FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ijazah Farmasi

+2
imzal82
Ahmad Sabir
6 posters

Go down

Ijazah Farmasi Empty Ijazah Farmasi

Post by Ahmad Sabir Wed 23 May 2012, 4:29 pm

hi. saya tgk forum ni ada yang bertanya mcmane nak sambung ijazah dalam bidang Farmasi.

kalau kelulusan diploma x melebihi 3.8, memang susah nak sambung degree. peluang kerja pun plg tggi ialah pembantu farmasi. itu pun kalau ada hospital atau kilang2 farmasi nak amek lah.

so, saya ada kerja kat satu company ni. kitorg hantar students further study dalam degree medic , dentistry and pharmacy. yg bestnya, kami hantar ke luar negara utk sambung blajar.

saya provide alternative route utk mereka yg nak sambung degree. kalau berminat, call saya kat 03-80244824.
avatar
Ahmad Sabir
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Ijazah Farmasi Selang10
Jawatan : Business Developement
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 43
Tarikh Register : 23/05/2012
Reputation : 0
Points : 4380

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by imzal82 Thu 24 May 2012, 7:30 pm

kish benar..masa isap rokok dekat surau hospital aritu, kawan pembantu farmasi ada cerita kawan die dah jadi pegawai farmasi tp buat housemanship dulu..sebelum tu kawan die tu kerja sama dengan mamat ni pembantu farmasi u29 tpi mamat tu sanggup kuar duit sendiri utk mecapai cita2 jadi pegawai farmasi dengan amek ijazah sepenuh masa dekat indonesia..tapi latarbelakang pembantu farmasi tu tak kurang hebat..bekas pelajar mozac tu..tak tau napa ada bekas pelajar mozac setakat amek diploma pembantu farmasi kkm tu..ape kelas kan..tp mamat ni berjaya gak jadi pegawai..aku rasa kalo ko spm ok..leh kot pakai diploma pembantu tu mohon ijazah..kuar duit senditi ke..tak yahla kedekut sangat..lol!
avatar
imzal82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Special Gred
Gender : Male
Jumlah Post : 113
Umur : 41
Tarikh Register : 27/04/2007
Reputation : 3
Points : 6355

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty masih ade tempat kosong lagi kew??

Post by Fafa beloved Wed 17 Oct 2012, 5:43 am

sy mmg nk smbung bljr untuk ijazah.. stpsy xtau nk beljar kt mmne.. n cara2 nk masuk sambung belajr...
avatar
Fafa beloved
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Ijazah Farmasi Tereng10
Jawatan : penolong pegawai farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 35
Tarikh Register : 17/10/2012
Reputation : 0
Points : 4240

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by Fafa beloved Wed 17 Oct 2012, 5:44 am

re : ijazah farmasi

masih ade kew lgi kew kekosongan tu ahmad sabir??
avatar
Fafa beloved
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Ijazah Farmasi Tereng10
Jawatan : penolong pegawai farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 35
Tarikh Register : 17/10/2012
Reputation : 0
Points : 4240

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty kontrak bekerja penolong pegawai farmasi

Post by caeri Mon 15 Apr 2013, 6:37 pm

hye,maaf sebab masuk bhgian sini...saya nak tanya setelah tamat diploma penolong pegawai farmasi , berapa tahun kontrak bekerja dengan kerajaan.???.
avatar
caeri
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Ijazah Farmasi Sabah_10
Jawatan : waiting for temuduga
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 31
Tarikh Register : 15/04/2013
Reputation : 0
Points : 4055

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by nori Thu 07 Aug 2014, 7:08 pm

Ass’kum, Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



Ijazah farmasi boleh di jadikan kenyataan jika semua PPF menyokong usaha tersebut. PPF telah ketinggalan semasa SKIM BERSEPADU. Mereka dapat 2 kenaikan pada skim tersebut. Tetapi apa yang nyata pada masa dahulu ialah 12 post PPF U40, gajinya lebih banyak dari U36 dalam skim bersepadu, tetapi apakah nasib lain-lain PPF gred U29 - U36. Segalanya akan disokong oleh JPA jika ada kelayakan akademik, iaitu ada kelayakan ijazah/sarjana muda dalam bidang kefarmasian.
 
Persidangan PPF Tahun 2014 tetap akan dilaksanakan pada 5-8 September 2014 di Cameron Highland Pahang. Surat jemputan telah dikeluarkan pada Jun 2014 dan sepatutnya semua PPF telah menerimanya terutama Batch 28 kerana pada tahun 2014 akan di adakan Majlis Re Union PPF Batch 28. Setelah disemak surat jemputan persidangan tersebut, terdapat kekurangan sedikit dari segi kos RM yang perlu di tampong. Ada PTJ yang tidak mahu menghantar PPF dengan alasan kekurangan RM. Tetapi sebagai PPF alaf baru, kreativiti dan inovasi boleh memperjuangkan nasib dan masa depan PPF. Ada PTJ yang menggalakkan PPF hanya hadir pada 8 September iaitu semasa sessi dialog diadakan. Dan seterusnya terdapat PPF dari beberapa PTJ akan menganjurkan program lawatan sambil belajar pada hari tersebut dan seterusnya menghadiri sessi dialog. Batch 28 juga boleh hadir pada sessi dialog tersebut dan selepas itu, bolehlah program Re Union di adakan.

Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 akan diteruskan. Cadangan ialah pada Nov 2014 di Port Dickson Negeri Sembilan, bersamaan dengan AGM kesatuan PPF.

 
Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan satu  kertas kerja 5 muka surat bagi pembentangan pada mesyuarat sainstifik tersebut.
 
Muka Pertama :
Biodata PPF, nama, alamat, pengalaman bekerja, dll
Muka Dua :
Isi pembentangan Kertas Kerja (Pandangan PPF Dari Sudut Sainstifik )
Muka Lima :
Cadangan PPF Batch 28 kepada lain-lain PPF.
 
Ianya akan di cetak dengan harga 3 sen sekeping dan akan diedarkan kepada semua PPF yang hadir.
Ianya juga akan di salurkan ke alam maya secara ICT kepada semua PPF Batch 28.
 
Semasa Mesyuarat sainstifik nanti, kertas kerja dari batch 28 akan di bentangkan dan pada 8 september nanti hanyalah acara pengenalan sahaja. Semua PPF Batch 28 perlu memulakan langkah awal dalam menyediakan kertas kerja sainstifik tersebut dan ianya boleh di bincangkan semasa makan tegahari di Cameron pada 8 september 14 .
 
PPF Batch 28 juga perlu membuat satu kertas kerja dari segi sainstifik tentang perjalanan, kejayaan dan peningkatan fungsi dan skop JK Teknikal PPF, sebab rasanya JK Teknikal ini adalah JK tertinggi yang melibatkan PPF. Dari segi perkiraan sainstifik dan matematik, setiap seorang PPF mempunyai 1 masaalah dan jk ada 78 PPF pasti akan ada 78 masaalah. Dan jika ditambah dengan urusan keluarga masaalah itu akan menjadi berganda. Dan di Malaysia pun ada 30 juta penduduk dan masaalah juga ada 30 juta.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 


Tamat:
 
7 Ogos 2014
 
 
NOTA TAMBAHAN :
 
Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009 dan komposisinya ialah Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, 4 Wakil Pegawai Farmasi (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro,  Kesihatan, Hospital)
4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF ,1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak.
 
Pengerusi : Dr.Nour Hanah bt Othman
Wakil PPF :
En.Rohin bin Daud,
En.Razalle bin Dollah,
En.Zamri bin Arifin  
Tn.Hj.Mohd Noor bin Adam
En.Ganesan G.Narayanan,
Pn Hjh.Khamsiah bt Brahim,
Tn.Hj.Sulaiman bin Harun
Pn Faridah bt Saidi
Hjh.Norhaini bt Othman
Pn Juriah bt Wakidi
En.Talib bin Tawil
En.James Yiek Hua Kuong
En.Johnson Chin Nyat Min
 
Urusetia
En.Muhammad bin Awang
Tn Hj.Abd Ghani bin Yusof
 
Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan. Sepatutnya, jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, bolehlah  dihubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.



 
Semua Kertas Kerja akan dibentangkan mengikut negeri dan PPF Batch 28 dari negeri tersebut akan membentangkan secara berkumpulan dan akan menjawab segala pertanyaan dari lain-lain PPF.
 
PERLIS:
KEDAH:
PULAU PINANG:
PERAK:
SELANGOR:
WILAYAH PERSEKUTUAN:
NEGERI SEMBILAN:
MELAKA:
JOHOR:
PAHANG:
TERENGGANANU:
KELANTAN:
SABAH:
SARAWAK:
 
Tarikh, Masa, Tempat, DLL, masih belum di putuskan dan berkemungkinan semasa AGM kesatuan Nov nanti di Port Dickson Negeri Sembilan.
 
Seterusnya semua PPF Batch 28 bolehlah merencanakan apa yang ingin disampaikan dan apa yang ingin dicadangkan.
 
Perkembangan PPF tahun 1991 dan tahun 2014 adalah berbeza 100%. PPF juga perlu bersedia menyahut cabaran demi kejayaan Bhg Farmasi KKM. Banyak unit dan jabatan baharu disana.
Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-
• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
• Penggunaan Ubat dan IT
• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
• Pengurusan Kualiti
• Amalan Farmasi Klinikal
• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi


Apa yang pasti ialah semua PPF akan merasai apa yang di putuskan oleh BPF KKM dan wajarlah PPF sendiri memberikan input dalam bahagian / unit tersebut. Oleh kerana segalanya berjalan dengan amat pantas dan tidak dapat di kejar, maka sewajarnya PPF di bahagikan kepada tiga ruang utama iaitu PPF Hospital, PPF Kesihatan Awam dan PPF Biro.
 
Dan PPF perlulah menampilkan diri secara holistik dalam aktiviti KKM  dan antara aktiviti semua PPF pada tahun 2014 ialah :
 
Mesyuarat Teknikal PPF
Ahli JK Teknikal PPF
Penubuhan Konfederasi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Ahli JK Khas Latihan (Bidang PPF)
Majlis Dialog  Bersama Dato KSU KKM
MBJ Peringkat PTJ, 
MBJ Peringkat JKN
Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Mesyuarat Exco Kesatuan PPF

Mesyuarat Ahli Majlis Persatuan PPF
 
Batch 28 bercadang untuk mengadakan RE UNION bersempena AGM Kesatuan tahun ini. 
Ada kebaikan dan keburukannya. 
Tetapi jika di timbang dengan neraca yang adil, kebaikannya akan melebihi keburukannya.
Konvensyen ialah perjumpaan dan dapat 20 mata mycpd
Sciencetific Meeting akan membincang benda-benda baru dari sudut sains dan akan dapat 20 mycpd point.
Jika PTJ murah hati, segala perbelanjaan akan di tanggung.
YAB PM akan bentangkan RMK 11 dan eloklah PPF draffkan kemahuan PPF pada RMK 11
RMK 10 sudah berlalu dan nasib PPF macam biasa-biasa je.

Batch 28 ramai dan menjadi sejarah kerana mereka datang dari berbagai latar belakang
Ada yg dah jd PF eg En Gilbert dan Faridah Loh
Dan ada yg masih sebagai PPF dan akan bersara lagi 10 tahun.
Keserasian dan kematangan perlulah di terokai.
JPA menggalakkan kretiviti dan inovasi.

RE UNION BATCH 28 mempunyai 3 plan
Plan A - Konvensyen
Plan B - Sciencetific Meeting
Plan C - Lawatan Sambil Belajar.

 
Plan A, B dan C mempunyai berbagai kebaikan dan kekurangan dan secara awalnya Kertas Kerja Plan B telah disediakan.

Cadangan tempat : Negeri Sembilan, sempena AGM Kesatuan PPF.

Tepuk dada tanya selera :

 
Pembentangan Kertas Kerja Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 adalah di cadangkan mengikut negeri, samaada secara individu ataupun secara berkumpulan. Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan ketas kerja pembentangan dan ianya akan di cetak dan di edarkan kepada semua PPF yang hadir.

Antara Batch 28 yg boleh di hubungi dan pembentangan mengikut Negeri :

PERLIS:

Shakar Seman
 
KEDAH:
 
PULAU PINANG:
 
PERAK:
Tn Hj Bakeri Songep - 019 3468443
Tn Hj Zainuddin Perak - 017 5198170
Tn Hj Idris Uda Saidi - 012 9680929

 
SELANGOR:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN:
 
NEGERI SEMBILAN:
 
MELAKA:
 
JOHOR:
Khir Johari  - 012 6313103
Siti Aishah
Sabariah Alias
Rosli  - 013 7785394
 
PAHANG:
 
TERENGGANANU:
 
KELANTAN:
Azmi Hamid - 019 9878400
Khalid Yaakob - 013 9200599
Tn Hj Razali Dolah - 019 0339760


SABAH:
Gilbert
Ong Say Bee
Justin
 
SARAWAK:
Welfred Sarawak - 019 8163572
Sahlan Johari

Baki lagi 60 PPF hanya boleh jumpa di facebook sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai Diploma in Pharmacy, pastikan segalanya berjalan lancar, teratur, berkesan, terpelihara dan tersusun.


GOOD LUCK TO BATCH 28
 Similar topics
 
DRAFF KERTAS KERJA
CADANGAN MENGADAKAN MESYUARAT SAINTIFIK PPF TAHUN 2014
SEMPENA MAJLIS RE UNION PPF BATCH 28.
 
A. PENDAHULUAN :
 
Mesyuarat Saintifik  ini merupakan penambahan pengisian pengetahuan terhadap Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara. Pengisian Mesyuarat Saintifik ini adalah lebih kepada skop pembinaan  motivasi, perubahan kepada sikap yang positif dan tugasan-tugasan klinikal dalam menjalankan tugas-tugas seharian dan cabaran semasa dan segalanya di lihat dari sudut saintifik.
 
B. OBJEKTIF :
 
Memberikan kesedaran kepada semua Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara  tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam KKM terutama dalam Jabatan Farmasi di semua tempat bertugas
 
Menyedarkan peserta tentang pentingnya peranan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat dan Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Farmasi.
 
Kearah penyatuan sikap semasa menjalankan tugas harian
 
Menyuntik kepentingan pengetahuan bersifat rohani disamping fizikal
 
Mengulang kaji ilmu-ilmu klinikal agar tugas harian lebih menunjukkan keterampilan , tepat, bertanggung jawab, profesioanal dan jauh dari sebarang kesilapan.
 
Mendedahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang Penguatkuasaan Farmasi serta akta-akta bersangkutan untuk persediaan menjayakan hasrat dan nspirasi Negara.
 
C. TARIKH / MASA / TEMPAT :
 
Anjuran bersama ( CADANGAN) :
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
Biro Pendidikan Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Biro Pendidikan Kesatuan Penolong  Farmasi Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia .
 
Tarikh: 
Ogos 2014 ( Sabtu  ) - CADANGAN
 
Tempat :
Hotel Seremban.- CADANGAN
 
Jangka Masa / Hari               :
Satu Hari - CADANGAN
 
Tajuk Tajuk Pembentangan Kertas Kerja :
Perkara perkara yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Farmasi dalam masa 23 tahun ( 1991- 2014) dari sudut padangan saintifik kerohanian dan kemanusian
 
Peserta :
Penolong Pegawai Farmasi semua katogeri terutananya Batch 28
 
Jumlah Peserta:
76 orang
 
Perasmian :
1. Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM ( Cadangan ) :                 
2. Pengarah JKN Negeri sembilan ( Cadangan )
 
Penutup dan Penyampaian Sijil :
En Rohin Daud – Presiden KKPFKMB
 
D. ANGGARAN PERBELANJAAN :
 
Sewa Dewan : RM  8,000.00
Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum     Petang  
Sewa 3 Bilik            ( Penceramah Luar )
 
Cenderahati penceramah : RM 500.00
 
Cenderahati Perasmi : RM 200.00
 
Fail peserta : RM 900.00
 
Pengurusan : RM 200.00
 
Lain-lain perbelanjaan : RM200.00
 
JUMLAH : RM 10,000.00
 
Kesemua perbelanjaan di atas dibiayai oleh peserta  iaitu RM60.00 seorang
Penginapan ( kepada peserta yang berkenaan ) ,Tambang perjalanan, parking, dan lain-lain elaun peserta ditanggung oleh PTJ masing-masing. Malaysia terdapat 500 syarikat GLC, tentu mereka boleh membantu dari sudut Tanggungjawab Sosial Korporat Kepada Komuniti.
 
E. AJK INDUK ( CADANGAN ):
 
Pengerusi                               : En Rohin Daud
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Razalee Dolah
Setiausaha                             : En Zamri Ariffin
Pen Setiausaha      :
Bendahari                              :
AJK                                         : Semua Exco KKPFKMB
                                               
F. AJK PENATIA / PELAKSANA ( CADANGAN ):
 
Pengerusi:                              : Tn Hj Razalee Dolah
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Bakeri Songep
Setiausaha                             : Tn Hj Idris Uda Saidi
AJK                                         : Lain-Lain PPF
                                                                                                                               
G. KETUA-KETUA SESI ( CADANGAN ):
 
Persiapan Tempat : PPF Seremban
Pendaftaran : PPF Perlis
Penyambut Tetamu                : PPF Kedah
PA System : PPF Pulau Pinang
Jamuan : PPF Perak
Pembentangan Kertas Kerja : PPF Selangor
Sijil : PPF Melaka
Aturcara : PPF Johor
 
H. PENGERUSI MAJLIS
1. PPF Sabah
2. PPF Sarawak
 
I. BACAAN DOA :
PPF Kelantan
 
J. ATURCARA MAJLIS ( CADANGAN)
 
( Sabtu  )
 
8.00 am
Pendaftaran  Peserta
Ucapan Perasmian
Minum Pagi
Pembentangan Kertas Kerja Sessi I
 
1.00 pm - 2.00 pm  :
Makan Tengahari / Rehat / Solat
 
2.00 pm:
Pembentangan kertas Kerja Sessi II
 
5.00 pm :
Ucapan Penutup
Penyampaian Sijil
BERSURAI
 
K. PAKAIAN :
 
Tidak perlu memakai pakai seragam. Pakaian menutup aurat/tidak menjolok mata.
 
L. LAIN-LAIN :
 
1. Memohon kepada KKPFKMB mengeluarkan surat lantikan kepada semua AJK persidangan melalui jabatan AJK masing-masing.
2. Memohon agar semua ketua unit atau jabatan para peserta dan AJK persidangan memberikan cuti gantian/ kelepasan.
3. Semua surat jemputan resmi peserta, penceramah dan perasmi dikeluarkan olih KKPFKMB    
4. Semua penceramah hendaklah menyediakan teks ucapan / kertas kerja untuk di masukkan dalam fail  kepada setiap peserta.
5. Peruntukan perbelanjaan Mesyuarat Saintifik adalah dari yuran peserta, sumbangan kesatuan, persatuan, orang perseorangan dan syarikat.
6. Mata mycpd sebanyak 20 mata point akan diberikan kepada semua peserta.
7.Pengangkutan, penginapan peserta adalah daripada PTJ masing-masing.
8. Lagi 20 hari semua umat Islam akan berpuasa dan segalanya perlulah disetkan sebelum Awal Ramadhan.
10. Surat tawaran mengikuti Mesyuarat Sainstifik ini kepada semua PPF Batch 28 perlulah di keluarkan awal agar segalanya berjalan dengan teratur dan lancar.
 
Disediakan Oleh
Biro Pendidikan

Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
TAMAT

7 Ogos 2014
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ijazah Farmasi Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 58
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5614

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by nori Sun 19 Oct 2014, 11:28 am

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

Ijazah farmasi telah di wujudkan di negra ini tetapi ijazah Penolong Pegawai Farmasi masih belum ada. Dan jika PPF masih belum boleh berdikari, maka ikut sahaja perancangan BPF KKM  PF dan hanya  perlu sambuNg pelajaran ke Ijazah Farmasi.
 
PPF bernasib baik kerana masih di beri ruang dan peluang bagi mencurahkan bakti kepada bumi tercinta ini. Tetapi pemerkasaan tugas,  tanggungjawab dan aktiviti PPF masih belum sampai ke tahap yang tinggi. Secara seriusnya ialah penglibatan semua PPF masih di harap rendah. Pertama masih ada PPF yang masih belum mengisi borang keahlian persatuan dan kesatuan. Kedua perancangan PPF bagi masa hadapan masih belum terkini. Ketiga PPF masih keliru yang mana satu tugas PF dan yang mana satu tugas PPF. Keempat tidak ramai PPF yang memberikan input bagi kejayaan PPF.
 
Yang paling utama ialah penyampaian maklumat PPF masih rendah. Surat AGM PPF pada 16 November 2014 hanya di edarkan selepas 30 hari ianya di dokumenkan. Penyampaian maklumat tersebut juga tidak meyeluruh. Terdapat kekuranga teknikaliaitu ianya di taip dalam Word 2007 tetapi ramai PPF telah menggunakan Word 2010. Perkara ini boleh di baiki pada masa hadapan.

Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009
dan komposisinya ialah :
 
Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM,
4 Wakil Pegawai Farmasi (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro,  Kesihatan, Hospital)
4 Exco Kesatuan,
3 Exco PPFM, 4 wakil PPF ,
1 wakil Sabah dan
1 wakil Sarawak. 
 
Pengerusi : Dr.Nour Hanah bt Othman
Wakil PPF :
En.Rohin bin Daud, 
En.Razalle bin Dollah, 
En.Zamri bin Arifin  
Tn.Hj.Mohd Noor bin Adam 
En.Ganesan G.Narayanan, 
Pn Hjh.Khamsiah bt Brahim, 
Tn.Hj.Sulaiman bin Harun 
Pn Faridah bt Saidi
Hjh.Norhaini bt Othman
Pn Juriah bt Wakidi
En.Talib bin Tawil
En.James Yiek Hua Kuong 
En.Johnson Chin Nyat Min
 
Urusetia 
En.Muhammad bin Awang 
Tn Hj.Abd Ghani bin Yusof
 
Semasa AGM PPF pada Nov nanti, terdapai dua aktiviti utama iaitu :
Pemilihan EXCO baru
Usol Usol PPF
 
Pemilihan EXCO baru akan berjalan seperti  biasa iaitu, mereka  yang tabah, cekal, bersemangat, setia, prihatin, berketerampilan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan RM, pastinya akan Berjaya.
Usol-usol PPF pula perlu menrangkumi semua aspek kehidupan sebagai seorang PPF.
 
Pemilihan EXCO perlu megisi borang pencalonan dan nama jawatan yang ingin di tandingi manakala  usol usopula p erlu di hantar sebelum 16 Oktober. Oleh kerana terdapat ketirisan semasa mengedarkan surat jemputan AGM tersebut, maka segala nya perlulah di laksanakan melalui plan B.
 
Mengikut Plan B, semua usol-usol dari PPF perluah dihantar ke Exco Kesatuan PPF sebelum 24 Oktober dan salinaNnya perlulah disediakan dalam 50 set salinan dalam bentuk soft copy dan hard copy. Ini adalah kerana AGM tersebut akan di rasmikan oleh Peg Tertinggi KKM dan segalanya bolehlah diserahkan kepada beLiau secara tangaN selepas beliau merasmikan AGM tersebut.
 

Antara Usol Usol PPF Bagi tahun 2014 ialah :

 
A.MEMPERKASAKAN JK TEKNIKAL PPF :
Semua PPF yang menjadi Ahli JK Teknikal PPF ini perlulah membuat sesuatu yang masih belum di buat sebelum ini dan antaranya ialah melantik JK Kecil Pra Mesyuarat dan Melantik JK Kecik Post Mesyarat. Ini adalah kerana sehingga kini, semua PPF masih belum menerima apa-apa rumusan dan hasil mesyuarat tersebut. Dan jika ianya terus berlaku, ini bermaksud PPF di sana hanya jalan2, minum2 dan makan2 sahaja.
 

B.MEMPERKASAKAN BIRO BIRO PPF :

PPF perlu memperkasakan Biro Biro PPF di dalam Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia dan Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Semenanjong Malaysia. Ini adalah dengan menubuhkan biro- biro baru dan memperkemaskinikan biri-biro sedia ada. Antara biro-biro yang perlu diberi perhatian ialah :

Biro Pendidikan

Biro Multi Media

Biro Keahlian

Biro Kebajikan dan Sosial

Biro Kewangan

 

C.MEMPERKASAKAN AHLI-AHLI PPF DALAM MESYUARAT PPF PERINGKAT KKM, JKN, PTJ DLL :

PPF perlu memperkasakan semua ahli PPF yang terlibat dalam mesyuarat peringkat KKM, Peringkat JKN, Peringkat PTJ dll, bagi menjayakan transformssi minda kelas pertama dengan melakukan penambahbaikan dengan mengaktifkan JK Kecil dan JK Pelaksana dalam hal-hal yang berkaitan dengan PPF dan ianya adalah termasuk :

 
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Usol semasa AGM persatuan
Usol semasa AGM kesatuan
Mesyuarat PPF Kanan bersama Pengarah Kanan BPF KKM
Mesyuarat PPF y/m peringkat negeri
Mesyuarat Pengurusan PTJ
Mesyuarat MBJ JKN
Mesyuarat Pre Council MBJ JKN
Mesyuarat MBJ PTJ
Mesyuarat Pre Council MBJ PTJ
 
 

D.MEMPERKASAKAN PPF DALAM PENYEDIAAN KERTAS KERJA BERKAITAN USOL-USOL PPF :

Isu-Isu PPF yang pernah dibincangkan oleh PPF untuk perhatian semua PPF ialah :
Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran  Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF  Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF  U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF
Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 – U40
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF Dalam Akta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara
 
E.MEMPERKASAKAN PENGLIBATAN PPF DALAM PENERBITAN RENCANA / CADANGAN / NUKILAN
DALAM MAJALLAH, JOURNAL DLL.:
PPF perlu memperkasakan diri dalam menerbitkan segala pendapat dan cadangan serta ianya akan di terbitkan sebagai rujukan kepada semua PPF. PPF perlu menerbitkan semula Suara Penolong Pegawai Farmasi seperti dahulu . Pada masa lalu ianya di ketuai oleh persatuan dan selepas itu ianya di sambung oleh kesatuan dan semua PPF perlu bersatu hati agar ianya dapat di terbitkan semula.
 
Antara tajuk yang boleh diketengahkan ialah :
BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN
TPN, TDM, CDR
DISPENSING SEPARATION
TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF
BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF
SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK
TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH.
BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA
MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA
PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH
UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF
PPF SEMAKIN SEDIKIT
FARMAKOKINETIK
SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF
MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI
LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI
SENARAI TUGAS PPF
TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF
JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN
YANG BERACUN DI SEKELILING KITA
UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA
PPF DAH RAMAI MASUK KK
PERSATUAN PPF
POS BASIK PPF
APA SUDAH JADI NASIB PPF
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI
PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF
JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI
5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN
SPUB
MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF
PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN
SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF
TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF
PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN
NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK
PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN
PERLUKAH PPF ADA UNIFORM
HALATUJU PPF
ELAUN KRITIKAL
ABM 8 PPF
RISIKO UBAT
PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN
 
F.MEMPERKASAKAN PENGLIBATAN PPF DALAM MENJAYAKAN RESOLUSI TAHUN 2000 :
PPF perlu di perkasakan dalam menjayakan resolusi persidangan pengarah-pengarah KKM pada tahun 2000. Ini adalah termasuk menubuhkan jJK Kecil, JK Perlaksana dan JK Pemantau.
 
RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang
Kerana jalan mencapainya telah di tunjukkan, iaitu;
 
The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms: that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations ( short and sharp ) Lainlah jika BPF KKM telah membuka pintu luas kepada PPF bagi memperkatakan sesuatu. Usol pertama apabila pintu di buka ialah bagaimana cara supaya PPF layak mendapat BIPK kritikal.
 
G. HARI PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA :
PPF perlu bersedia dengan menambah hari sambutan kesihatan setiap tahun.
Hari Kusta Sedunia  ( 27 Januari )
Hari Kusta Sedunia  ( 27 Januari )
Hari Hepatitis Sedunia ( 22 March )
Hari Tibi Sedunia ( 24 March )
 Hari Kesihatan Sedunia ( 7 April )
Hari Ibu ( 6 May )
Hari Bulan Sabit Merah ( 8 May )
 Hari Keluarga Antarabangsa ( 15 May )
Hari Tampa Tembakau Sedunia ( 31 May )
Hari Alam Sekitar Sedunia ( 5 Jun ) Hari Bapa ( 17 Jun )
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia( 1 Ogos – 7 Ogos )
Hari Wanita Sedunia ( 8 Ogos )  
Hari Wanita ( 25 Ogos )
Hari Jantung Sedunia ( 30 September )
Hari Wargatua ( 1 October )
Hari Kesihatan Mental ( 10 October )      
Hari Makanan Sedunia ( 16 October )
Minggu Alam Sekitar Malaysia( 21 – 27 October )
Hari Keluarga Kebangsaan ( 11 November )
Hari Diabetis Sedunia ( 14 November )
Hari AIDS Sedunia ( 1 Disember )
 
Hari Farmasi di Malaysia telah di sambut pada 20 September 2014. PPF juga boleh menyambutnya setiap tahun bersama PF ataupun PPF tetapkan sendiri iaitu Hari PPF Malaysia pada satu tarikh lain. Dan ada cadangan agar ianya di sambut pada 1 Januari setiap tahun. YAB PM telah umumkan budget 2015 iaitu tahun terakhir pada RMK 10. RMK 11 akan bermula pada 2016-2020 dan PPF sepatutnya telah menyediakna draff perancangan PPF bagi RMK 11. Jika belum ada, masih ada ruang.
 
Perkhidmatan Farmasi 24Jjam juga menyekat perkembangan PPF yang mana semua PPF sebok. Jika terdapat kekangan masa, copy and paste segalanya yang dan emelkan kepada pihak-pihak yang berwajib.
 
Bagi tahun 2015, semua PPF boleh mengatur langkah yang baik iaitu semua PPF yang terlibat sebagai mana-mana AJK, perlulah menghadiri Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat Yang Berkualiti anjuran INTAN dan semua PPF yang telah dan akan naik pangkat melalui KPSL, perlulah mempunyai Diploma Lanjutan PPF ( Post Basik )
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
TAMAT

19 Oktober 2014
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ijazah Farmasi Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 58
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5614

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by nori Fri 09 Jan 2015, 9:21 am

Ass’ kum dan Salam Satu Malaysia. Di jemput semua PPF hadir ke Seminar Pembentangan Pencapaian PPF Tahun 2014 pada 10 Januari 2015 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi – 1.00 tengahari di Bilik CME Klinik Kesihatan Bota Kiri, 32600 Bota Perak. Urusetia : Haji Idris Uda 012 9680929.

Pada tahun 2015, semua PPF perlu memberikan perkhidmatan setanding dengan negara maju dan Wasasan Malaysia Negara Maju Pada 2020 akan di capai oleh PPF pada tahun 2015 iaitu 6 tahun lebih awal. Selainnya akan di usahakan oleh KKM, persatuan dan kesatuan. Dan sebagai staff di negara maju, aktiviti PPF akan di adakan sebanyak 12 kali setahun, iaitu setiap bulan akan ada satu aktiviti. PPF yang memiliki Ijazah Farmasi dari luar negara, perlulah mendapat pengiktirafan dari Majlis Farmasi Malaysia bagi membolehkan ianya di praktikkan di negara ini. PPF yang ada memiliki lain-lain ijazah dari IPTA / IPTS juga boleh menyumbang idea dan kepakaran. TQ 
SELAMAT TAHUN BARU 2015 DAN LUPAKAN TAHUN YANG LALU SERTA MULAKAN FASA BARU YANG LEBIH BERKETERAMPILAN.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ijazah Farmasi Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 58
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5614

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by nurul fatihah azmi Thu 16 Apr 2015, 11:32 am

ahmad sabir company apa ye ?
nurul fatihah azmi
nurul fatihah azmi
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Ijazah Farmasi Selang10
Jawatan : pelajar
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 27
Tarikh Register : 06/04/2015
Reputation : 0
Points : 3330

Back to top Go down

Ijazah Farmasi Empty Re: Ijazah Farmasi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum