FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehamilan - Pentingnya persediaan awal

Go down

Kehamilan - Pentingnya persediaan awal Empty Kehamilan - Pentingnya persediaan awal

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 6:56 pm

Kehamilan - Pentingnya persediaan awal


Melahirkan cahayamata adalah satu keajaiban.Bagaimanapun, proses ini
kemungkinan diiringi pelbagai kerumitan. Kita bersyukur kerana
perkhidmatan kesihatan yang baik di negara kita telah meningkatkan
peluang bayi untuk lahir dengan sihat dan normal. Namun begitu, perlu
diingatkan bahawa salah satu faktor utamanya ialah status kesihatan si
ibu itu sendiri.
Kebanyakan wanita tidak melalui proses yang sukar dan akan
melahirkan bayi dengan normal dan sihat. Bagaimanapun, sesetengah
wanita mempunyai faktor-faktor risiko yang mungkin akan mendatangkan
masalah.
Sehubungan itu pakar kesihatan mencadangkan agar anda berbincang dan
mendapatkan kaunseling perubatan sebelum mengandung supaya
faktor-faktor risiko ini dapat dikenal pasti dan dikawal.
Kaunseling perubatan sebelum mengandung memberi peluang kepada anda
berbincang dengan doktor tentang rancangan anda untuk menimang
cahayamata. Ia juga merupakan masa yang baik untuk mendapatkan nasihat
perubatan tentang sebarang gejala atau petanda masalah kesihatan yang
anda alami.
Jika anda menghidap penyakit seperti epilepsi, tekanan darah tinggi
atau diabetes, rawatan anda mungkin perlu diubah sebelum mengandung.
Jika anda mempunyai sakit jantung, anda mesti mendapatkan penjelasan
doktor sama ada anda boleh mengandung atau tidak kerana ia mungkin
menjejaskan kesihatan anda.
Doktor anda juga akan meneliti sejarah kesihatan anda dan keluarga
anda bagi mengenal pasti sebarang masalah kesihatan secara keturunan
yang boleh menjejaskan kandungan atau nyawa anda.
Dengan mengamalkan gaya hidup yang positif dan kerjasama erat dengan
doktor, anda boleh memberikan cahayamata anda permulaan yang baik.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila
membuat perancangan untuk menimang cahaya mata:
Umur:
Seelok-eloknya wanita harus melahirkan anak sebelum berusia
tiga puluhan. Walaupun anda masih boleh mengandung dan melahirkan
cahaya mata yang sihat selepas umur tersebut, tahap risiko anda
meningkat terutama selepas usia 35 tahun.
Wanita berusia 35 tahun ke atas lebih cenderung mendapat tekanan
darah tinggi, diabetis atau fibroid (ketumbuhan bukan barah) di dalam
rahim. Bayi yang dikandung juga mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk mendapat sindrom Down dan lain-lain keganjilan kromosom. Jika
anda berusia lebih 35 tahun, anda memerlukan perhatian perubatan yang
lebih apabila mengandung.
Rokok dan alkohol:
Jika anda merokok, sekarang adalah masa untuk
berhenti. Merokok boleh membahayakan bayi walaupun dia masih di dalam
kandungan. Antara lain, merokok mengecutkan pembuluh darah yang
seterusnya mengurangkan bekalan darah dan oksigen kepada bayi di dalam
rahim.
Ini meningkatkan risiko keguguran, kematian di dalam rahim,
kelahiran tidak cukup bulan, berat badan yang rendah ketika lahir dan
serebral palsi. Anda juga perlu tahu bahawa pengambilan alkohol itu
sendiri (dan bukannya jumlah alkohol yang anda minum) boleh menyebabkan
kerencatan mental bayi. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung,
hentikan pengambilan alkohol.
Berat Badan:
Bahagi berat badan anda (kg) dengan ketinggian ganda
dua (meter2). Jawapan yang anda perolehi adalah indeks jisim tubuh anda
(BMI). Jika anda terlebih berat badan (BMI 25 atau lebih) atau kurang
berat badan (BMI di bawah 18.5), anda dinasihatkan supaya berusaha
untuk mendapatkan berat badan yang sesuai (BMI 18.5-24) sebelum
mengandung.
Ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes cenderung untuk
mendapat penyakit seperti diabetes dan hipertensi yang akan
membahayakan nyawa ibu dan bayi. Diabetes juga boleh mengakibatkan
keganjilan struktur (terutama di bahagian saraf tunjang dan jantung) di
dalam bayi, manakala tekanan darah tinggi boleh membantutkan tumbesaran
fetus, menyebabkan bayi dilahirkan lebih kecil dari normal.
Ibu yang berlebihan berat badan sebaliknya mungkin melahirkan bayi
yang lebih besar dari normal. Ibu yang kurang berat badan pula boleh
melahirkan bayi tidak cukup bulan atau bayi yang kurang berat badan
yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah-masalah lanjut
semasa atau selepas dilahirkan.
Diet:
Status pemakanan yang baik memastikan badan anda berupaya
memberikan khasiat secukupnya kepada bayi di dalam kandungan. Jika anda
tidak mengamalkan tabiat makan yang sihat, tukar gaya hidup anda.
Berikan lebih perhatian kepada makanan yang kaya dengan zat besi dan
asid folik, kerana mikro-nutrien ini amat penting. Zat besi penting
untuk bekalan darah, dan pengambilannya perlu ditambah semasa
mengandung.
Kekurangan zat besi semasa mengandung boleh menyebabkan anemia
kepada si ibu yang boleh mengakibatkan kehilangan darah berlebihan
semasa bersalin. Makanan yang kaya zat besi termasuklah limpa, daging
tanpa lemak, bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan zat besi,
kekacang kering (seperti dhall), produk berasaskan kacang soya dan
buah-buahan kering. Asid folik pula memainkan peranan dalam membina
sel-sel darah baru.
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural
(seperti spina bifida dan anenkefali) kepada bayi. Asid folik boleh
didapati dengan memakan sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan
sayur-sayuran berwarna kuning, limpa, legum dan kekacang dan makanan
diproses (seperti bijirin sarapan pagi) yang telah diperkaya dengan
vitamin.
Oleh kerana badan anda memerlukan mikro-nutrien ini dengan kadar
yang tinggi, doktor anda mungkin akan memberikan anda asid folik
tambahan seawal sebulan sebelum mengandung sehinggalah dua bulan
kehamilan.
Ujian darah:
Selain pemakanan yang secukupnya, anda juga perlu
memastikan badan anda bersedia dan boleh melalui proses mengandung,
sakit melahirkan anak dan melahirkan anak. Doktor anda perlu mengetahui
kiraan darah penuh, jenis darah dan status rhesus. Semua ini boleh
diketahui dengan menjalankan ujian darah.
Darah yang diambil turut diuji bagi mengetahui tahap imuniti dan
status jangkitan penyakit-penyakit seperti rubella, Hepatitis B, HIV
dan sifilis. Jika ujian darah anda positif bagi penyakit-penyakit
berkenaan, doktor anda akan memberi kaunseling dan rawatan yang sesuai.
Imunisasi:
Semua langkah di atas akan membantu menyediakan diri
anda untuk mengandung. Di samping itu, anda juga perlu mendapatkan
imunisasi. Minta imunisasi rubella dan Hepatitis B sekiranya anda tiada
imuniti. Rubella boleh mengakibatkan pelbagai kecacatan kepada bayi
termasuk pekak, buta, kecacatan jantung, terencat akal dan sebagainya.
Hepatitis B boleh mengakibatkan kerosakan hepar, kegagalan hepar atau
barah hepar.
Menimang cahayamata adalah satu saat yang amat bermakna di dalam
kehidupan berumahtangga. Persediaan yang lengkap membantu anda
memberikan permulaan yang baik kepada bayi.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kehamilan - Pentingnya persediaan awal Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7911

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum