FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang

2 posters

Go down

Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang Empty Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang

Post by Info Bola Sepak Sun 31 Mar 2013, 10:52 am

ARKIB : 14/04/2011

AMIRA
Serdang, Selangor


Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang Hserdang
SAYA tertarik dengan luahan hati Saudara Izhar dalam ruangan Forum pada 13 April 2011.

Saya tidak berniat untuk menidakkan kekesalan beliau atau sengaja untuk memihak kepada pihak yang dikesalkan, tetapi sekadar terpanggil untuk berkongsi pengalaman dua kali bersalin di hospital berkenaan, sekali secara pembedahan pada tahun 2007 dan kali kedua pada bulan Februari yang lalu secara normal.

Antara kedua-duanya, pengalaman bersalin anak kedua paling diingati kerana seperti yang semua sedia maklum, bersalin normal pasti mengambil masa yang panjang. Berikut ialah pengalaman sepanjang melalui detik-detik kedua-dua kelahiran tersebut:

Dalam keadaan sakit menahan saya disapa oleh petugas kaunter dengan baik walaupun dia tidak pun senyum. Hal ini saya faham kerana pastinya dia keletihan melayan pesakit yang datang bertali arus bersama rombongan (keluarga) dan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Saya diminta masuk ke bilik untuk pemeriksaan kencing, denyutan nadi bayi, mengimbas serta diberi bantuan alat pernafasan. Untuk setiap prosedur tersebut saya bertanya akan keperluannya dan pertanyaan saya dijawab dengan baik, berhemah dan jelas oleh jururawat dan doktor bertugas.

Dalam tempoh empat jam menunggu bukaan saya sampai ke lapan sentimeter sebelum diusung ke dewan bersalin, jururawat ada meninjau keadaan saya tiga hingga empat kali. Ketika itu saya sempat mengimbas semula pengalaman saya dan suami menyertai kelas bersalin anjuran hospital yang sama setiap Khamis.

Pengetahuan tersebut sangat membantu saya mengharungi tempoh 'contraction' yang lama dan memberi kesediaan daripada segi mental untuk saya mengharungi pula proses bersalin yang digambarkan oleh kawan-kawan, menyakitkan.

Di dewan bersalin, saya dilayan dengan baik. Saya diajar oleh jururawat cara meneran yang betul walaupun saya sudah ketahui semasa kelas bersalin. Kemudian, saya diajar sekali lagi oleh doktor yang tiba kemudiannya. Air ketuban saya dipecahkan dan pada masa yang sama drip diberi.

Saya diberi penerangan akan keperluannya. Alhamdulillah, sejam selepas itu, saya selamat melahirkan anak kedua. Saya diminta menyusukan anak, bukan satu masalah buat saya kerana itu anak kedua.

Tetapi sebenarnya, semasa kelahiran anak pertama secara pembedahan saya tidak begitu kekok memegang anak saya kerana telah diajar semasa kelas penyusuan ibu yang juga ada diadakan untuk bakal ibu di Hospital Serdang.

Semua layanan baik dan mesra itu saya terima daripada para petugas Hospital Serdang walaupun saya bukan VIP, apatah lagi VVIP yang lebih suka melaburkan duit di hospital swasta dan itu adalah hak dan pilihan masing-masing

Setiap orang pasti lain pengalamannya, tetapi itulah pengalaman manis saya di Hospital Serdang. Terima kasih semua, bantuan anda akan saya ingat selalu.

--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6559

Back to top Go down

Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang Empty Re: Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang

Post by Alixa Wed 31 Dec 2014, 4:14 pm

terbaikkk...
Alixa
Alixa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Terima Kasih Doktor, Jururawat & Petugas² Hospital | Pengalaman manis di Hospital Serdang Kuala_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 30
Tarikh Register : 22/10/2014
Reputation : 0
Points : 3537

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum