FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam

2 posters

Go down

Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Empty Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Post by Puteri Kayangan Tue 31 Mar 2015, 11:28 am


TEMERLOH, 21 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan segera mengkaji semula 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, isu kenaikan elaun dan gaji kakitangan awam telah tertangguh sejak 15 tahun lepas walaupun kenaikan sepatutnya berlaku lima tahun sekali.

"Cuepacs meminta agar gaji serta elaun sedia ada dinaikkan sehingga 35 peratus dan berdasarkan perbincangan awal sebelum ini kerajaan bersetuju mengkaji skim gaji kakitangan awam dalam tempoh lima tahun sekali.

"Langkah itu bertujuan untuk mengelakkan kakitangan berpendapatan rendah berada di bawah paras kemiskinan," katanya selepas majlis penyampaian bantuan kepada 430 mangsa banjir di sini Sabtu.

Turut hadir Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Azih berkata bebanan kerja ditanggung kakitangan awam juga semakin meningkat setiap hari dan penangguhan kajian skim gaji akan mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti dan produktiviti kerja mereka.

Katanya antara elaun yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberikan serendah RM180 kerana kadar itu tidak munasabah bagi mereka yang bekerja di bandar.

Beliau berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu itu dengan kadar segera bagi membantu meningkatkan taraf hidup kakitangan sektor awam terutama yang berpendapatan rendah.

Sementara itu, Abdul Fatah berkata bagi membantu kakitangan awam memiliki rumah di kawasan bandar, Angkasa dan Cuepacs akan bekerjasama membina 600 unit rumah pelbagai jenis dilengkapi perabot dan kemudahan insurans di Putrajaya.

Beliau berkata, satu mesyuarat khas dengan pemaju akan diadakan April ini bagi membincangkan pelaksanaan projek yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan penjawat awam.

"Rumah yang akan dibina itu akan dijual kepada penjawat awam dengan harga yang berpatutan bagi membolehkan golongan berkenaan memiliki rumah sendiri," katanya.

-- BERNAMA
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 32
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5113

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Empty Re: Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Post by Info Bola Sepak Thu 17 Dec 2015, 11:00 am

naik 1 kenaikan jer.... tu pun bulan 7... huhu... kan best kalau jadi ahli parlimen... naik ribu2.... lupa dah brapa....
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Empty Re: Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Post by Info Bola Sepak Thu 17 Dec 2015, 11:02 am

Dewan Rakyat luluskan 
kenaikan gaji, elaun Ahli Parlimen

11 April 2015 1:48 AM


KUALA LUMPUR 10 April – Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parli­men (Saraan) (Pindaan) 2014 ber­kaitan kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lalu.
Shahidan Kassim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata, pindaan tersebut berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada ahli Parlimen.

“Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi,” katanya.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, ahli Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun me­syuarat RM200 sehari apabila menghadiri sidang Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/dewan-rakyat-luluskan-8232-kenaikan-gaji-elaun-ahli-parlimen-1.79812#sthash.9ftYA0pC.dpuf
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam Empty Re: Cuepacs Minta Kerajaan Percepat Kaji Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum