FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Fibroid

Go down

Fibroid Empty Fibroid

Post by Fieza Fri 09 Oct 2009, 8:50 pm

Fibroid sukar dikesan (BERITA HARIAN ONLINE)

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Fibroid Mainpix1

SAIZ fibroid boleh sebesar buah tembikai dengan berat dua atau tiga kilogram.

Ketumbuhan dalam rahim boleh cecah saiz tembikai

FIBROID, sejenis masalah ketumbuhan di dalam rahim selalunya
dikaitkan dengan wanita berusia 30 tahun ke atas. Bagaimanapun, ia
sebenarnya juga boleh dialami wanita yang lebih muda.

Malah, hakikatnya, ada banyak kes fibroid dikesan membabitkan kalangan gadis berusia muda, termasuk seawal 19 tahun.

Apa yang penting, fibroid bagaimanapun bukanlah barah dan ia dianggap
antara masalah kesihatan yang kerap ditemui di kalangan wanita. Namun,
perlu diingat, dalam kebanyakan kes fibroid tidak mendatangkan masalah
atau simptom menyebabkan ada wanita yang tidak menyedari kehadirannya.

Fibroid dikesan dalam pelbagai saiz, dari sekecil biji kacang
atau mungkin sebesar buah tembikai dengan berat dua atau tiga kilogram.
Fibroid yang besar boleh menyebabkan pesakit kelihatan seperti wanita
hamil.

Bagaimanapun, fibroid sukar dikesan kerana ada kalanya ia
tidak mendatangkan rasa sakit. Justeru, apa yang menyedihkan, seakan
sudah menjadi suatu senario biasa apabila fibroid ini hanya dikesan
pada peringkat yang sudah kritikal.

Fibroid Mainpix2
PEMERIKSAAN
lumuran pap, imbasan pelvik dan mamogram antara ujian yang dapat
membantu mengesan masalah kesihatan wanita lebih awal.

Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Primanora,
Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata fibroid yang dikesan pada
peringkat awal sebenarnya boleh ditangani dengan lebih mudah.

Namun, sikap tidak prihatin pada kesihatan tubuh sendiri menyebabkan ada wanita yang lewat mendapatkan rawatan.

Kata Dr Nor Ashikin, sepanjang pengalamannya, beberapa kali
dia melakukan pembedahan terhadap wanita muda yang berhadapan dengan
masalah fibroid.

Apa yang mengejutkan, saiz fibroid wanita muda itu tubuh
bukan sebesar biji kacang tetapi mencecah sebesar sebiji tembikai
dengan berat dua hingga tiga kilogram.

“Sayangi badan sendiri. Jangan hanya selepas berkahwin atau melahirkan
anak baru hendak menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, imbasan
pelvik, ujian lumuran pap, mamogram sepatutnya berada dalam rejim
pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, mengambil berat mengenai tubuh badan sendiri amat
penting kerana fibroid boleh dikesan pada peringkat awal. Namun,
kebanyakan pesakit yang datang kepadanya sudah berada dalam fasa yang
teruk. Justeru, ada antara mereka yang tidak punya pilihan melainkan
pembedahan membuang rahim. Pilihan itu menutup peluang pesakit untuk
hamil apabila berkahwin. Bagaimanapun ada juga pesakit yang berjaya
diselamatkan daripada membuang rahim.

“Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada
kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang
ringan pemeriksaan kesihatan.

“Perlu diingat, pemeriksaan kesihatan bukan hanya untuk
wanita yang sudah berkahwin atau sudah melahirkan anak saja, tetapi
mereka yang masih muda juga tidak terkecuali,” katanya.

Dr Nor Ashikin berkata, fibroid mengambil masa yang lama
untuk membesar hingga mencapai saiz sebesar tembikai misalnya. Justeru,
setiap perubahan pada diri terutama jumlah hari didatangi haid,
pendarahan yang berpanjangan, kekerapan sembelit adalah antara
simptom-simptom umum fibroid.

Lazimnya, fibroid terbentuk dalam sel dinding rahim.
Ketumbuhan dalam dinding rahim ini pula jarang menunjukkan sebarang
simptom jika ia kecil. Namun fibroid boleh juga tumbuh di lapisan
rahim. Apabila ia membesar, ketumbuhan itu boleh meregang hingga ke
endometrium (lapisan membran rahim) menyebabkan pendarahan haid yang
banyak.

Selain menyebabkan rasa sakit. Fibroid yang tumbuh di
bahagian itu boleh menyebabkan simptom berbanding fibroid di bahagian
lain.

Bagaimanapun, secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan
masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal.
Terapi perubatan dan prosedur pembedahan boleh mengecutkan atau
membuang fibroid jika pesakit berasa sakit atau simptom yang tidak
menyenangkan.

Sebab atau punca sebenar wujudnya fibroid tidak diketahui,
namun dipercayai ia ada kaitan dengan hormon estrogen. Apabila
seseorang itu putus haid, estrogen tidak lagi terhasil dan ketika itu,
fibroid bukan saja mengecut malah boleh hilang dengan sendirinya.

Fibroid yang besar saiznya menyebabkan rasa sakit, sembelit,
kerap buang air kecil, kesakitan waktu datang bulan dan kedatangan haid
yang tidak teratur.

Sementara itu laman kesihatan di internet, Mayoclinic
menjelaskan, disebabkan fibroid secara lazimnya terjadi pada usia
melahirkan anak, menjadi kecenderungan wanita untuk tahu tentang
peluang hamil selepas didiagnos dengan fibroid.

Fibroid selalunya tidak menganggu kehamilan tetapi ia mungkin
menjejaskan kesuburan. Ia mungkin menyekat tiub fallopian, menganggu
laluan sperma daripada pangkal rahim ke tiub fallopian. Manakala
fibroid jenis ‘submucosal’ (Fibroid yang tumbuh di ruang dalam rahim)
menghalang pertumbuhan embrio.

Malah penyelidikan mendapati wanita hamil yang dikesan dengan
fibroid meningkatkan sedikit risiko untuk mengalami keguguran,
melahirkan anak pra matang dan lain-lain masalah berkaitan kehamilan.

Namun, komplikasi itu sebenarnya bergantung pada saiz
fibroid, bilangan dan lokasi. Biasanya fibroid jenis submucosal lebih
menyebabkan masalah.

Selalunya pendarahan berlebihan waktu haid adalah simptom
paling biasa untuk fibroid. Jika tumor itu dekat dengan lapisan rahim
atau mengganggu aliran darah di situ, ia akan menyebabkan rasa sakit
ketika haid, darah haid yang banyak atau haid yang berpanjangan.

Perempuan dengan pendarahan berlebihan disebabkan fibroid mungkin berhadapan dengan masalah kurang darah (anemia).

Fibroid bagi setiap wanita juga berbeza. Justeru rawatan juga
tidak sama dan bergantung kepada simptom, saiz, bilangannya dan
kedudukannya. Ada banyak cara untuk menangani fibroid tetapi bukan
semua rawatan disarankan untuk setiap pesakit.

Perlu diingat, fibroid bukan barah dan rawatannya bergantung
kepada tahap serius, simptom yang anda alami, usia anda dan saiz dan
kedudukan fibroid.

Info

Simptom

Kebanyakan wanita yang berhadapan dengan fibroid tidak
berhadapan dengan simptom yang nyata. Namun, bergantung pada saiz
fibroid, lokasinya dalam rahim dan jaraknya daripada pelvis, ia mungkin
menyebabkan simptom berikut:

Pendarahan antara proses datang bulan

Tempoh datang haid yang panjang

Darah haid yang banyak

Sakit atau tekanan pada pelvis

Kencing tidak lawas atau kerap kencing

Sembelit

Rawatan

Ubat-ubatan

Biasanya mensasarkan hormon. Ia merawat simptom. Tidak menghapuskan fibroid sebaliknya bertindak mengecutkannya.

Pembedahan

a) Hysterectomy - membuang rahim. Pilihan mengelak fibroid
secara kekal. Namun ia pembedahan besar yang menyebabkan anda tidak
boleh hamil dan putus haid.

b) Myomectomy - membuang fibroid. Ada risiko untuk fibroid kembali menyerang namun anda masih boleh hamil.

Fakta

Fibroid boleh dialami wanita muda biarpun dikaitkan dengan wanita berusia 30 tahun ke atas.

Puncanya tidak diketahui tetapi dipercayai ada kaitan dengan hormon estrogen.

Ketumbuhan itu lazimnya terbentuk dalam sel dinding rahim. Namun ada juga yang terbentuk di lapisan rahim.

Ia jarang menunjukkan simptom jika fibroid itu bersaiz kecil.

Ia bukan barah dan dianggap antara masalah kesihatan kerap dialami wanita.

Selalunya tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan.

Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Fibroid Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7911

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum