FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rahim boleh jatuh akibat tekanan abdomen

Go down

Rahim boleh jatuh akibat tekanan abdomen Empty Rahim boleh jatuh akibat tekanan abdomen

Post by Lord Vlad Mon 18 Jun 2007, 2:23 pm

Rahim boleh jatuh akibat tekanan abdomen
-copy from harian metro


Soalan:

SAYA berusia 26 tahun dan baru melahirkan bayi perempuan yang kini berusia empat bulan melalui pembedahan. Lazimnya, wanita akan berurut selepas melahirkan anak tetapi saya tidak pernah berurut.

Apakah kesan buruk yang bakal saya hadapi kerana tidak berurut? Adakah wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan juga akan mengalami masalah rahim jatuh?

YANE MH,
Kuala Lumpur.

Jawapan:


RAHIM terletak di bahagian bawah abdomen wanita. Lazimnya rahim jatuh dikaitkan dengan peningkatan tekanan dalam abdomen (yang melemahkan faraj dan otot lantai pelvis sehingga rahim di atasnya turut jatuh) untuk jangka masa yang lama atau kerap, contohnya:

- Bersalin. Meneran memberi tekanan dalam abdomen. Lebih kerap seseorang bersalin normal, dia lebih berisiko mengalami masalah rahim jatuh kelak terutama jika proses bersalinnya mengalami komplikasi seperti proses bersalin yang lama, melalui forseps dan vakum.

- Bayi dilahirkan bersaiz besar

- Batuk berpanjangan

- Merokok

- Sembelit

- Ketumbuhan dalam abdomen

- Kegemukan

Di samping itu, usia dan menopaus juga adalah dua faktor utama. Memandangkan wanita akan mengalami usia tua atau menopaus satu hari nanti dan terdedah kepada masalah rahim jatuh, langkah pembaikan atau pencegahan seeloknya diamalkan mulai sekarang, antaranya:

- Tidak mengangkat benda berat

- Mengelakkan masalah sembelit

- Menangani batuk berpanjangan

- Tidak merokok

- Menjaga berat badan ideal

- Mengamalkan senaman kegel secara mengemutkan otot lantai pelvis sekerap mungkin dan selama mungkin

Senaman kegel boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang betul menggunakan otot yang betul iaitu otot pubo-koksik. Otot pubo-koksik ini perlu dikenali kerana ada juga wanita yang menggunakan otot yang salah sewaktu senaman ini menyebabkan ia tidak berkesan.

Sewaktu membuang air kecil, bersedia untuk menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Pada masa ini, anda sebenarnya menggunakan otot pubo-koksik untuk menghentikan aliran air kencing daripada keluar.

Setelah membiasakan diri dengan teknik ini, anda boleh melakukannya di mana-mana saja (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing)

Memasukkan jari ke dalam faraj dan cuba mencengkam jari ini menggunakan faraj anda. Sebelum itu, jari hendaklah dicuci bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.

Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Ia boleh mengakibatkan sakit belakang, abdomen dan seumpamanya. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Jika masih tidak pasti, anda boleh berjumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan senaman yang betul.

Kepercayaan masyarakat bahawa berurut dapat mengembalikan kedudukan rahim ke atas semula tidak terbukti selama ini. Masyarakat lain yang tidak mengamalkan urutan bersengkak rahim tidak pula didapati mengalami kekerapan rahim jatuh.

Bagaimanapun, berurut dapat mengembalikan ketenangan dan kelegaan, ia juga satu bentuk terapi minda. Layanan berpantang lebih kepada memanjakan diri, perhatian yang diberi dapat menenangkan dan mengurangkan risiko kemurungan.

Cuma, lazimnya bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, tidak dinasihatkan berurut di kawasan abdomen kerana dikhuatiri mengganggu keadaan luka pembedahan terbabit.

Jika pembedahan dilakukan atas sebab lain iaitu bukan disebabkan oleh pintu rahim yang lambat membuka (seperti proses sakit bersalin yang lama) ataupun disebabkan oleh kegagalan prosedur forseps, maka pembedahan itu tidak mendedahkan anda kepada peningkatan risiko rahim jatuh.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Rahim boleh jatuh akibat tekanan abdomen Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7711

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum