FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selamat Menyambut Hari Guru 2016

Go down

Selamat Menyambut Hari Guru 2016  Empty Selamat Menyambut Hari Guru 2016

Post by Info Bola Sepak Mon 16 May 2016, 3:02 pm

Jasa Guru Tetap Dikenang Dan Disanjung Tinggi
Ulasan Oleh Ravindran Raman Kutty

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setiap kali tiba Hari Guru, ingatan saya pasti singgah kepada setiap guru serta pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya beroleh kejayaan besar dalam hidup saya hari ini.

Dalam hal ini, bagi saya penting untuk ada contoh teladan iaitu seseorang yang memberi inspirasi, memberi galakan untuk kita memburu kejayaan dan menjadi yang terbaik.

Kita belajar daripada mereka, melihat bagaimana komitednya mereka untuk memastikan kita cemerlang. Guru tempat untuk kita mengadu dan mendapatkan nasihat serta bimbingan apabila kita memerlukan.

Sesiapa sahaja boleh menjadi contoh teladan termasuk ibu bapa dan rakan kita. Bagaimanapun, antara contoh teladan yang paling kuat mempengaruhi hidup kita ialah guru kita.

Di samping ibu bapa, gurulah yang sentiasa berdamping dengan kita pada setiap perkembangan hidup.

Kita bersama guru enam hingga lapan jam sehari, lima hari seminggu, maka tidak hairanlah guru akan menjadi antara orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan pelajar.

Mereka dengan tekun mendengar masalah dan mengajar kita bagaimana untuk mengatasi masalah itu dan meneruskan kehidupan kita. Guru bukan sekadar memerhatikan tetapi membantu pelajar-pelajarnya yang sedang mengalami proses pembesaran.

Sekolah adalah rumah nombor dua bagi pelajar dan guru adalah penjaga mereka. Sekolah bagaikan dunia baru untuk pelajar dan memberi peluang untuk mereka berkenalan dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

Di sekolah juga kita mengenali hati budi guru. Mereka mungkin garang, suka berleter tetapi secara keseluruhannya guru mempunyai sifat penyayang dan mahu melihat anak didiknya berjaya.

Semasa saya di sekolah, banyak pengalaman yang kini menjadi kenangan saya. Guru saya bukan setakat mengajar apa yang ada di dalam buku teks tetapi turut berkongsi maklumat pengetahuan am.

Kami diperkenalkan dengan Lautan Pasifik, bulan, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa, haiwan paling garang serta tokoh seperti Mother Teresa dan Mahatma Gandhi.

Semasa saya di SRK Dharma, Puchong, saya bertuah kerana mendapat Cik Gillian Robless Fernandez sebagai guru darjah enam. Beliau turut mengajar adik beradik saya yang lain.

Beliau bukan sahaja cantik kerana berketurunan Serani tetapi mempunyai sifat penyayang dan mengajar kami dengan begitu baik sekali.

Bagi saya, Cik Fernandez memberi contoh terbaik dalam kaedah mengajar kerana guru sering digambarkan sebagai seorang yang menakutkan dan garang.

Saya amat bernasib baik mendapat beliau sebagai guru. Dengan latar belakang saya yang dilahirkan di estet, guru saya ini menjadi tonggak harapan saya untuk mengubah nasib saya.

Di samping mengajar bahasa Inggeris, Cik Fernandez turut mengajar kami erti kasih sayang serta hormati-menghormati.

Beliau banyak memberi saya inspirasi sepanjang saya bersekolah rendah dan saya masih lagi berhubung dengan guru saya sepanjang 43 tahun ini.

Beliau masih juga diingati oleh ramai anak muridnya dan ini boleh dilihat di paparan Facebooknya. Setiap hari Cik Fernandez akan mencatat ucapan "selamat ulang tahun hari kelahiran" untuk anak-anak muridnya di Facebooknya.

Seorang lagi yang banyak memberi inspirasi kepada saya ialah guru besar saya, Datin Paduka Mother A. Mangalam.

Saya bersetuju dengan pandangan meskipun pengaruh guru berkurangan apabila pelajar semakin membesar. Namun, peringkat awal persekolahan mempunyai kesan besar ke atas cara interaksi kita dengan orang lain pada masa hadapan.

Guru bagaikan air dari mata air, pengorbanan serta kesabaran mereka tiada penghujung, justeru, insan ini perlu dihargai terutama pada Hari Guru, 18 Mei.

Jasamu guru tetap dikenang dan disanjung tinggi.

Selamat Hari Guru.

(Ulasan ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian BERNAMA terhadap apa yang dikatakan oleh penulis)

BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Selamat Menyambut Hari Guru 2016  Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Selamat Menyambut Hari Guru 2016  Empty Re: Selamat Menyambut Hari Guru 2016

Post by Info Bola Sepak Mon 16 May 2016, 3:03 pm

kepada semua cikgu2 seluruh Malaysia... Selamat menyambut hari guru.....
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Selamat Menyambut Hari Guru 2016  Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum