FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Batuk, Bersin Boleh Sebarkan Jangkitan Dari Titisan Cairan

Go down

Batuk, Bersin Boleh Sebarkan Jangkitan Dari Titisan Cairan Empty Batuk, Bersin Boleh Sebarkan Jangkitan Dari Titisan Cairan

Post by Info Bola Sepak Thu 13 Jun 2013, 5:05 pm

Batuk, Bersin Boleh Sebarkan Jangkitan Dari Titisan Cairan Cough

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Penulis telah mengunjungi beberapa tempat awam baru-baru ini dan mendapati ramai daripada anggota masyarakat mencari tempat berlindung daripada bahang panas akibat cuaca panas yang melanda sekarang ini.

Premis awam itu termasuk beberapa pasar raya serta kompleks membeli-belah selain sebuah hospital dan beberapa medan selera.



Tetapi, beliau agak terperanjat bila mendapati ramai yang masih batuk dan bersin secara terbuka tanpa menutup hidung dan mulut mereka walaupun terdapat orang lain berdekatan.

"Mungkin ada yang tidak menjaga perangai dan menghormati orang lain bila berada di tempat awam," penulis terdengar komen daripada seseorang yang berada di sebuah medan selera di ibu kota.

"Mereka juga tidak sedar atau malas nak ambil tahu bahawa penyakit pernafasan boleh berjangkit melalui batuk dan bersin mereka," kata beliau.

Tambah lelaki itu lagi: "Agaknya mereka dah lupa tentang wabak SARS dan selesema burung".



SARS

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sindrom Pernafasan Sangat Akut (SARS) adalah satu penyakit respiratori disebabkan virus dalam manusia.

Antara November 2002 dan Julai 2003, berlaku satu wabak SARS di China Selatan dan kemudiannya Hong Kong yang hampir-hampir menjadi pandemik dengan 8,273 kes dan 775 kematian di seluruh dunia.

Dalam masa hanya beberapa minggu pada awal tahun 2003, SARS merebak dari Hong Kong dan menjangkiti orang ramai di 37 negara termasuk Malaysia di mana kes kematian pertama yang bersangkut-paut dengan SARS dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan pada 5 April, 2003.

Menurut WHO penyakit SARS tidak terhapus dibandingkan penyakit lain seperti cacar kerana virus penyebab masih di populasi haiwan dan boleh menjangkiti populasi manusia.



SELESEMA H1N1

Pada April 2009, sejenis virus baru H1N1 telah muncul yang mengandungi kombinasi virus influenza K***zir, burung dan manusia.



Menurut Kementerian Kesihatan, pada masa-masa yang lampau selesema K***zir hanya menjangkiti mereka yang berhubung secara langsung dengan haiwan itu seperti penternak dan pekerja ladang K***zir.

Virus baru ini dikatakan agak ganjil kerana ia boleh merebak kepada manusia yang tidak langsung menghampiri K***zir.

Selesema jenis ini yang mula muncul di Mexico, telah mula melepasi sempadan negara dan lautan dan menjangkiti mereka yang berada di negara dan benua lain.

Selesema K***zir mudah berjangkit dan pihak berkuasa kesihatan percaya cara virus ini merebak adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema yang bermusim.

Bila individu yang dijangkiti selesema K***zir itu batuk atau bersin, mereka melepaskan ratusan titisan cecair yang mengandungi virus itu ke udara.

Sesiapa yang terkena titisan cairan ini atau telah menyentuh permukaan yang terkena virus seperti tombol pemegang pintu atau sinki mungkin dijangkiti selesema ini.

Individu yang dijangkiti selesema K***zir mudah menjangkiti orang lain dari hari pertama beliau dijangkiti sehingga tujuh hari selepas beliau menunjukkan simptom selesema itu. Bagi orang dewasa tempoh ini adalah tujuh hari manakala kanak-kanak pula jarak masanya ialah 10 hari.

Bagi menghalang jangkitan, adalah penting mengetahui bagaimana jangkitan boleh berlaku.



JANGKITAN

Menurut pakar-pakar perubatan, jangkitan disebabkan bakteria, virus dan organisme mikrioskopik yang lain.



Kuman-kuman ini wujud di alam sekeliling (air, udara dan tanah) selain dari tubuh manusia sendiri. Kuman juga wujud dalam sekresi badan serta cairan yang timbul daripada pernafasan, batuk dan bersin.

Sememangnya jangkitan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan satu daripada kaedahnya adalah melalui 'titisan cairan'.

Pegawai kawalan Jnagkitan di sebuah hospitall di sini, S T Lim menjelaskan bahawa kuman yang menyebabkan sakit tekak dan selesema wujud dalam air liur dan cairan yang keluar dari hidung.

Bila mereka yang mengalami selesema itu batuk atau bersin tanpa menutup mulut dan hidung, mereka akan menyebarkan ratusan titisan cairan dari sistem pernafasan mereka dan titisan ini mengandungi kuman.

Kuman ini boleh memasuki sistem pernafasan orang lain dan menyebabkan mereka juga dijangkiti virus selesema. Sesetengah virus ini juga boleh hidup dalam alam sekeliling selama beberapa hari.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Batuk, Bersin Boleh Sebarkan Jangkitan Dari Titisan Cairan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum