Tiga penyakit berkaitan merokok makin meningkat
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1

- copy from utusan online
Oleh: RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
BERAPA banyak wang yang telah anda belanjakan untuk merokok pada setiap minggu dan setiap tahun?
Isu ini sudah lama diperkatakan di kalangan masyarakat baik dari segi memudaratkan kesihatan atau pembaziran wang ringgit.
Kementerian Kesihatan sendiri melaporkan, tiga juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari bagi membeli rokok.
Angka yang dibelanjakan itu dikatakan terus meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok.
Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, jumlah
perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun
2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.
Peningkatan jumlah perokok itu menyebabkan lebih 10,000 kes kematian di kalangan perokok direkodkan setiap tahun.
Menurut fellow kanan penyelidikan Institut Antarabangsa bagi
Kesihatan Global Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Prof. Dr.
Syed Mohamed Aljunid, kerajaan perlu membelanjakan RM3.5 bilion pada
tahun ini bagi memberi rawatan kepada perokok yang menderita tiga jenis
penyakit berpunca daripada tabiat buruk mereka itu.
“Jumlah ini adalah kira-kira separuh daripada peruntukan tahunan
yang diberi kepada Kementerian Kesihatan dan hampir satu peratus
daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
“Pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak perokok dijangka
menghidap barah paru-paru, penyakit jantung iskemia dan penyakit
saluran udara tersumbat kronik, yang akan memakan wang rakyat berjumlah
berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur, baru-baru ini,
Dr. Syed Mohamed merupakan ketua penyelidik mengenai unjuran kos
penjagaan kesihatan Malaysia bagi tiga penyakit berkaitan merokok
2004-2010.
Kajian beliau menunjukkan bahawa antara 23 peratus dan 25 peratus penduduk Malaysia terdedah kepada tiga penyakit berkenaan.
Pecahan demografi menunjukkan bahawa hampir separuh (49 peratus)
daripada penduduk dewasa lelaki, 5 peratus penduduk wanita dewasa dan
13 hingga 15 peratus penduduk remaja negara ini adalah perokok.
Tambah beliau, jika langkah pencegahan tidak diambil, sebanyak RM3.8
bilion perlu dibelanjakan pada 2010 bagi merawat mereka yang menghidap
penyakit ini.
Beliau menjelaskan, walaupun Kementerian Kesihatan mendapat
peruntukan RM7 bilion setahun, tetapi pada tahun ini, separuh daripada
jumlah itu dibelanjakan bagi merawat tiga penyakit berkaitan merokok.
“Kerana perokok, kerajaan tidak dapat menyalurkan dana itu kepada bidang lain dalam penjagaan kesihatan lain.
“Tetapi, bukan itu saja. Banyak lagi beban yang dijangka terpaksa
dipikul oleh kerajaan akibat kedegilan rakyat negara ini yang terus
merokok.,” jelasnya.
INFO UNU-IIGH
* Ditubuhkan di Malaysia pada 1 Mac 2007 apabila Universiti
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU) memeterai perjanjian dengan kerajaan untuk
menubuhkan sebuah pusat antarabangsa bagi kesihatan global di Malaysia
pada Mei 2006.
* Misi institut ini untuk menjalankan penyelidikan bermutu tinggi
dalam bidang kesihatan awam, mengawal penyakit baru muncul,
teleperubatan dan perubahan dalam kewangan kesihatan.
* Ia mula beroperasi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sejak Jun 2007.
* UNU merupakan institusi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) berpusat di Tokyo yang mempunyai 12 pusat penyelidikan dan
latihan di seluruh dunia yang masing-masing mempunyai fokus berlainan.
Panduan untuk individu yang merokok
* Pilih gaya pemakanan sihat, dengan mengambil buah- buahan dan
sayur-sayuran segar. Contohnya, tomato, kentang, brokoli dan buah oren
kerana ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan antioksidan,
vitamin dan mineral-mineral penting.
* Sekiranya anda seorang yang perokok dan ingin berhenti merokok, anda perlulah mempunyai semangat dan inisiatif yang tinggi.
* Alihkan perhatian anda daripada merokok kepada melakukan sesuatu yang berfaedah bagi mengisi masa lapang.
* Minum banyak air bagi membantu menyingkirkan bahan toksik dari badan terutama yang terhasil daripada asap rokok.
* Penuhi jadual harian anda dengan bersenam atau beriadah.
* Tingkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok serta kesihatan dan dapatkan bantuan di hospital.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» Peranan PPKP - berkaitan penyakit asma
» Macam-Macam: Makin lama kahwin pasangan makin 'senyap'
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Tempat Larangan Merokok?
» Merokok Di Tempat Awam Nafikan Hak Asasi
» Macam-Macam: Makin lama kahwin pasangan makin 'senyap'
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Tempat Larangan Merokok?
» Merokok Di Tempat Awam Nafikan Hak Asasi
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak