FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Akta serangga: RM50,000 denda pesalah ulangan

Go down

Akta serangga: RM50,000 denda pesalah ulangan Empty Akta serangga: RM50,000 denda pesalah ulangan

Post by Lord Vlad Fri 17 Aug 2007, 8:45 am

Akta serangga: RM50,000 denda pesalah ulangan


KUALA LUMPUR 11 Julai - Kesalahan berulang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) kini berdepan dengan hukuman lebih berat, penjara sehingga lima tahun atau didenda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Hukuman denda maksimum itu adalah 25 kali ganda daripada hukuman maksimum denda sebelum ini bagi kesalahan kedua dan seterusnya iaitu RM2,000.
Hukuman penjara sebelum ini pula, sebagai hukuman pilihan atau gabungan dengan hukuman denda itu ialah maksimum setahun.
Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata, pindaan penalti itu bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pesalah kerana kadar denda sebelum ini terlalu rendah menyebabkan ia tidak bermakna kepada pesalah.
''Penyakit berjangkit bawaan vektor masih merupakan masalah kesihatan awam yang serius. Malaria dan denggi adalah antara wabak penting yang masih mengancam penduduk negara kita,'' katanya semasa membentangkan pindaan pada rang undang-undang itu di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan kemudian sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.
Pindaan kepada Fasal 13, akta berkenaan turut menyentuh jumlah hukuman bagi kesalahan pertama iaitu kepada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, kesalahan pertama hanya berdepan dengan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pindaan kepada Fasal 15 pula dibuat bagi membolehkan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun bagi kes tertentu dinaikkan daripada RM100 kepada tidak melebihi RM500, dengan sasaran utama ialah pihak pengurusan kilang dan tapak pembinaan.
Kadar pembiakan nyamuk aedes di premis seperti tapak binaan dan kilang masih berada di paras yang tinggi iaitu antara 3 dan 5 peratus.
Chua berkata, statistik menunjukkan jumlah kes malaria paling tinggi pada tahun 1987 iaitu 69,127 kes dan kes kematian tertinggi akibat penyakit itu itu juga dicatatkan pada tahun yang sama iaitu 75 orang.
Bagi denggi pula, katanya, wabak itu memuncak pada tahun 1998 dengan 27,381 kes dengan 82 kematian.
''Penyakit berjangkit bawaan vektor lain seperti filariasis, tifus, Japanese Encephalitis juga menunjukkan peningkatan kes malahan kita menghadapi satu lagi penyakit berjangkit bawaan vektor yang pertama kali dikesan di Malaysia iaitu Chikugunya pada tahun 1999,'' jelasnya lagi.
Semasa perbahasan, beberapa ahli Parlimen meminta kerajaan bersikap adil sebelum mengenakan denda kepada orang ramai yang didapati bersalah membiak serangga pembawa penyakit itu.
Chang See Ten (BN-Gelang Patah) berkata, kegagalan pihak berkuasa tempatan menyelenggara parit, longkang dan gerai- gerai juga menyumbang kepada pembiakan serangga berkenaan termasuk nyamuk aedes.
''Langkah-langkah pencegahan tidak akan mendatangkan kesan yang menyeluruh jika hanya orang ramai diminta berbuat demikian sedangkan pihak berkuasa tempatan yang gagal menjalankan tanggungjawab tidak dikenakan tindakan,'' katanya.
Mohd. Apandy Mohamad (Pas-Jeli) yang turut bersetuju dengan kenyataan Chang itu berkata, beberapa pihak yang membina kemudahan asas juga harus diberi peringatan supaya menjaga kebersihan di tapak projek.
Beliau mengambil contoh pembinaan lebuh raya yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan banyak kawasan berlopak dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Malah, katanya, pembinaan gerai-gerai oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya di kawasan Wangsa Maju dan Shah Alam jelas menggambarkan kegagalan kerajaan menyediakan kawasan bebas aedes.


</FONT>
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Akta serangga: RM50,000 denda pesalah ulangan Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum