FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemansuhan Skim Perkhidmatan Kerana Tidak Relevan - JPA

Go down

Pemansuhan Skim Perkhidmatan Kerana Tidak Relevan - JPA  Empty Pemansuhan Skim Perkhidmatan Kerana Tidak Relevan - JPA

Post by Alixa Wed 04 May 2016, 11:39 am

Pemansuhan Skim Perkhidmatan Kerana Tidak Relevan - JPA  FW468875_KD02_020516_TAKLIMAT-scr


ALOR SETAR, 2 Mei (Bernama) -- Pemansuhan beberapa skim perkhidmatan di bawah rasionalisasi perkhidmatan awam dilakukan kerana skop dan fungsi tugas berkenaan tidak lagi diperlukan, selain tiada penyandang dalam Perkhidmatan Awam.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pemansuhan skim seperti Operator Kamera Offset dan Peniup Kaca juga dilakukan kerana tugasnya yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

"Sebab itu kita kata rasionalisasi skim kita tambah baik dan mana relevan dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia di Wisma Darul Aman hari ini.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Melalui rasionalisasi itu, sebanyak 252 skim perkhidmatan awam dibawah Sistem Saraan Malaysia ditambah baik berkuatkuasa 1 Julai ini.

Dalam pada itu, melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), JPA katanya yakin masalah perumahan dalam kalangan penjawat awam dapat dikurangkan.

"Dalam konteks ini kerajaan ada skim PPA1M, yang mana kerajaan akan laksanakan 100,000 unit, dan kita jangkakan 116,000 unit boleh diselesaikan dalam masa terdekat sehingga 2018, kerana permintaan yang tinggi," katanya.

Pada Ahad CUEPACS mengeluarkan kenyataan mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah, dan 70 peratus daripadanya berumur 40 tahun ke bawah.

Sehingga April lalu, sejumlah 41,880 permohonan diterima bagi 19,225 unit kediaman PPA1M yang ditawarkan.

Program PPA1M membabitkan kerjasama antara kerajaan dan swasta iaitu pembeli yang ditawarkan PPA1M tidak perlu membayar ansuran pinjaman rumah mereka mengikut kemajuan pembangunan tetapi selepas projek siap sepenuhnya.

-- BERNAMA
Alixa
Alixa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Pemansuhan Skim Perkhidmatan Kerana Tidak Relevan - JPA  Kuala_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 30
Tarikh Register : 22/10/2014
Reputation : 0
Points : 3538

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum