FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAM Elak Dedah Hukuman Terhadap TMJ

Go down

FAM Elak Dedah Hukuman Terhadap TMJ Empty FAM Elak Dedah Hukuman Terhadap TMJ

Post by Info Bola Sepak Fri 01 Mar 2013, 11:10 am


FAM Elak Dedah Hukuman Terhadap TMJ Datuk+Taufek+Abdul+Razak+FAM

PETALING JAYA, 28 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Khamis mengelak daripada mendedahkan hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata setelah diteliti, anggota jawatankuasa yang bersidang hari ini tidak dapat mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalah tafsirkan.

"Kita perlu menunggu jawapan daripada pihak berkaitan dalam beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan kira-kira empat jam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.

Taufek berkata pihaknya perlu mengumpul bukti yang lebih jelas seperti rakaman video kerana setakat ini, siasatan dibuat berdasarkan laporan media cetak tempatan.

Beliau memberi jaminan bahawa FAM akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.

"Ia tidak lama lagi...selepas selesai kita akan umum bagi mendapat keputusan yang terbaik," katanya.

Taufek berkata beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sama ada TMJ disiasat kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM atau pun peratuan lain yang terkandung dalam Perlembagaan FAM.

Sementara itu, FAM hari ini menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) setelah membuat pengakuan bersalah ke atas tiga pertuduhan.

Tiga pertuduhan tersebut ialah tindakan liar penyokong skuad Penyu membaling objek berupa serpihan simen dan konkrit ke padang serta ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.

Selain itu, Terengganu selaku tuan rumah gagal menyediakan kawalan keselamatan dalam stadium ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 15 Jan lepas.

"Setelah meneliti rakaman video perlawanan dan laporan daripada pegawai perlawanan, kami mendapati bahawa PBSNT bersalah dalam ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

"Skuad Terengganu juga bakal berdepan hukuman bermain tanpa kehadiran penonton jika mengulangi kesalahan yang sama pada perlawanan akan datang," katanya.

Beliau berkata PBSNT tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman denda tersebut kerana ia hukuman yang minimun.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : FAM Elak Dedah Hukuman Terhadap TMJ Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum