FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyakit Asma

Go down

Penyakit Asma Empty Penyakit Asma

Post by Info Bola Sepak Sat 22 Jun 2013, 4:06 pm

Penyakit Asma Asthma-girl

Pesakit Asma Perlukan Pelega Mujarab
Oleh Hazlinda Hamzah

PETALING JAYA, (Bernama) -- Penyakit lelah atau asma yang dirujuk sebagai penyakit 'penat' oleh warga di utara Semenanjung sebenarnya adalah penyakit paru-paru yang kronik.

Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, lebih 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka itu dijangka meningkat kepada 400 juta orang pada 2025.

Asma berlaku kerana radang di salur udara atau kekejangan di saluran bronkus (bronkospasma) dan ia boleh disebabkan oleh perengsa (alergen) seperti debunga, tungau, lipas, bulu haiwan dan kulat.

Perengsa lain seperti asap rokok, asap kereta, perubahan cuaca, bahan kimia yang toksik, jangkitan virus atau masalah emosi seperti keresahan, tekanan jiwa, ataupun senaman berat dan ketawa juga boleh menyebabkan asma berlaku.

SIMPTOM

Asma boleh menjejaskan kesejahteraan hidup pesakit.

Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, pakar perunding respirasi memberitahu Bernama simptom-simptom penyakit ini termasuk sukar bernafas, nafas berdehit, batuk, sesak nafas dan dada yang terasa sempit.

Kematian di peringkat dunia akibat asma setiap tahun dianggarkan berjumlah 250,000 orang.

"Walaupun rawatan asma semakin maju, ramai pesakit masih tidak dapat mengawal asma secara berkesan melalui kaedah rawatan sedia wujud," jelas Dr Abdul Razak.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada pemerhatiannya tahap asma masih terkawal di Malaysia memandangkan mudahnya untuk memperoleh ubat-ubatan mujarab.

Dr Abdul Razak yang pernah bertugas di hospital Royal Brompton di London pada tahun 1995, menerima latihan lanjutan dalam bidang respiratori di hospital itu. Dan sejak tahun 2011, beliau adalah Pengarah Institut Perubatan Respiratori.

"Hanya pesakit itu sendiri yang berupaya mengawal diri dan penyakit berkenaan," kata Dr Abdul Razak.

Menurut tinjauan Pemahaman dan Pengurusan Asma di Eropah dan Kanada pada tahun 2010, aktiviti sukan dan riadah kepada kira-kira 40 peratus pesakit asma adalah terbatas.

Apa yang lebih memudaratkan, hampir satu pertiga pesakit asma melaporkan aktiviti fizikal harian biasa mereka turut terbatas.

Dan kira-kira 20 peratus pesakit asma tidak dapat bekerja atau bersekolah selama enam hari setahun akibat asma sehinggakan produktiviti mereka menurun sebanyak 40 peratus semasa simptom penyakit itu berada pada tahap paling teruk.

MUSIM PANAS



Keadaan sekeliling yang kering semasa musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara.

Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas.

Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda sepertimana yang berlaku di rantau ini sekarang ini.

Dan ini boleh membawa perubahan besar kepada keadaan emosi seseorang pesakit asma sehingga boleh memburukkan lagi keadaan penyakit mereka.

Inilah antara sebab mengapa pesakit asma memerlukan perhatian rapi.

MEKANISME ASMA

Dalam usia kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak lelaki yang berpotensi menjadi pesakit asma manakala dalam kalangan mereka yang sudah berusia dewasa pula, lebih ramai kaum wanita yang menghidapnya.

Profesor Madya Dr Roslina Abdul Manap, seorang lagi pakar perunding respirasi berkata, asma menyebabkan kerugian ekonomi yang besar. Di Eropah, kira-kira 17.7 bilion Euro (bersamaan RM71.5 bilion) dibelanjakan untuk rawatan dan pengurusan asma, dan 3.8 bilion Euro (atau RM15.3 bilion) daripada jumlah itu digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit luar sahaja."

Dr Roslina berkata ubat pelega dan pengawal perlu digunakan oleh pesakit secara konsisten sepertimana yang dinasihatkan doktor yang merawat mereka.

KOS EKONOMI

"Menurut satu kaji selidik, kebanyakan pesakit percaya bahawa asma mereka terkawal sedangkan sebenarnya tidak. Hampir satu dalam setiap lima pesakit didapati memerlukan rawatan kecemasan untuk asma dalam tempoh setahun. Dan 6.7 peratus daripada mereka terpaksa bermalam di hospital.

"Kira-kira 41 peratus pesakit terpaksa menggunakan alat sedut yang memberi kelegaan segera, sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk meringankan simptom asma yang dialami mereka. Statistik ini mengukuhkan lagi hakikat mengapa penting untuk mereka mendapatkan rawatan yang betul," kata Dr Roslina lagi.

Walaupun asma adalah penyakit kronik yang masih tiada penawarnya, namun pesakit boleh mengawal asma dengan gabungan ubat pelega dan ubat pengawal.

Menurut Dr Roslina lagi, kejadian asma meningkat dengan ketara sejak 40 tahun yang lepas dan pengurusan penyakit serta simptomnya secara berkesan penting supaya pesakit boleh menjalani kehidupan secara normal.

Satu ubat baru iaitu Zenhale bertindak sebagai pengawal jangka panjang dalam merawat asma dan ia sesuai bagi pesakit yang berusia 12 tahun dan ke atas. Bagaimanapun, ubat ini tidak disarankan untuk melegakan bronkospasma akut.

Nasihat kedua-dua orang pakar perunding respirasi kepada pesakit asma ialah; "Jangan buat rawatan sendiri tanpa berjumpa doktor. Dapatkan ubat pelega atau pengawal daripada doktor dan elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain yang menghidap penyakit yang sama. Ini kerana lain orang, lain keperluan rawatannya!"

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Penyakit Asma Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum