FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Leicester City Bawa Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand

Go down

Leicester City Bawa Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand Empty Leicester City Bawa Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand

Post by Info Bola Sepak Wed 04 May 2016, 12:12 pm

Leicester City Bawa Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand Article-2619469-1D8AF1B100000578-192_634x381

BANGKOK, 3 Mei (Bernama) -- Kelab underdog Leicester City yang dimiliki jutawan Thailand dan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat Thailand yang sedang dilanda masalah ekonomi.

Kelab milik Vichai Srivaddhanaprabha ini turut menyejukkan keadaan politik rakyat Thai yang bakal menghadapi pungutan suara berhubung pengundian semula pada 7 Ogos ini.

"Berita kejuaraan Leicester menyejukkan suhu politik di negara ini ekoran referendum," kata pekerja swasta Janjiran Nanan, 34, kepada Bernama.

Wanita yang merupakan peminat Liverpool ini berkata kejayaan Leicester turut merupakan satu sejarah buat EPL.

Populariti Leicester City dalam kalangan rakyat Thai mula memuncak apabila Vichai membelinya pada 2010 selepas menaja jersi 'Foxes' buat tiga musim.

Dengan dimiliki warga Thai, beberapa upacara berkaitan budaya Thai turut diperkenalkan kepada pasukan ini seperti mendapat restu sami Siam sebelum turun padang.

Sittishon Klinhom, 35, pula berkata kejayaan Leicester tidak disangka kerana ia hampir tersingkir daripada liga musim lalu.

"Saya gembira buat kelab ini kerana ia bukan sahaja dimiliki rakyat Thai tetapi turut disokong rakyat Thai sejak sekian lama," katanya.

Kejayaan kelab ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-chan yang mengucapkan tahniah bagi pihak negara dan rakyatnya.

"Ia lebih baik daripada membeli pasukan yang sudah berjaya tetapi kemudian menjualnya," katanya yang ditujukan kepada bekas pemilik Manchester City, bekas perdana menteri Thailand dalam buangan, Thaksin Shinawatra.

Leicester dilapor akan berkunjung ke Thailand bagi memberi penghargaan kepada rakyatnya.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Leicester City Bawa Kegembiraan Kepada Rakyat Thailand Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum