FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sakit Saraf : Sakit Kepala

Go down

Sakit Saraf : Sakit Kepala Empty Sakit Saraf : Sakit Kepala

Post by Lord Vlad Sun 02 Dec 2007, 12:18 pm

Sakit Saraf : Sakit Kepala
Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.
Jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya
Sakit kepala disebabkan ketegangan




  • Sakit jenis ini biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.


  • Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukannya mungkin berubah-ubah.


  • Menyerang pada bila-bila masa.


  • Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu 'Ikatan kuat' yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
Sakit Kepala Migrain




  • Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.


  • Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.


  • Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.


  • Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.


  • Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.


  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.
Sakit kepala yang bertumpu (cluster headaches)




  • Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.


  • Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.


  • Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.


  • Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.


  • Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti.


  • Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.


  • Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

Keradangan Sinus




  • Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam farinks).


  • Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.


  • Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.


  • Sakit yang menjadi lebih teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.


  • Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkolhol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang panas ke kawasan luar yang sejuk.


  • Menpunyai sejarah demam hay (rinitis alergik) dan alahan.
Arteritis Temporal




  • Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.


  • Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit apabila disentuh) dan sakit rahang,


  • Penglihatan terganggu.


  • Sakit-sakit pada seluruh badan


  • Kemungkinan berkait dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.


  • Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.


  • Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit kepala




  • Demam selsema yang biasa, influenza


  • Demam yang disebabkan oleh virus


  • Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.


  • Makananan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet, dan monosodium glutamate(bahan perisa).


  • Kecederaan pada kepala/post-traumatik


  • Berlaku jangkitan di kepala atau leher


  • Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.


  • Keracunan


  • Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar).


  • Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid(PMS)


  • Tekanan


  • Gigi bernanah.


  • Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat  ubatan lain.


  • Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.


  • Pengambilan alkohol yang melampau.
Penjagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala anda.




  • Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.


  • Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.


  • Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.


  • Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.


  • Berehat - Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan.


  • Mandi


  • Tutup mata anda dengan kain basah.
Hubungi doktor jika..




  • Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.


  • Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah mengerakkan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.


  • Sakit kepala yang dikaitkan dengan demam dan leher terasa tegang.


  • Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.


  • Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang dengan tiba-tiba.


  • Sakit kepala yang berlarutan lebih beberapa hari.


  • Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.


  • Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.


  • Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala daripada yang biasa anda alami.


  • Anda merasa mungkin anda menghidap arteritis temporal.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Sakit Saraf : Sakit Kepala Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum