FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penjagaan Kesihatan Melalui Klinik 1Malaysia

Go down

Penjagaan Kesihatan Melalui Klinik 1Malaysia Empty Penjagaan Kesihatan Melalui Klinik 1Malaysia

Post by MaStErMiNd Wed 25 Apr 2012, 10:46 pm


Penjagaan Kesihatan Melalui Klinik 1Malaysia Imej0193
Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Pada Oktober 2009, ketika membentangkan Belanjawan 2010 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan menyatakan kerajaan akan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Beliau menggariskan pelbagai program berkaitan dengannya termasuk pembukaan 'Klinik 1Malaysia'.

Prihatin terhadap kenaikan kos penjagaan kesihatan dalam negara ini, Najib mencadangkan di dalam belanjawan itu peruntukan awal sebanyak RM10 juta bagi membuka 50 Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Menurut sektor perubatan dan penjagaan kesihatan negara, Klinik 1Malaysia adalah sebahagian daripada Program 'ICare' kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan rakyat.

KOS PENJAGAAN KESIHATAN

"Kita semua tahu kos penjagaan kesihatan agak meningkat kebelakangan ini dan inisiatif kerajaan dalam menubuhkan Klinik 1Malaysia adalah amat tepat bagi memenuhi keperluan masyarakat terutama mereka yang berpendapatan rendah," kata Dr Amran Ghani, pegawai perubatan di sebuah hospital di sini.

Lima puluh Klinik 1Malaysia yang dicadangkan Najib, beroperasi mulai 4 Jan, 2010. Perdana Menteri dengan rasminya melancarkan Klinik 1Malaysia yang pertama di Jalan Pantai Permai 1, Lembah Pantai di Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Jan, 2010.

Menurut Dr Amran, pembukaan Klinik 1Malaysia itu lebih kepada usaha mempertingkat kemudahan penjagaan kesihatan di bandar. Inisiatif ini membolehkan masyarakat miskin di kawasan bandar mendapat akses kepada khidmat perubatan dan penjagaan kesihatan yang lebih sempurna.

"Kerajaan juga sedar bahawa bukan sahaja mereka daripada golongan miskin yang mengunjungi Klinik 1Malaysia, malah ramai yang lain kerana ia memberikan kemudahan kepada semua orang," jelas beliau.

Dr Amran yang pernah berkhidmat di beberapa hospital besar di seluruh negara turut menjelaskan bahawa perkhidmatan kesihatan awam di negara ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian.

"Di pusat dan kawasan bandar, khidmat penjagaan kesihatan utama dan rapi di sediakan oleh hospital, sementara klinik kesihatan kerajaan menawarkan khidmat penjagaan kesihatan asas.

"Di kawasan pendalaman, klinik desa kerajaan yang memberikan perkidmatan kesihatan asas," katanya.

Oleh itu, Klinik 1Malaysia memberi lonjakan kepada rangkaian klinik awam di kawasan bandar dan pinggir bandar.

"Rakyat Malaysia beruntung kerana negara membelanjakan sejumlah yang besar bagi perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan," tegas beliau.

Dr Amran berkata penyediaan kemudahan ini juga adalah atas kesedaran bahawa golongan berpendapatan rendah tidak mampu mendapatkan rawatan dari klinik swasta kerana kos dan jarak yang adakalanya jauh dari tempat tinggal mereka.

"Kini golongan ini mempunyai satu alternatif yang praktikal," tambah beliau sambil merujuk kepada Klinik 1Malaysia.

WAWASAN, KEPENTINGAN MASYARAkAT

"Kita semua bernasib baik mempunyai seorang perdana menteri yang bijaksana, punya wawasan dan prihatin terhadap kepentingan rakyat," kata Zulhelmi Ghazzali, seorang guru.

Beliau sebelumnya baru membawa anak lelakinya, berusia empat tahun mendapatkan rawatan bagi batuk dan selsema di Klinik 1Malaysia, di No 43, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes dekat sini.

"Klinik 1Malaysia ini memang memberi manfaat kepada golongan pendapatan rendah. Mana ada negara dalam dunia ini yang memerlukan anda membayar hanya RM1 bagi ubat untuk sakit ringan seperti demam, batuk dan selesema," kata Zulhelmi.

"Dulu saya kena bayar paling kurang RM30 atau RM40 di klinik swasta bagi ubat yang sama untuk anak saya," kata Lynn Abdullah yang membawa anak perempuannya ke Klinik 1Malaysia.

"Kehadiran Klinik 1Malaysia adalah sangat menyenangkan kerana lokasinya berdekatan rumah. Bukan sahaja bayaran di Klinik 1Malaysia murah, tetapi klinik kerajaan yang paling dekat sebenarnya jauh dari rumah saya," kata ibu kepada empat orang anak itu.

KLINIK 1MALAYSIA

Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Para petugasnya adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan.

Klinik itu menawarkan khidmat perubatan bagi kes-kes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema dan luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi.

Klinik itu adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia yang dihasilkan atas usaha perdana menteri yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisyen.

Antara Klinik 1Malaysia, 50 pertama di seluruh negara adalah di Perlis (Taman Pertiwi, Kangar), Kedah (Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani dan Taman Kota Kenari di Kulim).

Di Pulau Pinang, lokasi Klinik 1Malaysia ialah di Jalan Jelutong (Jelutong), Lorong Teluk Air Tawar (Butterworth), Taman Cempaka (Batu Kawan di Seberang Prai Selatan), Sungai Ara (Bayan Lepas) dan Taman Alma di Bukit Mertajam.

Di Perak, klinik ini berada di Jalan Kampung Banjar (Teluk Intan), Bandar Seri Iskandar (Perak Tengah), Taman Medan Bersatu di Taiping and Pusat Bandar Bercham Timur di Ipoh.

Selangor mempunyai klinik di Petaling Jaya (Taman Putra Damai di Lembah Subang dan Seksyen 51 A), Puchong Intan (Puchong), Kota Kemuning (Shah Alam) dan Taman Samudera, Batu Caves.

KUALA LUMPUR

Klinik 1Malaysia awal di Kuala Lumpur adalah di Jalan Nakhoda Yusof di Kampung Pandan, Jalan Pantai Permai off Jalan Pantai Dalam, Pusat Masyarakat Gombak di Taman Melati, PPR Intan Baiduri di Kepong Utara, Mukim Batu di Kepong dan PPR Desa Rejang di Setapak.

Di Negeri Sembilan, klinik ini beroperasi di Jalan RJ611 di Taman Rasah Jaya, Jalan SJ10/1 di Taman Seremban Jaya dan Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai.

Di Melaka, lokasinya adalah Jalan M1 (Batu Berendam), Jalan IKS (Bukit Katil) dan Pengkalan (Alor Gajah). Di Johor, ia juga beroperasi di Taman Megah Ria (Masai), Kelapa Sawit (Kulaijaya), Bakar Batu dan Flet Sri Alam (Johor Baharu) selain dari Taman Seri Lambak, Kluang di Johor.

Di Pahang, Klinik 1Malaysia adalah di Kampung Kempadang dan Kampung Padang Jaya (Kuantan) dan Bandar Sri Semantan, Temerloh. Di Terengganu lokasinya di Bukit Payong (Marang), Mukim Kuala Nerus di Kuala Terengganu dan Mukim Binjai, Kemaman.

Kelantan mempunyai Klinik 1Malaysia di Jalan Sri Cemerlang (Seksyen 27 di Kota Baharu), Bandar Jelawat (Bachok) dan Kampung Pengkalan Batu, Jalan Pasir Pekan (Pasir Mas).

SABAH, SARAWAK

Klinik 1Malaysia di Sabah adalah di Batu 10, Jalan Apas (Tawau), Dataran Bundusan (Penampang), Jalan Leila di Sandakan dan Sulaiman Sentral di Kota Kinabalu.

Di Sarawak, klinik ini ada di Teku Road, Sibu, Jalan Matang (Kuching), LLD Jalan Kuching di Taman Tunku (Miri), Sungai Plan di Tanjung Kidurong (Bintulu).

Menurut statistik, sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar. Ini menyebabkan wujudnya peningkatan kepada keperluan khidmat penjagaan kesihatan di kawasan ini.

Menurut Najib, kerajaan sedar dan prihatin bahawa akses terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti perlu diberikan kepada penduduk miskin di kawasan bandar.

Oleh itu, Klinik 1Malaysia diwujudkan bagi golongan ini menerima khidmat penjagaan kesihatan yang mereka mampu.

Sehingga Oktober 2011, seramai 2.97 juta orang menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia yang dicatatkan di 82 klinik seluruh negara..

Kerajaan merancang menambah Klinik 1Malaysia kepada lebih 150 menjelang akhir tahun ini termasuk 50 klinik baru yang akan dibina di bawah peruntukan Belanjawan 2012.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 13972

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum