FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ujian darah - Elak talasemia diwarisi

2 posters

Go down

Ujian darah - Elak talasemia diwarisi Empty Ujian darah - Elak talasemia diwarisi

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 10:51 am

Ujian darah - Elak talasemia diwarisi


Ujian darah - Elak talasemia diwarisi Ke_02_big
Prihatin... Kakitangan Clarins meluangkan masa dengan kanak-kanak talasemia di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Oleh Roslah Othman
DI Malaysia, diangarkan kira-kira tiga hingga lima peratus daripada penduduk adalah pembawa talasemia trait atau major, iaitu penyakit keturunan yang menyebabkan gangguan kepada sel darah merah.
Bagaimanapun, kajian perubatan pula mendapati, kadar anak yang akan menghidap penyakit talasemia bagi pasangan disahkan pembawa talasemia ialah satu dalam setiap empat kandungan.
Menurut Ketua Penasihat Perubatan, Persatuan Talasemia Malaysia, Profesor Dr. Zulkifli Ismail, pembawa talasemia trait boleh menjejaskan kesihatan anak yang bakal lahir jika individu terbabit mengahwini pembawa talasemia trait.
``Jika ibu bapa pembawa talasemia trait, 25 peratus kemungkinan anak mereka akan menghidap talasemia major yang memerlukan pemindahan darah sekali sebulan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian cek sumbangan Clarins berjumlah RM25,000 kepada Persatuan Talasemia Malaysia.
Cek disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Clarins, Tan Seong Teck, di Bilik Permainan Kanak-Kanak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di ibu negara baru-baru ini.
Menjelaskan lebih lanjut, katanya, penyakit talasemia ialah penyakit keturunan yang disebabkan pesakit mengalami kekurangan hemoglobin sel darah merah.
Kekurangan itu boleh mengakibatkan pesakit mengalami pertumbuhan tidak normal serta kesan terhadap fungsi jantung.
Menurutnya, jika kanak-kanak penghidap talasemia major tidak dirawat, mereka akan hidup menderita.
Kebanyakan pesakit, katanya, hanya akan hidup hingga akhir usia remaja jika mereka tidak diberi rawatan sempurna.
``Jika tidak diberi rawatan sempurna, mereka hanya boeh hidup sehingga akhir usia remaja disebabkan kegagalan jantung mereka berfungsi. Bagaimanapun, sekiranya pemindahan darah bersesuaian dilakukan, mereka boleh mencecah usia hingga 40 tahun,'' katanya.
Zulkifli menambah, penyakit talasemia tidak mampu menjamin jangka hayat yang lama untuk pesakitnya, tetapi ia boleh dicegah di peringkat awal.
Justeru, beliau menyarankan, bagi mengenal pasti sama ada individu itu adalah pembawa talasemia atau sebaliknya, perkara harus dilakukan ialah menjalani ujian darah yang agak mudah di kebanyakan hospital dan makmal swasta.
Katanya, langkah itu dianggap terbaik buat masa ini bagi mencegah penyakit talasemia terus `diwarisi' dari satu generasi ke generasi yang baru.
Ini berikutan, benih talasemia boleh dibawa oleh sesiapa saja, tidak kira jantina atau keturunannya.
``Penyakit talasemia boleh dicegah dengan cara mengelak daripada berkahwin dengan pasangan pembawa penyakit berkenaan,'' katanya.
Kaedah berkenaan menurut Zulkifli, digunakan untuk mengurangkan risiko penyakit itu di sesetengah negara yang mempunyai kadar pembawa penyakit talasemia lebih tinggi.
``Ujian darah seumpama itu biasanya dilakukan sebelum pasangan berkahwin. Apabila pasangan terbabit mengetahui status penyakit itu, mereka boleh diberi penjelasan mengenai risiko penyakit yang mungkin dihidapi oleh anak serta keturunan mereka,'' ujarnya.
Langkah itu juga katanya, didapati berkesan dan boleh mengurangkan kadar penyakit terbabit hingga lebih 90 peratus kewujudan pesakit baru.
``Ujian darah sebaik-baiknya dilakukan oleh setiap individu ketika remaja lagi iaitu antara usia 14 hingga 15 tahun.
``Kesahihan ujian yang lebih tepat dapat dijamin jika melakukan ujian pemeriksaan darah pada usia itu berbanding pada peringkat kanak-kanak atau bayi,'' ujarnya.
Tambah beliau, masyarakat tidak harus malu jika dikenal pasti pembawa talasemia. Sebaliknya langkah mereka membuat ujian darah adalah untuk kebaikan semua.
Pada masa ini, kata Zulkifli, HUKM merawat kira-kira 200 pesakit talasemia, iaitu kebanyakannya berumur kurang daripada 18 tahun.
``Pesakit talasemia mempunyai pelbagai komplikasi apabila semakin meningkat dewasa. Mereka tidak membesar dengan normal dan mungkin diserang kencing manis pada usia belasan tahun,'' katanya.
Sementara itu, Tan berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil daripada kempen `Kami Prihatin' oleh Clarins yang antara lain bertujuan mengutip wang untuk bantuan perubatan dan pendidikan kepada golongan tidak bernasib baik.
Clarins memulakan kempen berkenaan pada 1998 dengan matlamat mewujudkan persekitaran yang membolehkan setiap kanak-kanak mendapat kasih sayang, penjagaan kesihatan dan keperluan asas untuk hidup dengan selesa.
Setiap tahun, kempen berkenaan akan memilih tiga persatuan kebajikan menerima sumbangan daripada hasil kutipan itu.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Ujian darah - Elak talasemia diwarisi Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7708

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Ujian darah - Elak talasemia diwarisi Empty Re: Ujian darah - Elak talasemia diwarisi

Post by rozila Tue 14 Aug 2007, 7:18 pm

emmmm.... betul tu hotline...penyakit thalasemia major merupakan salah satu penyakit keturunan yang boleh membantutkan pertumbuhan manusia atas muka bumi Allah ini... sebab ia juga merupkan salah satu penyakit yang boleh membawa maut...

justeru untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut adalah di alu-alukan orang ramai membuat pemeriksaan lebih awal untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut..
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Ujian darah - Elak talasemia diwarisi Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6179

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum