FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Vape di merata-rata!!!

3 posters

Go down

Vape di merata-rata!!! Empty Vape di merata-rata!!!

Post by erin Wed 25 Nov 2015, 12:04 pm

Vape di merata-rata!!! Hqdefault

sal2  & slm 1Malaysia smua...

lme x buat post kt Forum ni. juzt nk share pngalaman psl berhadapan dnegan penggemar Vape @ e-rokok nih. Isu nih dah jd isu negara. termasuklah ada menteri yg sokong vape, dan ada juga menteri yg menentang. 

ada juga komuniti yg mendesak menteri kesihatan memohon maaf brkenaan isu ni. rasanya dah melampau permintaan mereka ni. mcm la isap vape tu satu benda mulia dan terpuji. 

yg isap dah tak menyusahkan orang ok la..... anda dipuji kerana berhermah.

YANG JADI MASALAHNYA JENIS YG TAK SENSITIF NIH. JENIS YANG NI LA YANG MEMBURUKKAN KOMUNITI PENCINTA VAPE. 


MEREKA YANG JENIS TAK BERETIKA NI LA YANG SAYA NAK TEKANKAN KAT SINI. BUKAN SEMUA SUKA HUDU ASAP VAPE ANDA. ANDA CAKAP VEPE TU WAP. TAPI KALAU NAK BERWAP PUN WAP LA SORANG2.... JANGAN MENYUSAHKAN ORANG YANG TAK SUKA WAP VAP ANDA!!!


NI TAK KIRA TEMPAT, DALAM SHOPPING COMPLEX, PASAR MASAL, KOMUTER, LRT, STESEN BAS DAN TEMPAT TUMPUAN ORANG RAMAI. NAK KRA TEMPAT BANYAK LAGI LA KOT YANG TERSENARAI. TERMASUK LA DALAM BAS, KERETA API, SPITAL DAN KLINIK2..... 


BILA DITEGUR BUKAN NAK STOP.... DIMARAHNYA KITA BALIK CAKAP BUKAN URUSAN KITA LA.... JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG LA..... KALAU TAK MENYUSAHKAN ORANG RAMAI TAKDER ORANG NAK TEGUR ANDA.....

ADA OTAK FIKIRLAH SENDIRI DAN GUNA AKAL DENGAN WARAS..... JANGAN JADI MACAM LEMBU..... MEMANG ADA OTAK.. TAPI TAKDER AKAL..... 

sorry semua.... emosi ckit hari nih...... bukan apa... geram dengan sikap angkuh segelintir penggemar vape nih. sebenarnya ramai yang masih ok.... 

so kawan2 forum ada pendapat tak isu nih nak diulas??
erin
erin
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Vape di merata-rata!!! Kuala_10
Jawatan : Peragawati
Gender : Female
Jumlah Post : 83
Umur : 39
Tarikh Register : 05/04/2008
Reputation : 3
Points : 5952

Back to top Go down

Vape di merata-rata!!! Empty Re: Vape di merata-rata!!!

Post by Alixa Fri 11 Dec 2015, 9:05 am

sokong kak erin.... 
ban kaki vape yg xhormat org lain.... jgn buat benda yg xde faedah!!
Alixa
Alixa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Vape di merata-rata!!! Kuala_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 30
Tarikh Register : 22/10/2014
Reputation : 0
Points : 3538

Back to top Go down

Vape di merata-rata!!! Empty Re: Vape di merata-rata!!!

Post by erin Tue 22 Dec 2015, 12:50 pm

hari ni dlm paper dah kuar yg vape ni harap... so klu nk buat benda haram tu fikir la sendiri


ni berita:-

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Penggunaan Vape Dan Rokok Elektronik

Vape di merata-rata!!! FW431182_JB08_031215_VAPE-scr
Gambar Fail Bernama sebagai hiasanSEPANG, 21 Dis (Bernama) -- Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam ini.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Vape di merata-rata!!! FW430334_FEA08_261112_VAPE-scr-horz


Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

"Dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam ini, dari sudut kesihatan dan syariah," katanya.

Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja.

Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

"Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok," katanya.

Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan beracun.

"Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada kepentingan umum dan kebaikan.

"Keputusan pada malam ini juga adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu," katanya sambil menambah penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.

Sejajar dengan keputusan yang dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri-negeri lain mengikuti keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Malah ada pihak berkuasa di beberapa negeri lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak," katanya.

-- BERNAMA
erin
erin
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Vape di merata-rata!!! Kuala_10
Jawatan : Peragawati
Gender : Female
Jumlah Post : 83
Umur : 39
Tarikh Register : 05/04/2008
Reputation : 3
Points : 5952

Back to top Go down

Vape di merata-rata!!! Empty Re: Vape di merata-rata!!!

Post by Info Bola Sepak Mon 16 May 2016, 3:13 pm

marahnya diaaa......

garangnya diaa....

comel2 xelok garang...
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Vape di merata-rata!!! Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6560

Back to top Go down

Vape di merata-rata!!! Empty Re: Vape di merata-rata!!!

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum