FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berpantang di Mom Retreat

3 posters

Go down

Berpantang di Mom Retreat Empty Berpantang di Mom Retreat

Post by Puteri Kayangan Tue 31 Mar 2015, 11:20 am

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHIDDIQIIN ZON
Berpantang di Mom Retreat Ke_01.1
Nur How Chui Yi (kiri) melihat bayinya diurut oleh jururawat terlatih di Mom Retreat.

WANITA yang baru bersalin terutamanya bersalin sulung biasanya tidak mempunyai apa-apa pengalaman mengenai penjagaan diri dan bayi semasa berpantang.
Jika masih mempunyai ibu atau ibu mentua yang sanggup menjaga, tidaklah terasa sangat sukarnya berbanding mereka yang tidak mempunyai sesiapa untuk membantu.
Bagi tidak menyusahkan orang lain, ramai yang memilih untuk tinggal di rumah sendiri dan melalui tempoh berpantang mengikut seperti yang pernah dibaca.
Bagaimanapun kebiasaannya mereka hanya berpantang dalam masa yang pendek kerana tidak sempat dan amat sibuk dengan kerja.
Akibatnya mereka tidak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi, perut sering dibiarkan kosong, makan tidak berpantang dan sebagainya.
Lebih parah jika mengalami masalah meroyan yang boleh membahayakan keselamatan si ibu dan bayi.
Menyedari masalah yang dialami oleh para ibu baru, Hazeera Banu Ramjan Din telah membuka sebuah pusat penjagaan ala spa untuk wanita yang baru bersalin namun tidak mempunyai sesiapa untuk membantu semasa di dalam pantang.
Mom Retreat yang baru dibuka pada bulan Julai tahun lalu ini menyediakan tempat tinggal yang selesa, jururawat terlatih untuk menjaga, rawatan pantang tradisional Melayu, makanan dalam pantang yang menyihatkan, penjagaan bayi dan perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma.
Menurut Hazeera, beliau pernah membuka sebuah spa di Brickfields yang menyediakan perkhidmatan untuk ibu lepas bersalin dengan pergi ke rumah mereka.
Namun demikian, terdapat banyak masalah seperti keadaan rumah yang tidak sesuai, ramai ahli keluarga lain, campur tangan orang tua semasa rawatan diberikan dan sebagainya.
‘‘Dengan menyediakan penginapan ini, si ibu boleh tinggal di sini bersama bayinya dalam keadaan yang selesa dan dijaga sepenuhnya oleh jururawat terlatih.
‘‘Mereka boleh mendapat rehat dan tidur yang cukup tanpa gangguan, makanan yang berzat dan rawatan lepas pantang. Malah jika suami ingin tinggal bersama dibenarkan dan makanan suami turut diberikan serta pakaian dicuci.
‘‘Ahli keluarga lain dan kawan-kawan boleh datang melawat serta duduk di ruang tamu yang selesa,’’ ujar Hazeera.
Tambah beliau, Mom Retreat yang terletak di No. 16 Jalan Permatang Pasir, Off Jalan Telok Gadong , Batu 31/2 Jalan Klang lama, Kuala Lumpur, mempunyai tujuh buah bilik yang dibahagikan kepada bilik-bilik premium dan deluxe.
Bilik premium kata Hazeera, dilengkapi dengan katil saiz king, pendingin hawa, alat pemain video, televisyen 47 inci, komputer, wi-fi, astro dan tub mandi.
Untuk pakej selama tiga malam empat hari termasuk rawatan, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM1,988.
Bilik deluxe yang mengenakan bayaran sebanyak RM1,688 bagi tempoh yang sama, turut dilengkapi kemudahan yang sama kecuali komputer dan astro.
Jelas Hazeera lagi, terdapat pakej untuk tiga malam, tujuh malam, 15 malam dan 30 malam.
Lebih selesa
Sementara itu salah seorang penghuni di Mom Retreat, Nur How Chui Yi Abdullah, 31, berkata, beliau berasa selesa dan seronok tinggal di situ kerana keadaannya seperti di rumah.
Nur yang mempunyai ibu dan ibu mentua yang sudah tua menambah, di pusat penginapan itu, beliau dijaga dengan baik oleh para jururawat profesional dan terapi.
Mereka memberikan rawatan berpantang secara tradisional namun dipermodenkan sedikit untuk disesuaikan dengan keadaan ibu dan bayi.
‘‘Saya memang nak berpantang cara Melayu kerana saya rasa ia membuatkan kita lebih cepat sembuh dan badan kuat. Hari pertama datang ke sini saya dah suka. Kawan-kawan Cina yang datang melawat pun suka dengan suasana di sini.
‘‘Kalau bersalin kali kedua pun saya akan datang ke sini juga. Selain itu, keluarga saya pun boleh datang melawat dan mereka dilayan mesra.
‘‘Makanan yang disediakan untuk berpantang pun sedap. Tujuh hari saya di sini, saya berselera makan dan mereka tidak pernah menghidangkan makanan yang sama,’’ ujar pegawai di sebuah syarikat insuran ini.
Seorang lagi penghuni, Noor Hafizah Zulkafli, yang baru lima minggu melahirkan anak sulung yang diberi nama Farrel Khan Fezrul Khan juga selesa tinggal di Mom Retreat.
‘‘Mula-mula saya ambil pakej 14 hari jururawat datang ke rumah. Namun seminggu selepas itu, bayi saya asyik menangis. Saya datang ke sini dan tinggal selama tiga hari. Kemudian baru dua hari balik, mak pula tidak sihat. Saya datang semula ke sini dan tinggal selama seminggu.
‘‘Walaupun sekarang saya baru 38 hari lepas bersalin, saya rasa sangat sihat. Di sini bayi saya dijaga sepenuhnya oleh jururawat dan saya mendapat tidur yang cukup.
Makanan pun terjaga dan rasa selesa tinggal di sini malah rasa takut pula nak balik bimbang Farrel meragam,’’ ujar isteri kepada pelakon Fezrul Khan ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Berpantang di Mom Retreat Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5304

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Berpantang di Mom Retreat Empty Re: Berpantang di Mom Retreat

Post by Atie Tue 07 Apr 2015, 4:46 pm

good info...
Atie
Atie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Berpantang di Mom Retreat Negeri11
Jawatan : Jururawat U29
Gender : Female
Jumlah Post : 23
Umur : 40
Tarikh Register : 11/10/2006
Reputation : 0
Points : 6653

http://www.tiada.com.my

Back to top Go down

Berpantang di Mom Retreat Empty Re: Berpantang di Mom Retreat

Post by elida Tue 07 Apr 2015, 4:49 pm

bagus gak buat pusat jagaan ibu bru brsalin & ank yg baru lahir... mmg bijak idea...
elida
elida
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Berpantang di Mom Retreat Johor_10
Jawatan : Peg. Undang-undang
Gender : Female
Jumlah Post : 80
Umur : 40
Tarikh Register : 06/10/2008
Reputation : 0
Points : 5893

Back to top Go down

Berpantang di Mom Retreat Empty Re: Berpantang di Mom Retreat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum