FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Larangan beli mentega kacang Amerika Syarikat

Go down

Larangan beli mentega kacang Amerika Syarikat Empty Larangan beli mentega kacang Amerika Syarikat

Post by Lord Vlad Tue 28 Aug 2007, 9:06 am

Larangan beli mentega kacang Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR 2 Mac – Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli mentega kacang berjenama ‘Peter Pan’ dan ‘Great Value’ yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat (AS).
Menurut kementerian tersebut, maklumat Infosan Emergency Alert (WHO) dan Pentadbiran Makanan Dan Dadah Amerika Syarikat memaklumkan bahawa produk mentega tersebut disyaki tercemar dengan bakteria Salmonella Tennesse.
‘‘Bakteria Salmonella Tennesse boleh menyebabkan demam, cirit birit dan kekejangan perut.
‘‘Ia lebih teruk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imuniti yang lemah,’’ katanya melalui kenyataan akhbar di sini hari ini.
Pihak kementerian telah mengarahkan semua pegawai yang berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 supaya memastikan produk tersebut tidak sampai dan berada di pasaran negara.
Katanya, hanya produk mentega Peter Pan yang berkod 2111 sahaja yang terlibat dan pengimportnya, NasMark Sdn. Bhd. bersetuju untuk menarik balik semua produk mereka.
Jelas beliau, kedua-dua produk tersebut dikilangkan oleh Syarikat ConAgra yang berpusat di Georgia, Amerika Syarikat.
Selain itu, orang ramai yang telah membeli mentega tersebut dinasihatkan supaya tidak memakan makanan berkenaan.
Tambahnya, orang ramai yang menjumpai atau terbeli produk tersebut juga diminta memaklumkan Pejabat Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia berdekatan atau Jabatan Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan.
‘‘Kami akan menyita mentega tersebut dan memusnahkannya.
‘‘Kepada sesiapa yang mengesyaki menghadapi simptom-simptom penyakit tersebut pula diminta mendapatkan rawatan di hospital secepat mungkin,’’ katanya.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Larangan beli mentega kacang Amerika Syarikat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum