FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

301 jawatan jururawat masih kosong (Utusan Malaysia Online)

Go down

301 jawatan jururawat masih kosong (Utusan Malaysia Online) Empty 301 jawatan jururawat masih kosong (Utusan Malaysia Online)

Post by Fieza Thu 22 Jul 2010, 6:22 pm

301 jawatan jururawat masih kosong

NUSAJAYA 12 Julai - Sebanyak 301 kekosongan jawatan jururawat di
semua hospital dan pejabat kesihatan masih belum dapat diisi ekoran
kekurangan golongan dalam kerjaya tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan, Dr. Robia Kosai berkata, kekurangan tersebut
bagaimanapun diyakini dapat diisi kerana trend kini menunjukkan kerjaya
itu semakin diminati oleh wanita dan lelaki.

"Setakat ini terdapat 4,126 jururawat iaitu 4,051 adalah wanita dan 75 lelaki di 13 hospital dan 10 pejabat kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ng See Tiong (BN-Parit Yaani) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Robia berkata, peratusan jururawat lelaki di Johor adalah 1.82 peratus berbanding jururawat wanita.
Menurutnya, kerjaya jururawat semakin diminati kerana terdapat 12
kolej swasta yang telah menawarkan kursus kejururawatan di peringkat
diploma dan sebahagiannya hingga ke peringkat doktor falsafah (Ph.D).
"Kolej swasta ini diiktiraf oleh kerajaan kerana menawarkan silibus yang sama seperti ditawarkan oleh kerajaan," jelasnya.

Katanya, kerajaan negeri menjangkakan jumlah jururawat terutama di
kalangan lelaki akan bertambah dari semasa ke semasa bagi menampung
keperluan bidang tersebut.

Sementara itu, T. Murukasvary (BN-Tenggaroh) pada sesi berasingan mencadangkan agar kerajaan menjalankan kajian untuk menaik taraf jalan Kota Tinggi-Mersing.

Beliau berkata, ia penting kerana jalan raya sedia ada terdapat
banyak kerosakan dan menjejaskan tahap keselamatan pengguna jalan raya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : 301 jawatan jururawat masih kosong (Utusan Malaysia Online) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7908

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum