : 5906

Character sheet
Mutiara Kata saya: tk nk dengar sudah...dh engkau sorg je cerdik..

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Sat 15 Mar 2008, 6:11 pm

aiyokk tataoooooooo diela xcampoOoo
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by nizamsha Sat 15 Mar 2008, 7:33 pm

Nothinlah.....its ok.....dont jump over sumting if u didnt know the hazard???
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 5939

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by diela Sat 15 Mar 2008, 8:23 pm

/me perati jerk..
diela
diela
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Tukang IntervIew Orang sAkiT Kat Wad
Gender : Female
Jumlah Post : 354
Umur : 37
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 5917

Character sheet
Mutiara Kata saya: Sayangilah Diri Sendiri SEbelum Meminta Orang Menyayangi KAlian

https://www.facebook.com/ziela.othman

Back to top Go down

Berkhatan awal lebih baik Empty Re: Berkhatan awal lebih baik

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum