FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir

Go down

Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir Empty Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 7:01 pm

Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir


Sebagai ibu bapa, anda mungkin mendapati kulit bayi anda yang baru
lahir, terutamanya pada muka dan bahagian putih matanya kelihatan
kekuningan. Warna kekuningan ini dipanggil jaundis.
Jaundis di kalangan bayi adalah masalah yang kerap berlaku dan
dialami oleh lebih dari dua pertiga bayi yang dilahirkan. Ia seringkali
dialami oleh bayi yang lahir pramatang.
``Penyakit ini berbeza daripada jaundis yang berlaku di kalangan
kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa yang selalunya berpunca
daripada penyakit hepatitis (radang hepar) atau masalah-masalah hepar
yang lain,'' kata Pakar Neonatologi Dr. Musa Mohd. Nordin.
Sebagai ibubapa, anda pasti khuatir dengan keadaan jaundis bayi
anda. Jangan terlalu risau kerana selalunya ia disebabkan oleh suatu
proses yang fisiologikal, iaitu ianya bukan suatu yang luar biasa. Ia
natijah daripada sistem bayi yang kurang matang dan akan pulih seperti
biasa selepas 2 minggu.
``Apabila baru lahir, bayi mempunyai paras hemoglobin yang lebih
tinggi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang mengangkut
oksigen ke seluruh badan. Apabila sel darah merah bayi pecah (kerana
hayat hidupnya yang lebih pendek), hemoglobin akan bertukar kepada
bilirubin. Bilirubin merupakan pigmen berwarna kuning yang menyebabkan
jaundis pada bayi.
``Bilirubin kemudiannya diproses oleh hati (hepar) dan disalurkan
keluar melalui kencing ataupun najis bayi. Oleh kerana hati bayi kurang
matang, ia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Maka
bilirubin akan menimbun lalu mencetuskan jaundis. Apabila hati semakin
matang sepanjang tempoh 1-2 minggu yang pertama, bilirubin dapat
dikumuh dengan lebih berkesan dan jaundis akan hilang beransur-ansur,''
jelas Dr. Musa.
Menurut Dr. Musa, Jaundis fisiologikal ini tidak merbahaya. Ia
selalu muncul pada hari ke 2 atau ke 3, memuncak pada hari ke 5 hingga
ke 7 dan selalunya hilang sebelum dua minggu.
Di sebaliknya, tambah beliau, paras bilirubin yang sangat tinggi
boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Bilirubin yang berlebihan akan
melimpah ke dalam otak dan menyebabkan komplikasi serebral palsi,
pekak, terencat akal dan kadang-kala kematian.
Ditanya bagaimana tanda-tanda awal penyakit ini boleh dikesan, Dr.
Musa memberitahu, jaundis mula kelihatan pada kulit di bahagian muka
dan terus merebak ke bawah ke leher, badan, tapak tangan dan tapak kaki.
``Doktor menggunakan kaedah ini untuk menaksir tahap jaundis yang
teruk secara klinikal. Jika jaundis kelihatan tinggi, doktor akan
menjalankan ujian darah untuk menentukan tahapnya. Jika ujian darah
menunjukkan tahap jaundis yang tinggi, rawatan yang sewajarnya akan
dimulakan,'' jelasnya.
Doktor akan melakukan pemeriksaan yang berkala sehingga jaundis mula berkurangan berpandukan tanda-tanda di bawah ini:
Jaundis yang tinggi atau yang berlanjutan lebih daripada tempoh 2 minggu boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:
Kekurangan Enzim (Defisiensi) Glukos-6-fosfat Dehidrogenase (G6PD).
Ini adalah gangguan sel darah merah secara keturunan. G6PD merupakan
enzim yang diperlukan untuk mengekalkan kesempurnaan sel darah merah.
Dalam kes defisiensi G6PD, sel darah merah mudah pecah apabila terdedah
kepada bahan-bahan yang tertentu (misalnya sesetengah ubat-ubat,
makanan atau herba). Semua bayi yang baru lahir disaring untuk penyakit
ini melalui pengambilan contoh darah tali pusat. Lebih kurang 3% anak
lelaki Cina dan Melayu mengalami defisiensi G6PD.
Bayi dilahirkan pramatang. Lebih pramatang seorang bayi, lebih
tinggi risiko jaundis yang akan dialaminya. Kebanyakan mereka akan
memerlukan rawatan dengan kaedah fototerapi.
Ketidaksesuaian kumpulan darah. Jika kumpulan darah anda adalah
Rhesus negatif (kurang dari 1% wanita Malaysia) dan kumpulan darah bayi
adalah Rh positif, antigen di dalam darah anda akan memasuki darah bayi
dan memusnahkan sel darah merahnya. Ini menyebabkan paras bilirubin
(dan jaundisnya) meningkat. Kejadian yang lebih kerap berlaku ialah
apabila kumpulan darah ibu adalah O dan bayi adalah A atau B. Jaundis
boleh berlaku akibat ketidaksesuaian kumpulan darah ABO.
Antigen sel darah lain juga boleh mempunyai kesan yang sama,
meskipun biasanya tidak seteruk masalah Rhesus. Sebab itulah
pemeriksaan kumpulan darah ibu amat penting pada peringkat awal
mengandung. Ini akan memastikan doktor anda bersedia untuk merawat
jaundis yang mungkin berlaku.
Jangkitan intrauterine. Pelbagai jangkitan kuman semasa mengandung bo-
leh menyebabkan bayi yang baru lahir mengalami jaundis. Ini termasuk
toxoplasmosis, rubela, sitomegalovirus, herpes and sifilis. Seringkali
terdapat tanda-tanda yang lain seperti kurang berat badan, katarak,
penyakit jantung ataupun otak.
Jangkitan:
Bayi yang baru lahir mempunyai sistem pertahanan yang
lemah dan lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Bayi yang pramatang
atau kurang berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi. Salah satu
tanda awal jangkitan kuman pada bayi ialah peningkatan tahap jaundis.
Bahagian yang boleh dijangkiti kuman termasuk selaput otak
(meningitis), darah (septisemia) dan air kencing.
Jaundis tersekat:
Jaundis yang diiringi dengan najis yang pucat
dan air kencing yang pekat menandakan bahawa terdapat sekatan pada
saluran biliari yang mengeluarkan bilirubin yang telah diproses.
Penyakit ini memerlukan penilaian yang awal dan berhati-hati. Ia
selalunya memerlukan pembedahan awal bagi membetulkan sekatan yang
menggangu pengaliran bilirubin. Dua contoh masalah jaundis tersekat
ialah biliari atresia dan ketumbuhan choledochal.
Jaundis susu ibu:
Jika faktor-faktor di atas tidak ada, dan bayi
membesar dengan baik, jaundis bayi mungkin berpunca dari susu ibu. Ini
berlaku kepada lebih kurang 3% bayi yang diberi susu ibu. Sebab sebenar
jaundis ini berlaku masih belum diketahui sepenuhnya.
Rawatan Jaundis:
Jika doktor anda mengesahkan bahawa jaundis bayi
anda berada pada tahap normal, dia tidak akan menyarankan sebarang
rawatan kerana jaundis akan hilang dengan sendiri.
Jika keandaan bayi anda memerlukan rawatan lanjut, doktor akan
memberi panduan dan cadangan apa jenis rawatan yang perlu dilakukan
mengikut tahap penyakit yang dihidapi.
Bagaimanapun katanya, ibu bapa
dinasihatkan supaya jangan cuba merawat jaundis bayi dengan
menggunakan susu kambing atau ubat-ubatan tradisional. Kajian saintifik
menunjukkan bahawa kaedah-kaedah ini tidak berkesan malah mungkin
membawa keburukan dan kemudaratan kepada bayi anda.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8076

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum