Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
+4
noni
haikaz_s
jue
MLT
8 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
Petua menidurkan anak
Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri?
SETIAP bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur setiap hari. - Gambar hiasan
<hr noshade="noshade" size="1">
KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih
cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk.
Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu
malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk
menidurkan anak.
n Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan
14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula
memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar
pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh
mereka berfungsi dengan baik.
n Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga
60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah
memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30
minit.
n Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola
harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik
sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa
hari sudah siang.
n Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap,
senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang
selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu
tidur.
n Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya
bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan
untuk tidur.
n Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur
yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur
yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar
menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira
satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih
memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
n Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam
persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30
malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat
majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu
kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
n Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda
boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk
bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si
anak malahan anda berdua.
n Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama
protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan
'kuasa' berpanjangan.
Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa.
Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh
daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada
berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu
pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
n Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada
siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan
peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas
lantai, misalnya merangkak.
n Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu
ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu
terpengaruh kepada aktiviti gajet.
nnn Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.

MLT- AHLI JUNIOR
- Jawatan : MLT
Gender :
Jumlah Post : 46
Umur : 45
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6215
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
HEHE NAK KONGSI GAK ... dari pngalaman la kalu baby susah nak tido mandikan dia ngan air suam pastu urut badan dia mesti dia tido ngan nyenyak
jue- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : kaki tangan krjaan
Gender :
Jumlah Post : 523
Umur : 45
Tarikh Register : 01/11/2007
Reputation : 11
Points : 5907
Character sheet
Mutiara Kata saya: hiasi peribadi molekkan pekerti
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
pastikan sewaktu baby....baby tido terlentang...untuk mengelakkan baby dari tercekik ketika tido...ada kajian telah dibuat di oversea(metro ahad 23.3.08) menunjukkan peratusan tinggi kematian baby adalah tercekik sewaktu tido....jadi mereka menyarankan agar baby terlentang....
haikaz_s- KERABAT SENIOR
- Jawatan : MIT
Gender :
Jumlah Post : 496
Umur : 44
Tarikh Register : 04/03/2008
Reputation : 3
Points : 6075
Character sheet
Mutiara Kata saya: tora-tora
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
satu lg,klu bayi seelok2nya kita terlangkupkan dan kepala mengiring supaya boleh meluaskan partu2 semasa breathing.Kot klu dia tersedak pun,susu atau sekresi akan mengalir keluar dari tepi mulut.Selamat,kan?Lgpun,mmg bayi sbnrnya lebih selesa tdo menelangkup dgn kepala di sisi.Paling cute klu bontot dia akan diangkat2 sendiri bila dia terjaga....hehehe...comelnya....
noni- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender :
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6573
Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
petua yang bagus
MLT- AHLI JUNIOR
- Jawatan : MLT
Gender :
Jumlah Post : 46
Umur : 45
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6215
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
nak bg anak tido.. bagi dia main puas2.. x pun bwk g jalan2.. pas tu sure dia tido pnye..
zulk- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : detektif kuman
Gender :
Jumlah Post : 598
Umur : 115
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 6758
Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
hohoho..tips yang berguna bila ada anak nnt..
aieyda- KERABAT OTAI
- Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender :
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8087
Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
oooo kemah tuh...ambo raso satu cara lagi kita tido dulu pada dio.. bila dia rasa senyap sunyi takder org mesti dia boring dan turut serta untuk tido....hikhikhik
suring- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender :
Jumlah Post : 1723
Umur : 48
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 7059
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
Okay jugak petua kome tu...
bole le teman apply kat ank2 sedara teman..
bole le teman apply kat ank2 sedara teman..
zamasy20- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6574
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..
Re: Petua menidurkan anak - aku copy dari kosmo online
suring wrote:oooo kemah tuh...ambo raso satu cara lagi kita tido dulu pada dio.. bila dia rasa senyap sunyi takder org mesti dia boring dan turut serta untuk tido....hikhikhik
hahaha..pastu dia hilang kita pulak gelabah biawak cari anak plak..huhuhu...
aieyda- KERABAT OTAI
- Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender :
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8087
Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak