FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dapatkah Penuaan Diperlahankan?

Go down

Dapatkah Penuaan Diperlahankan? Empty Dapatkah Penuaan Diperlahankan?

Post by Info Bola Sepak Thu 13 Jun 2013, 5:07 pm

Dapatkah Penuaan Diperlahankan? Putting-heads-together-old-people-concept-thumb7766964

Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Terdapat banyak supplemen di pasaran yang kegunaannya dikatakan boleh mengekalkan kecergasan dan awet muda.

"Jadi boleh kekal muda dan sihat dengan makan pil sahaja," jelas Ayu Roslan, Ketua Pegawai Eksekutif Rich Beauty Sdn. Bhd kepada Bernama baru-baru ini.

Syarikatnya sedang bersiap untuk memperkenalkan satu pil supplemen baru, berdasarkan kepada formula yang diusahakan oleh penyelidik di dalam dan luar negara, yang dikatakan mampu memperlahankan proses penuaan.

PROSES PENUAAN

Penuaan adalah satu proses fisiologi yang melampaui raut wajah dan kulit. Sebenarnya kita meningkat usia di peringkat sel lagi.

Dengan usia terus meningkat, proses denegerasi bermula dalam aspek fizikal dan fisiologi tubuh dan oleh itu kita bukan sahaja kelihatan tua malah berasa tua.

Walaupun proses penuaan tidak dapat diterbalikkan, sejak dahulu kala manusia masih percaya bahawa awet muda boleh dikekalkan dengan pelbagai cara terutama menerusi diet khas dan supplemen.

MEMILIH DIET YANG BETUL

Ayu berkata tanggapan umum akan diet seimbang tidak lagi tepat kerana gaya hidup yang sibuk dan penuh dengan stres ditambah pula lingkungan udara yang tercemar hari ini.

Kekurangan dalam diet menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada proses penuaan.

Contohnya, satu diet dengan elemen anti oksidan yang kurang dan satu yang kekurangan vitamin A, E dan C meningkatkan risiko penyakit kronik termasuk diabetes, darah tinggi dan penyakit yang berkaitan dengan jantung dan buah pinggang.

Vitamin E khasnya penting dalam memperlahankan proses penuaan dengan Tocotrienol yang ditemui dalam ekstrak minyak kelapa sawit dikatakan 60 kali lebih berkesan dalam memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh anti-oksidan.

SUPER-E DAN PRODUK AYU

Tocotrienol apabila diambil secara berterusan boleh menyumbang kepada kesejahteraan sel-sel otak dan edaran darah. Ia juga membantu mencegah kanser dan mengurangkan kolesterol darah.

Tocotrienol mewakili 70 peratus daripada ekstrak minyak sawit tulen, dan baki 30 peratus terdiri daripada tocopherol; satu lagi komponen vitamin E.

Ayu menambah kata, tocotrienol selain membantu menjaga kesihatan tubuh dan menjauhi penyakit dalam gambaran yang lebih besar juga mengurangkan impak penuaan.

Ayu berkata produk terbaru syarikat 'Longevite' yang akan dilancarkan pada 12 Jun adalah satu supplemen yang mengandungi Gold E Tocotrienol serta vitamin lain dan asid amino.

Produk ini sesuai bagi lelaki dan wanita yang mementingkan penampilan muda dan kesihatan am.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Dapatkah Penuaan Diperlahankan? Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum