FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan

2 posters

Go down

Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan Empty Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan

Post by Info Bola Sepak Thu 13 Jun 2013, 4:48 pm

Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan 56570256_XS

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bayangkan betapa sakitnya tidak tertahan, tetapi seseorang yang mengalami sakit gigi terpaksa menunggu sekurang-kurangnya sebulan untuk berjumpa doktor gigi di klinik kerajaan di Lembah Klang.

Bagi mereka yang tidak sanggup menunggu, mereka boleh berjanji temu dengan doktor pergigian swasta asal sanggup mengeluarkan belanja besar kerana kos rawatan pergigian yang semakin melonjak.

Senarai menunggu yang panjang dan kos rawatan yang meningkat adalah antara dua isu yang cuba diselesaikan Dr V. Nedunchelian pada mesyuarat agung tahunan ke-70 Persatuan Pergigian Malaysia pada Ahad ini.

Bekas Presiden Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA) itu menghujahkan senarai menunggu yang panjang terutama di Lembah Klang adalah disebabkan nisbah doktor gigi dan pesakit tidak seimbang iaitu 1:12,000.

Keadaan itu amat membebankan doktor gigi kerajaan manakala senarai menunggu yang panjang pula merupakan kesengsaraan kepada pesakit.

"Usul saya ialah mengadakan hubungan simbiotik untuk meringankan beban klinik gigi kerajaan. Pakar bedah pergigian di sektor swasta boleh membantu dengan turut merawat pesakit di klinik kerajaan menerusi kerjasama swasta/kerajaan seperti yang dilakukan di negara lain," katanya.

Pada masa yang sama, Dr Nedu berkata terdapat lebih 1,000 pelajar pergigian menamatkan pengajian masing-masing dari 15 universiti yang boleh digaji oleh sektor swasta.

Selepas mereka menamatkan latihan amali, mereka boleh diserap ke sektor swasta di bawah penyeliaan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, katanya.

Mengenai caj rawatan yang meningkat, beliau berkata keadaan itu menyebabkan orang ramai menangguhkan pemeriksaan gigi mereka dan bergantung kepada klinik kerajaan.

"Hari ini, kos untuk mencabut gigi sudah melonjak ke RM100 berbanding hanya RM20 kira-kira dua dekad lalu, sebab kos bahan sudah meningkat secara dramatik. Cukai import untuk bahan menampal gigi meningkat kira-kira 50 peratus sejak 10 tahun lepas.

"Ubat anestetik dalam katrij yang disuntik untuk mengebaskan gusi pula meningkat 150 peratus berbanding antara RM20 dan RM50," katanya.

Dr Nedu berkata beliau akan mengusulkan pada mesyuarat agung itu agar kerajaan menghapuskan duti import untuk bahan-bahan rawatan pergigian, sekali gus mengurangkan kos rawatan yang harus ditanggung pesakit.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan Empty Re: Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan

Post by kainkapan Fri 14 Jun 2013, 10:16 am

Dashyat......
kainkapan
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri : Mengurangkan Kesakitan Menunggu Di Klinik Gigi Kerajaan Kelant10
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 326
Umur : 42
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 6656

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum