FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mungkinkah anda menghidap diabetes?

+4
WiraTempur
MLT_hidayah
atira
Lord Vlad
8 posters

Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by Lord Vlad Sat 01 Dec 2007, 11:42 am

Mungkinkah anda menghidap diabetes?

- copy from utusan online

HARI ini, lebih 240 juta manusia di seluruh dunia hidup dengan
diabetes. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, angka ini dijangka akan
meningkat kepada 380 juta.

Kanak-kanak sekalipun tidak terlepas daripada wabak yang membawa
kepada komplikasi-komplikasi yang begitu menakutkan serta mengancam
nyawa ini.

Diabetes menyebabkan kira-kira 5 peratus semua kematian dunia setiap
tahun. Tanpa tindakan segera, kematian akibat diabetes mungkin akan
meningkat sebanyak lebih 50 peratus dalam masa 10 tahun akan datang.

Diabetes ialah penyakit kronik yang muncul apabila pankreas tidak
dapat mengeluarkan insulin dengan mencukupi, atau apabila badan tidak
dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan itu secara berkesan.

Insulin ialah sejenis hormon yang diperlukan untuk menukar gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga untuk keperluan harian.

Hiperglikemia, atau peningkatan gula darah, merupakan kesan biasa
penyakit diabetes yang tidak terkawal dan lama-kelamaan ia akan membawa
kepada kerosakan yang serius kepada beberapa sistem badan, terutama
sekali sistem saraf dan saluran darah.

Sekiranya komplikasi berkaitan diabetes ini tidak boleh dikurangkan,
maka salah satu jalan untuk mencegah penyakit kronik ini ialah dengan
mendidik diri sendiri.

Dengan mengetahui tanda dan gejala biasa penyakit ini di samping
melakukan ujian glukosa darah yang sewajarnya, kita mungkin dapat
membasmi gejala penyakit ini dari awal lagi.

Tanda-tanda dan gejala biasa

Kerap mengunjungi bilik air: Adakah anda terlampau kerap mengunjungi
bilik air kebelakangan ini? Adakah anda berasa seperti mahu kencing
sepanjang hari?

Kencing menjadi lebih kerap apabila terdapat terlampau banyak glukosa dalam darah.

Jika insulin tidak wujud ataupun tidak berkesan, maka buah pinggang
anda tidak dapat menapis glukosa untuk mengembalikannya semula ke dalam
darah.

Oleh yang demikian, buah pinggang akan dipenuhi glukosa dan ia cuba
menarik lebih banyak air keluar daripada darah untuk mencairkan
glukosa.

Ini menyebabkan pundi air kencing anda sentiasa penuh dan membuatkan anda selalu berlari ke bilik air.

Kehausan Yang Tidak Dapat Dipuaskan: Sekiranya anda sentiasa tidak
puas minum dan minum lebih dari biasa, ini mungkin suatu tanda
diabetes, terutamanya jika ia datang dengan kencing yang kerap.

Jika badan anda menarik lebih banyak air keluar daripada darah dan
anda lebih kerap ke bilik air, anda akan mengalami penghidratan, maka
lebih banyak lagi anda perlu minum untuk menggantikan air yang telah
hilang itu.

Berat Badan Turun Tanpa Diusahakan: Gejala ini nampak lebih jelas pada diabetes jenis 1.

Dalam diabetes jenis 1, pankreas berhenti membuat insulin,
kemungkinan disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas
ataupun kerana sesuatu tindakbalas autoimun yang membuatkan badan
menyerang sel-sel yang mengeluarkan insulin.

Badan dengan nekad akan mencari sumber tenaga lain kerana sel-sel
tidak memperolehi bekalan glukosa. Ia mula memecah-mecahkan tisu otot
dan lemak untuk mendapatkan sumber tenaga.

Diabetes jenis 2 berlaku secara beransur-ansur dengan penentangan
insulin semakin meningkat; oleh itu kehilangan berat badan tidaklah
begitu terserlah dalam diabetes jenis ini.

Kelemahan dan Keletihan: Glukosa daripada makanan yang kita makan
bergerak masuk ke dalam aliran darah di mana insulin akan membantu
memudahkannya masuk ke dalam sel-sel badan kita.

Sel akan menggunakannya untuk mengeluarkan tenaga yang kita perlu untuk hidup.

Apabila insulin tiada di situ ataupun jika sel-sel tidak lagi
bertindakbalas dengannya, maka glukosa akan terus berada di luar
sel-sel dalam aliran darah. Sel-sel akan mengalami kekurangan tenaga
dan anda akan berasa letih dan lemah.

Denyutan atau Kekebasan pada Tangan, Betis atau Kaki: Gejala ini
dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku secara beransur-ansur dalam masa
yang panjang kerana kandungan glukosa yang tinggi secara konsisten
dalam darah akan merosakkan sistem saraf, khususnya di tangan dan kaki.

Diabetes jenis 2 muncul secara beransur-ansur, dan ramai orang seringkali tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

Oleh itu, gula darah mungkin sudahpun berada pada tahap yang tinggi
buat beberapa tahun lamanya sebelum pengesahan diabetes dilakukan.

Kerosakan saraf boleh menular tanpa disedari. Keadaan neuropati
kerap kali boleh diperbaiki apabila kawalan glukosa darah
diperketatkan.

Tanda-tanda dan gejala lain yang boleh berlaku: Penglihatan yang
kabur, kulit kering dan gatal-gatal, selalu mendapat jangkitan, atau
luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh, semua ini
menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila tanda-tanda ini dikaitkan dengan diabetes, ia merupakan hasil daripada paras glukosa yang tinggi dalam badan.

Sekiranya anda ternampak mana-mana tanda tersebut, sila jumpa doktor
secepat mungkin. Doktor dapat mengesahkan sama ada anda sedang
berhadapan dengan masalah diabetes.

Suplemen-suplemen nutrisi untuk para pesakit diabetes dan pradiabetes

Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien
penting telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula darah di
samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama
diabetes.

Nutrien-nutrien penting yang diperlukan pesakit diabetes dan
pradiabetes dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding daripada yang
boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa
ialah – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, Vitamin B1, B6, B12,
Niacinamide, Vitamin C, Vitamin E, Mangan, Zink, dan Selenium.

Vanadil Sulfat mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa bagi
penghidap diabetes jenis 2. Telah dibuktikan bahawa Vanadil Sulfat
dapat meningkatkan kesensitifan insulin.

Disebabkan terdapat kesan-kesan seumpama insulin pada Vanadil
Sulfat, maka jumlah mineral surih yang tidak mencukupi ini seharusnya
dielakkan oleh penghidap masalah ketidaknormalan gula darah.

Kromium membantu pesakit diabetes dan pradiabetes untuk merangsang
kesensitifan insulin mereka dengan meningkatkan kedua-dua bilangan
reseptor insulin pada sel- sel dan juga kegiatan reseptor tersebut.

Mengambil suplemen kromium akan mewujudkan pengawalan yang lebih baik terhadap gula dengan mengurangkan insulin.

Suplemen Biotin akan meningkatkan kesensitifan insulin serta
menggiatkan aktiviti enzim glukokinase yang bertanggungjawab terhadap
langkah pertama dalam penggunaan glukosa oleh hati.

Konsentrasi glukokinase pada penghidap diabetes adalah sangat
rendah. Oleh itu, menambahkan suplemen Biotin dalam pemakanan akan
memperbaiki kegiatan glukokinase dengan itu membantu menurunkan paras
gula darah.

Asid Alfa Lipoik (ALA) telah pun digunakan selama lebih 30 tahun di
Eropah (terutamanya di Jerman) untuk menentang kerosakan saraf pada
mereka yang menghidapi diabetes (jenis 1 dan 2).

Asid Alfa Lipoik merupakan sejenis antioksida sejagat yang unggul dan amat berkuasa kerana ia larut air dan juga larut lemak.

Di samping menjadi antioksida yang amat berkuasa, ALA membantu badan
dalam penggunaan glukosa, dengan itu berpotensi untuk memainkan peranan
dalam memperbaiki pengawalan gula darah.

ALA akan mengurangkan komplikasi akibat daripada pemakanan gula yang tinggi.

Oleh itu, mengetahui tanda dan gejala biasa seperti di atas amat
bermanfaat kerana seseorang itu dapat melakukan sesuatu untuk
membetulkan keadaan sebaik sahaja gejala seperti ini muncul.

Langkah pertama ialah melakukan perubahan gaya hidup – mengamalkan
pemakanan yang sihat serta bersenam dengan kerap merupakan gaya hidup
yang berhemat.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by atira Sun 02 Dec 2007, 11:55 am

**Kerap mengunjungi bilik air: Adakah anda terlampau kerap mengunjungi
bilik air kebelakangan ini? Adakah anda berasa seperti mahu kencing
sepanjang hari?


ehh tira pun pnah camni..xkan ade gak kotttttttttttt
atira
atira
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Tereng10
Jawatan : lepak2..tp tingkat
Gender : Female
Jumlah Post : 2365
Umur : 34
Tarikh Register : 15/08/2007
Reputation : 12
Points : 6585

Character sheet
Mutiara Kata saya: Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by Lord Vlad Sun 02 Dec 2007, 11:57 am

kalu minum banyak air pun macam tu gak bahhh..... tapi yg kencing manis nih kerap nak kencing walaupun tak minum air dalam kuantiti yang banyak..... so sila2 la check buah pinggang dan kandungan gula dalam darah di klinik2 kesihatan yang berdekatan... kat forum nih MA ramai Nurse pun ramai... so buat jer temujanji ngan depa...sonang kija...hehehe
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by atira Sun 02 Dec 2007, 12:09 pm

eeeerkk gtu
atira
atira
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Tereng10
Jawatan : lepak2..tp tingkat
Gender : Female
Jumlah Post : 2365
Umur : 34
Tarikh Register : 15/08/2007
Reputation : 12
Points : 6585

Character sheet
Mutiara Kata saya: Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by MLT_hidayah Sat 16 Aug 2008, 2:16 am

datang check blood glucose di kk berdekatan Cool
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 5967

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by WiraTempur Tue 26 Aug 2008, 3:22 am

biasa kalau kena UTI (urinary Track Infaction) biasa kerap kena kencing jugak.
avatar
WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Kelant10
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 462
Umur : 43
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 5838

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Panduan Penjagaan Buah Pinggang Bagi Pesakit Diabetis

Post by PakarBuahPinggang Sun 20 Feb 2011, 8:02 am

Tahukah anda bahawa semakin banyak orang yang telah didiagnosis mempunyai penyakit buah pinggang tidak berfungsi.Di Amerikat sahaja,100000 orang telah didiagnosis mengalami kerosakan buah pinggang setiap tahun.Ini berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh United States Renal Data System 2007 Annual Data Report. Dan apa yang membimbangkan ialah hampir 44% kes baru kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh penyakit diabetis.

Diabetes adalah suatu penyakit di mana glukosa darah (atau gula darah) berada di atas paras normal. Pesakit diabetes mempunyai masalah menukarkan makanan menjadi tenaga. Selama bertahun-tahun, glukosa darah menjadi tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf dan pembuluh darah, mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, stroke, kebutaan, penyakit buah pinggang, saraf, dan jangkitan gusi.

Penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes disebut penyakit buah pinggang diabetes, atau nefropati diabetes. Hal ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Selama proses tersebut, unit penapisan kecil buah pinggang perlahan-lahan mulai rosak. Tanpa rawatan, hal ini boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau membawa kepada kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya di mana buah pinggang gagal membuang sisa-sisa tubuh. Sisa berbahaya yang terkumpul di dalam badan akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Anda perlu menjalani rawatan dialisis dengan segera atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, memainkan peranan utama dalam perkembangan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kemungkinan seseorang mendapat penyakit buah pinggang akan lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai hipertensi atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi. Selain itu, perkembangan penyakit buah pinggang yang ada akan dipercepatkan lagi oleh hipertensi. Oleh itu pengesanan awal dan rawatan hipertensi walaupun diperingkat awal sangat penting bagi pesakit diabetes.

Sesungguhnya, diabetes boleh menyebabkan komplikasi serius dan sebahagian daripadanya tidak dapat dipulihkan, seperti penyakit buah pinggang. Tetapi anda boleh melakukan sesuatu untuk mencegah atau melewatkan datangnya penyakit buah pinggang jika anda mempunyai diabetes.

Berikut ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai diabetes.

1. Anda perlu memeriksa kadar gula dalam darah anda.

Jadikan bacaan kadar gula dalam darah anda sentiasa berada di paras normal atau paling kurang hampir dengan bacaan normal semampu yang anda boleh.Setiap kali anda menyemak gula darah anda, tulis nombor dalam buku nota anda. Anda sebenarnya boleh menguruskan diabetis anda dengan secara fizikal aktif mengikuti rancangan makanan yang sihat, dan mengambil ubat yang telah dideskripsikan kepada anda.

Pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk menguruskan diabetis adalah Pengurusan Glukosa Darah Secara Intensif. Ini adalah kaedah rawatan untuk mencegah dan melambatkan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kaedah rawatan ini sangat baik untuk pesakit diabetis, terutamanya bagi mereka yang baru di peringkat awal penyakit buah pinggang kronik.Rawatan ini bertujuan untuk menjaga kadar gula darah agar sentiasa mendekati paras normal. Ini termasuk:

* Kerap menjalani ujian gula darah
* Mengikuti panduan diet dan aktiviti yang telah dirancang
* Mengawal pengambilan insulin sepanjang hari berdasarkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
* Mendapatkan nasihat panduan kesihatan secara teratur

2. Sentiasa mengawal tekanan darah anda.

Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru dan Darah mengesyorkan supaya pesakit diabetis harus memastikan tekanan darah mereka berada di bawah 130/80 untuk membantu mencegah kerosakan buah pinggang.Melalui perancangan makan, ubat-ubatan, dan aktiviti fizikal yang yang teratur boleh membantu mengawal tekanan darah anda.Dengan menjaga tekanan darah anda agar berada di bawah kawalan juga boleh melambatkan atau menghalang komplikasi diabetes yang lain.Jika anda sudah mengalami kerosakan buah pinggang, tanyakan kepada doktor anda jika anda harus mengambil pil untuk melambatkan lagi kerosakannyanya. Terdapat dua jenis ubat-ubatan yang disebut angiotensin converting enzim (ACE) inhibitor dan angiotensin reseptor blocker (ARB),didapati boleh melindungi buah pinggang sambil menurunkan tekanan darah.

3. Anda harus mengikuti diet pemakanan secara sihat.

Anda boleh berbincang dengan doktor anda atau ahli gizi pemakanan tentang diet pemakanan yang tepat. Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, doktor mungkin akan menyuruh anda agar mengurangkan pengambilan makanan berasakan protin, seperti daging.Ini kerana makanan yang tinggi sumber protin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang anda. Para ahli mengesyorkan bahawa meraka yang mempunyai penyakit buah pinggang diabetes agar mematuhi pengambilan diet berprotin yang telah disyorkan kepada mereka.

4. Buat ujian darah dan air kencing sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Tujuan dilakukan ujian air kencing ialah untuk mengesan kemunculan protin dalam urin dan ujian darah untuk memeriksa kreatinin. Keputusan ujian ini akan dapat memberitahu kita seberapa baik buah pinggang anda berfungsi.


5. Elakkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.

Untuk jangka masa panjang, pengambilan ubat penahan sakit, seperti aspirin atau acetaminophen, boleh merosakkan buah pinggang. Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit yang agak kronik.Mereka boleh mengesyorkan kepada anda ubat-ubat alternatif untuk mengurangkan rasa sakit anda tanpa memberikan risiko kepada buah pinggang anda.

Jika anda mempunyai diabetes atau hipertensi, anda mesti melakukan pemeriksaan secara teratur dan ingat supaya sentiasa pastikan agar kandungan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah anda sentiasa mendekati paras normal. Dengan melakukan ini, anda sebenarnya telah memberikan suatu bantuan besar untuk buah pinggang anda.
avatar
PakarBuahPinggang
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Guru
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 41
Tarikh Register : 20/02/2011
Reputation : 0
Points : 4970

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by cikfen Sun 12 Jun 2011, 3:16 pm

Boleh diubati secara rawatan alternatif tak penyakit diabetes neh?
avatar
cikfen
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Tutor Kolej
Gender : Male
Jumlah Post : 13
Umur : 48
Tarikh Register : 24/11/2010
Reputation : 0
Points : 5102

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by Puteri Kayangan Sun 12 Jun 2011, 10:15 pm

rasanya x kot... bila dah kena diabetis kena ambik insulin.. pstu kena kontrol gula.. jgn mkn manis
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 32
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5241

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by vanila_sweet Thu 24 Nov 2011, 5:59 pm

sal2
bagaimana pula tentang pengkelasan dm primer n sekunder??
ade tak sape2 tau?
dan untuk ujian saringan dan lanjutan dm??
hihihihi...ingin mengetahui...
pakar abg2...kakak2...adik2 mlt kite tew Laughing Laughing Surprised TQ
vanila_sweet
vanila_sweet
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Mungkinkah anda menghidap diabetes? Kelant10
Jawatan : mlt (akan datang)
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 36
Tarikh Register : 24/11/2011
Reputation : 0
Points : 4686

Back to top Go down

Mungkinkah anda menghidap diabetes? Empty Re: Mungkinkah anda menghidap diabetes?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum