FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

4 posters

Go down

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Empty Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Post by Lord Vlad Wed 05 Dec 2007, 11:12 am

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi



Susu ibu tidak boleh ditandingi oleh sebarang jenama susu formula
bayi kerana komposisinya adalah lengkap dan sesuai untuk pertumbuhan
bayi.

Kandungan susu ibu juga berbeza mengikut kehendak fisiologi dan pembesaran bayi pra-matang, baru lahir dan yang membesar.

Pengerusi Kumpulan Sukarelawan Penyususan Ibu Pusat Pengajian Sains
Perubatana, Universiti Sains Malaysia (USM) Cawangan Kelantan, Prof.
Madya Dr. Yasmin Anum Mohd Yusof, berkata susu ibu mengandungi
komposisi air yang banyak (hampir 70 peratus) berbanding susu formula.

Sebagai contoh, katanya, pada musim panas bayi tidak perlu diberi
air sebagai tambahan kerana susu ibu sudah mencukupi untuk memastikan
kandungan air yang normal di dalam tubuh badan seseorang bayi itu.

''Kandungan khasiat secukupnya (karbohidrat, protin, lemak, zat
galian dan vitamin) memastikan bayi mendapat makanan yang seimbang,''
katanya.

Katanya, bahan-bahan itu yang terlarut dalam susu ibu memudahkkan bayi untuk menghadamnya.

Susu ibu juga, katanya, mengandungi banyak antibodi terutamanya
'immunoglobin A (IgA) dan bayi menerima antara 0.5 hingga 1 gram IgA
setiap hari.

''Kandungan karbohidrat iaitu gula laktosa yang tinggi berbanding
dengan susu lembu memberi tenaga yang secukupnya untuk pertumbuhan
bayi,'' kata Dr. Yasmin.

Menurut beliau, kandungan protin yang kurang daripada susu lembu
pula adalah bersesuaian dengan kadar penumbesaran bayi yang perlahan
berbanding penumbesaran anak lembu yang cepat.

Beliau memberitahu, protin (kasien) yang terkandung dalam susu lembu
mudah menjadi kental (curd) dan menyebabkan najis bayi keras.

Menurut Dr. Yasmin Anum, protin dalam susu lembu juga membuatkan bayi mudah alah dan muntah.

Kandungan garam yang tinggi (sodium, potasium dan klorida) di dalam
susu lembu itu membebankan fungsi ginjal bayi yang masih belum matang.

Katanya, setiap orang ibu mampu mengeluarkan 600 hingga 700 miligram susu untuk keperluan dan pemakanan bayi setiap hari .

Oleh itu persoalan sama ada susu ibu tidak mencukupi atau tidak , tidak timbul jika ibu kerap menyusukan.

Menurut Dr. Yasmin Anum, kehadiran antibodi di dalam susu ibu itu
memastikan bayi dilindungi daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan
penyakit cirit birit, muntah- muntah, demam kepialu dan jangkitan
paru-paru.

''Dua bahan lain dalam susu ibu turut memberi perlindungan kepada
bayi dari penyakit berjangkit ialah sel darah putih dan laktoferin,''
katanya.

Laktoferin 'menambat ' zat besi di usus bayi itu akan melindungi
bayi daripada cirit-birit di samping menghalang pertumbuhan beberapa
jenis bakteria.

Menurut Dr. Yasmin Anum, ibu-ibu perlu mengetahui bahawa susu ibu
adalah dos awal pelalian bagi bayi yang baru lahir dan menghalang
daripada pelbagai jenis penyakit.

Cirit-birit yang berlaku kepada bayi kemungkinan berpunca daripada
penyediaan susu botol yang tidak sempurna seperti botol yang tidak
dibasuh dengan baik.

Kemungkinan juga, katanya, susu dibancuh menggunakan air yang tercemar.

Susu ibu pula tersimpan dalam payudara yang bebas daripada sebarang jangkitan kuman.

''Daripada kajian yang dijalankan, bayi yang diberi susu ibu
mempunyai IQ (darjah kecerdasan) lebih tinggi berbanding bayi yang
diberi susu formula,'' kata Dr. Yasmin Anum.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7691

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Empty Re: Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Post by rozila Wed 19 Dec 2007, 7:58 pm

emm.... bagus artikel vladimir..

saya setuju sangat-sangat..!!

kalau ada ibu-ibu yang belum sedar, sedar lah sekarang...jangan duk bazirkan duit beli susu formula...dahlah harga susu makin naik sekarang...kalau tak sedar-sedar lagi, tak tau la nak cakap..
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6162

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Empty Re: Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Post by zamasy20 Fri 28 Dec 2007, 12:14 am

sal2
ye la.. den pun setuju jugak... Cool
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6389

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Empty Re: Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Post by eriy Fri 22 Feb 2008, 12:01 pm

kalao nak IQ anak bagus beri la minum susu ibu..bagi wanita yang berkerjaya tentu ada caranya hendak menyususkan susu ibu..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6345

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi Empty Re: Susu ibu -- Komposisinya lengkap untuk pertumbuhan bayi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum