Teleperubatan:menjangkaui batasan masa,sempadan
2 posters
Page 1 of 1
Teleperubatan:menjangkaui batasan masa,sempadan
Penjagaan kesihatan ke tahap baru
SATU daripada tujuh aplikasi
perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diwujudkan pada 1995 ialah
‘teleperubatan’ yang menyaksikan bidang perubatan dibabitkan secara langsung
atau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ia sejajar dengan komitmen negara dalam era digital yang mahu bergerak
menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dengan pembabitan
masyarakatnya secara aktif.
Disebabkan perubahan mendadak akibat
perkembangan teknologi, sektor perubatan atau penjagaan kesihatan mengalami
perubahan yang sama.
Teleperubatan menggunakan ICT dan elektronik bagi
penyediaan serta menyokong sektor berkaitan yang bukan sekadar sebagai kegunaan
setempat, malah amat berfaedah ketika pengguna berada di lokasi
berlainan.
Ia adalah sistem yang menghubungkan doktor, pentadbir,
penyedia perkhidmatan dan pesakit.
Kaedah capaiannya berkaitan rapat
dengan komputer peribadi, komputer riba, komputer telapak dan telefon
bimbit.
Apabila teknologi capaian berkembang, sukar untuk dinafikan
bahawa pelbagai kemudahan boleh disediakan terutama bagi masyarakat yang tinggal
jauh di kawasan pedalaman.
Akibat prasarana fizikal yang menyukarkan,
teknologi telekomunikasi canggih ketika ini memungkinkan pesakit dapat
diselamatkan kecuali memerlukan sentuhan fizikal seperti pembedahan oleh doktor
ke atas pesakit.
Tetapi, sekurang-kurangnya pendekatan awal menghadapi
saat kecemasan boleh dilakukan serta-merta ke atas pesakit dengan bantuan doktor
menerusi telefon atau Internet.
Teknologi telekomunikasi tanpa wayar kini
sudah ke peringkat perbualan bervideo (3G/3.5G), begitu juga dengan Internet
yang jauh lebih maju untuk membolehkan kita berbicara bersemuka walaupun berada
di lokasi berjauhan.
Antara aplikasi utama teleperubatan termasuk
klinikal, pendidikan, pentadbiran, penyelidikan, penilaian atau pemeriksaan
pesakit, diagnosis (telediagnosis) dan perundingan
(telekonsultasi).
Secara ringkasnya, pegawai perubatan kini boleh merawat
pesakit dari jauh. Pemantauan boleh dilakukan dari mana saja.
Sementara
pentadbiran boleh dilakukan dengan telesidang, penjadualan, kepenggunaan serta
penilaian kualiti kerja, penyelidikan pula dimajukan menerusi agregasi data
daripada berbilang sumber dan koordinasi.
Bagaimanapun, mungkin ada yang
berfikiran sebaliknya dengan pendapat bahawa negara kita masih terlalu jauh
dengan situasi sedemikian yang kononnya masih di peringkat
imaginasi.
Usah berfikiran negatif. Teleperubatan adalah satu daripada
aplikasi perdana MSC Malaysia. Ia kian menjadi kenyataan dengan pelaksanaan
beberapa pendekatan untuk menuju ke matlamat berkenaan.
Kerajaan kita
serius dan mahukan rakyatnya maju serta mengecapi pelbagai manfaat daripada
kemajuan ICT.
Hospital Putrajaya adalah antara hospital kerajaan pertama
mengamalkan pendekatan berelektronik. Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS)
membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana saja pesakit
mendapatkan rawatan.
Pelaksanaan THIS dikatakan akan mengurangkan
kesesakan di hospital merangkumi sistem maklumat di hampir keseluruhannya
termasuk dari aspek klinikal, pengurusan kewangan dan sumber
manusia.
Selain Hospital Putrajaya, beberapa hospital baru lain terbabit
dengan pelaksanaan inisiatif ini termasuk Hospital Serdang, Ampang, Sungai Buloh
dan Hospital Selayang.
Kerajaan Malaysia memperuntukkan lebih setengah
juta ringgit untuk mewujudkan inisiatif ICT di Hospital Putrajaya. Sudah tentu
hospital lain juga akan memakan belanja yang besar.
Secara logik akal,
jika hospital kerajaan sedia ada hendak melaksanakan inisiatif teleperubatan,
sudah tentu ia memerlukan belanja besar. Bagaimanapun kerajaan dikatakan akan
melaksanakannya secara berperingkat.
Walaupun hanya hospital kerajaan
yang dilihat terbabit dalam teleperubatan, hospital swasta sebenarnya turut
serta melaksanakannya, malah ada yang lebih awal.
Pelaksanaan
teleperubatan secara menyeluruh bukan satu perkara yang mudah kerana pelbagai
aspek perlu diambil kira termasuk prasarana asas penyediaannya.
Ia bukan
saja perkakasan, perisian, jalur lebar dan berbagai aspek lagi dalam ICT, malah
perundangan adalah aspek utama yang perlu diambil kira.
Kita yakin bahawa
pelbagai perkakasan, perisian atau aspek teknologi penyediaan untuk melaksanakan
teleperubatan sudah terlalu banyak dibangunkan, namun masih ada beberapa perkara
yang menjadi kekangan.
Ia termasuk perundangan dan peraturan serta
penyepaduan antara berlainan hospital swasta, hospital kerajaan dan antara
hospital swasta dengan hospital kerajaan.
Jika difikirkan logik
akal/teknologi, sesebuah sistem berkomputer dan berelektronik itu tidak sukar
untuk menyepadukan teknologi dibangunkan untuk membolehkan setiap sistem itu
berkomunikasi antara satu dengan lain walaupun di atas platform
berlainan.
Jika semua itu disepadukan, maka wujudlah sebuah rangkaian
perkomputeran perubatan yang besar.
Semua orang khususnya pentadbir dan
pengamal perubatan boleh mencapai semua maklumat dikehendaki di hujung jari.
Rekod pesakit boleh diperoleh dengan pantas walaupun berada di hospital
berlainan.
Malah, dengan adanya satu lagi aplikasi perdana iaitu ‘kad
pelbagai guna’ yang kini diaplikasi ke dalam MyKad. Ia membolehkan rekod
perubatan disimpan ke dalam MyKad dan dibawa ke mana saja.
Bagaimanapun,
semua itu belum terlaksana disebabkan beberapa perkara termasuk perundangan atau
peraturan walaupun Akta Teleperubatan 1997 sudah
diwujudkan.
Pengwujudannya untuk mengadakan peruntukan bagi
pengawalseliaan dan pengawalan amalan teleperubatan dan bagi perkara yang
berkaitan dengannya.
Pelbagai kekangan itu sering dibincangkan pemain
industri.
Philips ialah syarikat terkemuka dunia yang banyak membangunkan
peralatan berkaitan penjagaan kesihatan seperti mesin pengimbas x-ray, CT scan,
MRI, ultrabunyi dan sebagainya.
Satu persidangan meja bulat anjuran
Philips baru-baru ini yang dipengerusikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO), Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia, Rajah Kumar diadakan bertujuan
untuk bertukar pendapat.
Ia dihadiri beberapa panel termasuk Pengarah
Biro Peralatan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Wang Hwee Beng, dan
CEO, Kumpulan Penjagaan Kesihatan, Pusat Perubatan Subang Jaya
(SJMC).
Turut serta ialah Naib Presiden dan Pengurus Besar, Rantau
Pelbagai Negara – Asia, Philips Medical Systems, Wayne Spittle; Pengarah – Sains
Penjagaan Kesihatan & Kehidupan, IBM Asia Pasifik, R R Madhav dan Ketua
Penyelesaian dan Integrasi – Bahagian Perniagaan Enterprise, Maxis Broadband Sdn
Bhd, Abdur Rahman Ebrahim.
Pelbagai topik dibincangkan berkaitan dunia
perubatan dengan merujuk terus kaitannya dengan Malaysia.
Tinjauan
Philips mendapati penyepaduan teknologi ke dalam segmen penjagaan kesihatan akan
menggalakkan capaian yang lebih saksama kepada penjagaan kesihatan bermutu
tinggi bagi rakyat Malaysia. Ia juga menjadi objektif utama bagi Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Pengerusi menyimpulkan Malaysia memiliki sistem
penjagaan kesihatan yang baik dengan penyediaan perkhidmatan secara saksama
dengan kos berpatutan kepada rakyat.
Bagaimanapun, kebolehan untuk
mencapai adalah sesuatu yang perlu diusahakan dan kosnya pula
dikawal.
Semua ahli panel bersetuju bahawa sistem dan teknologi sudah
ada, begitu juga dengan peralatan dan perkakasan, cuma kaedah pelaksanaannya
saja yang perlu difikirkan untuk disegerakan agar seluruh masyarakat mendapat
manfaat terbaik.
Mereka juga sependapat bahawa faktor capaian amat
penting. Ia perlu dilaksanakan sama ada menerusi kios atau apa juga jenis
capaian.
Walaupun bersetuju dengan isu capaian saksama, wujud kekangan
mengenai isu hak milik rekod pesakit.
Adakah ia milik pesakit atau milik
hospital? Sering timbul masalah pesakit yang hadir atau dibawa ke hospital,
tetapi memiliki rekod di hospital lain. Tidak dinafikan kerana kemungkinan
ketika itu, pesakit berada dalam waktu kecemasan.
Daripada pengalaman
lalu atau rungutan yang sering kita dengar ialah kesukaran seseorang pesakit itu
membawa keluar rekod perubatan untuk diserahkan kepada hospital lain. Mungkin
tidak sukar bagi hospital kerajaan. Tapi bagaimana pula dengan hospital swasta?
Terutama jika hospital swasta itu berlainan pengurusan.
Panel persidangan
meja bulat Philips menyarankan supaya kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan
mewujudkan peraturan khas atau memusatkan (seperti bank data) semua rekod
pesakit.
Wakil kementerian dalam panel itu berpendapat ia boleh
dilaksanakan, cuma masa yang akan menentukan. Sebagai permulaan, disarankan
semua hospital sama ada milik kerajaan atau swasta supaya lebih bersikap terbuka
dan bertoleransi.
Rekod kesihatan elektronik adalah sesuatu yang amat
berharga. Ia boleh dimasukkan ke dalam sistem berasaskan web dan boleh diuruskan
melalui badan kesihatan nasional supaya pemilikan tidak menjadi isu.
Ini
bagi membolehkan maklumat pesakit dihantar apabila beliau berpindah dari satu
hospital ke hospital lain. Jika memperkatakan mengenai capaian, perkara ini amat
perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Walaupun mereka akur dengan kos yang
besar untuk sesuatu penyepaduan, penyeragamannya adalah suatu yang kritikal.
Pihak kementerian perlu menyediakan kemudahan penyeragaman dan membawa semua
pemegang kepentingan untuk berbincang mengenai cara bagi memajukannya ke
peringkat seterusnya.
Dalam perkembangan lain, laporan Rancangan Malaysia
Kelapan (2001-2005) mengatakan teleperubatan bertujuan mempercepatkan pencapaian
visi penjagaan kesihatan di Malaysia untuk melahirkan individu, keluarga dan
masyarakat yang sihat.
Teleperubatan sudah dilaksanakan di 42 pusat
kesihatan dan 41 pusat perundingan yang kebanyakannya terletak di kawasan luar
bandar.
Tiga projek lagi iaitu Mass Customised/Maklumat Kesihatan
Peribadi dan Pendidikan (MCPHIE), Pendidikan Perubatan Lanjutan (CME) dan
Rancangan Kesihatan Sepanjang Hayat (LHP) selesai dilaksanakan untuk fasa
pertamanya.

aidilzone- AHLI SENIOR
- Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 88
Umur : 43
Tarikh Register : 13/03/2007
Reputation : 0
Points : 6446
Character sheet
Mutiara Kata saya: "One Ring to rule them all,
Re: Teleperubatan:menjangkaui batasan masa,sempadan
PPP kener ambil peluang ini.........if we have the knowledge of ICT .....and we have the knowledge of medical....we are in front of others in the new millineum era....kita mempunyai banyak kelebihan....kita boleh jadi pemain utama didalam telehealth ni......jangan buang masa belajar ICT.....tidak rugi ader kelebihan itu....zaman berubah ke era eletronik....bukan pandang ke belakang.....so fikirkan
riyad71- STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
- Negeri :
Jawatan : PPPK
Gender :
Jumlah Post : 376
Umur : 53
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 31
Points : 7556
Character sheet
Mutiara Kata saya: nothing special just a humble human being
Re: Teleperubatan:menjangkaui batasan masa,sempadan
untuk genarasi masa depan celik IT jadikanlah setiap rumah satu komputer.
aidilzone- AHLI SENIOR
- Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 88
Umur : 43
Tarikh Register : 13/03/2007
Reputation : 0
Points : 6446
Character sheet
Mutiara Kata saya: "One Ring to rule them all,
Similar topics
» Topik Menarik!: Lord Vlad menulis - Keluaran Khas
» tentang masa depan ....
» Ada masa depankah jawatan JTMP? Bolehkah kita mendapat Gred U 41 / 42 ke atas? atau mungkinkah pada akhirnya jawatan JTMP dijumudkan???
» masa tuk gelak ketawa...
» Khidmat jururawat sepanjang masa

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak