FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor

Go down

FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor Empty FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor

Post by Info Bola Sepak Mon 08 Apr 2013, 10:14 pm


FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor Hamidin
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta media tempatan supaya berhati-hati ketika membuat laporan berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Tunku Mahkota Johor.

FAM dalam satu kenyataan berkata segala laporan mengenai baginda perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Istana Johor selepas menerima arahan sedemikian, Isnin.

Sejak kebelakangan ini FAM mendapati banyak laporan media tempatan yang membawa andaian tidak berasas mengenai isu tertentu dalam bola sepak tempatan.

"Malahan didapati segelintir akhbar yang sama sering membuat laporan yang berbentuk spekulatif ini. Laporan sedemikian menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam bola sepak negara," menurut kenyataan itu.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan didenda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.

Baginda juga dipalit kontroversi terbaru selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.

Pada Rabu lepas Tunku Ismail memutuskan untuk meletak jawatan selaku Presiden PBNJ dan keputusan itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail mengumumkan bahawa baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.

--BERNAMA

Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6563

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum