FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teknologi redakan kebimbangan bakal ibu

Go down

Teknologi redakan kebimbangan bakal ibu Empty Teknologi redakan kebimbangan bakal ibu

Post by Lord Vlad Mon 27 Aug 2007, 8:43 am

Teknologi redakan kebimbangan bakal ibu


- copy from utusan online

SEPANJANG kehamilan, sudah tentu pasangan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata akan berasa risau mengenai kandungan mereka.
Namun, kecanggihan teknologi pada hari ini bakal meredakan sedikit sebanyak tekanan bakal ibu ketika hamil.
Satu forum umum yang dianjurkan Wyeth (M) Sdn. Bhd. yang bertajuk ‘Ke Arah Ibu dan Bayi Lebih Sihat’ yang diadakan baru-baru ini, pasti memberi manfaat kepada 180 pasangan yang menghadiri majlis berkenaan.
Para pasangan dari sekitar Lembah Klang itu diberitahu mengenai kecanggihan imbasan 2D, 3D dan 4D, peranan doktor dalam kehamilan dan kepentingan pemakanan yang berkhasiat sewaktu hamil, pada forum berkenaan.
Pakar Sakit Puan, Dr. Patrick Chia dan Dr. S. Raman, telah berkongsi pengalaman mereka dalam forum di samping melancarkan buku yang bertajuk Is My Pregnancy Normal.
Dr. Patrick memulakan forum dengan membincangkan penggunaan alat imbasan ultrabunyi semasa kehamilan.
Para peserta ternyata begitu kagum sebaik sahaja ditunjukkan imej pergerakan bayi dalam kandungan yang telah diambil dengan imbasan 3D dan 4D.
Menurut Dr. Chia, imbasan ultrabunyi merupakan alat yang penting terutamanya dalam penjagaan janin kerana ia membekalkan kepada para doktor maklumat mengenai proses pembesaran bayi.
Ujian ini dilakukan pada peringkat tertentu semasa kehamilan atau apabila terdapat keperluan.
“Alat ultrabunyi telah digunakan dalam ilmu perubatan sakit puan selama lebih 30 tahun dan kini penggunaannya semakin meluas terutamanya untuk mengesan ketidaknormalan janin sewaktu kehamilan,” katanya.
Beliau juga menasihatkan wanita yang hamil agar mempertimbangkan untuk menjalani ujian sebelum bersalin sekiranya terdapat penyakit genetik yang diwarisi seperti talasemia dan pendedahan kepada bahan-bahan berbahaya yang mungkin mengakibatkan kecacatan bayi.
Selain itu, ujian tersebut sangat berguna bagi mereka yang mempunyai sejarah keguguran atau bayi cacat dan juga untuk pasangan yang bimbang jikalau bayi mereka mengalami sebarang ketidaknormalan yang boleh dikesan.
Sementara itu, Dr. Raman pula memberitahu, biarpun imbasan ultrabunyi penting, namun peranan doktor tidak boleh diketepikan oleh bakal ibu bapa.
Beliau juga menekankan kepentingan untuk memilih seorang doktor yang mudah dibawa berbincang dan prihatin terhadap keperluan mereka.
“Kehamilan membawa perubahan yang hebat terhadap tubuh secara fizikal dan emosi. Namun begitu, kesulitan mungkin berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda.
“Peranan doktor ialah untuk mengenalpasti kehamilan yang mungkin akan menghadapi masalah dan mengambil langkah untuk menghindarkan atau mengurangkan risiko pada kehamilan tersebut,” katanya.
Dr. Raman juga menekankan kepentingan untuk memastikan para ibu mendapatkan diet yang seimbang dan berkhasiat seperti makanan tambahan yang mengandungi asid folik.
Pakar Pemakanan dari Wyeth, John Tan turut menekankan, pemakanan yang baik dan seimbang sebelum dan sewaktu kehamilan akan menyediakan tubuh untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi.
“Zat besi, lemak yang diperlukan, asid folik, zat kalsium dan vitamin D adalah antara khasiat penting yang diperlukan oleh ibu sewaktu hamil. Oleh itu adalah penting untuk bakal ibu memastikan diet mereka mengandungi khasiat yang sepatutnya,” katanya. - ROSMAH DAIM
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Teknologi redakan kebimbangan bakal ibu Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum