FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

3 posters

Go down

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Empty Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 10:44 am

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning


- copy from utusan online

SOALAN: Apabila bayi sahabat saya dilahirkan, dia diuji untuk kekurangan G6PD dan diberi satu suntikan. Untuk tujuan apakah ujian dan suntikan tersebut dijalankan? Bolehkah anda jelaskan mengenai hal ini?
Jawapan: G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) merupakan sejenis enzim yang berfungsi mengekalkan kekukuhan dinding sel-sel darah merah.
Kekurangan G6PD akan menyebabkan sel-sel darah merah senang pecah apabila terdedah kepada sesetengah bahan pengoksida seperti ubat-ubatan, ubat gegat (naftalena), kacang parang (fava beans) dan lain-lain.
Bayi yang kekurangan G6PD akan berkemungkinan besar mendapat penyakit kuning (jaundis) yang teruk apabila baru lahir. Jika demikian, mereka perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi.
Bayi-bayi tersebut tidak akan mengalami sebarang masalah ketika membesar melainkan jika terdedah kepada bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas. Tiada sebarang suntikan khas yang akan diberikan kepada bayi yang kekurangan G6PD.
Suntikan yang diperkatakan mungkin adalah suntikan vitamin K dan vaksin hepatitis B yang sememangnya diberikan kepada semua bayi sebaik sahaja dilahirkan.

S: Anak saya yang berusia lapan bulan sering mengalami cirit-birit. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?
J: Cirit-birit yang kerap biasanya disebabkan oleh jangkitan. Sebab-sebab lain yang mungkin adalah ketidakmampuan bayi untuk mencerna protein susu lembu ataupun bahan yang lain.
Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan cirit-birit dengan menukar mikroflora dalam usus bayi. Bayi yang sedang cirit-birit harus dijaga agar tidak mengalami pendehidratan. Lebih-lebih lagi jika bayi tersebut turut muntah.
Memberikan probiotik dalam bentuk yogurt kepada bayi akan dapat membantu mengelakkan masalah cirit-birit.
S: Bayi saya yang berusia setahun sering muntah setelah minum susu walaupun kami sering membantunya sendawa. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
J: Muntah atau regurgitasi selepas minum susu adalah masalah yang lazim berlaku kepada kebanyakan bayi. Ia biasanya tidak akan mendatangkan kesan yang berpanjangan.
Ia terjadi kerana refluks gastroesophageal yang disebabkan oleh makanan dalam perut yang memasuki semula ke dalam saluran pemakanan.
Keadaan ini biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Kadangkala, masalah ini dapat diselesaikan dengan memekatkan lagi susu bayi atau memberikan susu khas yang lebih pekat.
Tiada sebarang ubat yang perlu diberikan untuk menghentikan muntah. Masalah ini akan berhenti dengan sendiri apabila bayi lebih dewasa nanti.
Soalan dijawab oleh Dr. Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia
S: Mengapakah doktor menasihatkan saya agar mengambil ujian Serum AFP Ibu (maternal AFP)? Apakah yang dapat dikesan oleh ujian ini?
J: Pada masa kini, amat jarang sekali doktor menasihati pesakit untuk mengambil ujian ini secara bersendiri.
Pada awalnya, ia dilakukan untuk mengesan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan anensefali tetapi ia kini telah digantikan secara meluas dengan imbasan ultrabunyi.
Jika digabungkan dengan ujian beta HCG dan ujian estriol, ia boleh memberikan penilaian risiko Sindrom Down berdasarkan ujian berganda dua atau tiga yang biasanya dilakukan pada minggu ke-16 kehamilan.
Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Empty Re: Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

Post by jucy Thu 02 Apr 2009, 11:59 am

Salam...anak lelaki saya baru berusia 7bln dan memang telah disahkan kekurangan G6PD sejak dilahirkan. Saya telah diberi 1 kad (jenis-jenis ubat & makanan yg tidak boleh diambil oleh penghidap G6PD) oleh doktor d hospital kerajaan. Saya musykil kerana di dalam kad tersebut, tercatat Vitamin K juga adalah salah satu jenis vitamin yg tidak boleh diambil oleh penghidap G6PD. Oleh itu saya telah membuat rujukan dan mendapati bahawa Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

Saya inginkan penerangan lanjut tentang ini kerana vitamin K amat penting untuk pembekuan darah.
avatar
jucy
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : exec
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 46
Tarikh Register : 02/04/2009
Reputation : 0
Points : 5723

Back to top Go down

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Empty Re: Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

Post by ZA_70 Sun 05 Apr 2009, 9:32 pm

Wslm....
Eemmm...puan jucy jgn risau...
Vitamin K yg dihasilkan secara semujadi melalui pemakanan kita, tidak membahayakan kpd anak puan.
Tetapi puan adala h dinasihatkan agar tidak memberi sebarang makanan atau menggunakan benda2 (spt yg tercatit di dlm kad G6PD).
Spt yg puan tahu, kekurangan G6PD akan menyebbkan pemecahan dinding sel2 drh merah. Ini akan mybbkan pendarah dlm akn berlaku.
Jika anak puan mengalami tanda2 spt kencing berdarah, pucat, tiba2 pengsan...puan perlu membawa anak puan ke hospital dgn segera.
Kekurangan G6PD ada pykt keturunan yg akan dialami oleh pengidap seumur hidupnya...
Seandainya puan dpt menjaga anak puan & memberitahu pykt yg dialaminya & cara mencegah kpd nya bila dia besar kelak...Insyaallah..anak puan akan membesar dgn sihat... Wink
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Empty Re: Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

Post by jucy Tue 21 Apr 2009, 4:13 pm

terima kasih ZA_70 Very Happy
avatar
jucy
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : exec
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 46
Tarikh Register : 02/04/2009
Reputation : 0
Points : 5723

Back to top Go down

Kurang G6PD penyebab penyakit kuning Empty Re: Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum