FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo

Go down

Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo Empty Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo

Post by Fieza Mon 14 Mar 2011, 11:49 pm

Pelatih jururawat maut kemalangan
13/02/2011 5:45pm

GUA MUSANG - Seorang pelatih Jururawat Kolej Islam dan Sains Teklonogi (KIST) Bachok maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat sini, malam tadi.

Rosnita Yusoff, 22, berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Tiga, Gua Musang mati di tempat kejadian. - Bernama

al-fatihah...
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7908

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo Empty Re: Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo

Post by Fieza Mon 14 Mar 2011, 11:55 pm

Maut berkejar ke kelas malam - berita harian

Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my

2011/02/14

Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo Pix_gal0
KERETA yang dipandu Rosnita remuk selepas terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin.

KERETA yang dipandu Rosnita remuk selepas terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin.
Pelatih jururawat tercampak selepas kereta dipandu terbabas dalam longkang

GUA MUSANG: Seorang pelatih jururawat Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST), Bachok, maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Sungai Lakit, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Rosnita Yusoff, 22, (kanan) yang meninggal akibat kecederaan parah di tempat kejadian dikatakan tercampak dari kenderaannya sebelum ditemui di kawasan semak.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Rancangan Kemajuan tanah (RKT) Paloh Tiga untuk kembali ke kolej selepas sejam menemui keluarganya.

Bapa mangsa, Yusoff Awang Kechik, 67, berkata, arwah tergesa-gesa mahu pulang ke kolej kerana mempunyai kelas semalam.

“Arwah mahu menemui saya di pertengahan jalan dan menyatakan hasrat untuk menyerahkan pelbagai barangan untuk dibawa pulang ke Paloh Tiga.

“Bagaimanapun, saya menyuruhnya pulang ke rumah untuk melihat rumah yang sudah dibaiki atas permintaan arwah beberapa bulan lalu, selepas dia memberitahu ada orang ingin meminangnya bulan ini.

“Selepas melihat rumah, dia bersalam dengan saya, ibu dan adik beradiknya dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke kolejnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasatan sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Paloh Tiga, pagi semalam.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7908

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum