FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sembelit di kalangan kanak-kanak

2 posters

Go down

Sembelit di kalangan kanak-kanak Empty Sembelit di kalangan kanak-kanak

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 9:04 pm

Sembelit di kalangan kanak-kanak

- copy from utusan online

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan
tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi
sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.

Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber
atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam,
sembelit mungkin akan berlaku.

‘‘Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan
untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas
awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu
berhenti bermain,’’ ujarnya.

Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering

* Kesakitan di bahagian abdomen

* Loya

* Muntah

* Kehilangan berat badan

* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada
bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis
ditolak masuk ke rektum

Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar
menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak
tersebut tidak mahu membuang air besar.

‘‘Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan
menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan
pembuangan air besar.

‘‘Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair
dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.

Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis
ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses
sembelit.

Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah
merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran
doktor.

‘‘Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah
tanda bagi masalah yang lebih serius,’’ tegas beliau. Kanak-kanak perlu
berjumpa dengan doktor sekiranya:

* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu

* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian

* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus

* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)

* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya

* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus

Glosari

Laksatif: Ubat yang digunakan untuk merangsang atau mendorong
kekerapan pembuangan air besar atau menggalakkan tinja yang lebih
lembut atau lebih banyak

Enema: Sejumlah cecair yang diinfusikan ke dalam rektum melalui tiub yang dilalukan ke dalam anus

Supositori: Penyediaan ubat-ubatan dalam bentuk pejal sesuai untuk dimasukkan ke dalam suatu kaviti tubuh

Hemoroid: Vena atau pembuluh darah yang membesar dalam dinding anus
biasanya akibat sembelit yang berpanjangan atau kadang kala cirit birit

Antidepresan: Ubat yang mengurangkan gejala-gejala depresi atau kemurungan

Opiat: Salah satu daripada kumpulan ubat yang diperoleh daripada candu termasuk morfin

Anal/anus: Dubur

Rektal/rektum: Bahagian akhir usus besar yang berterusan dari kolon
sigmoid ke kanal anus. Najis disimpan di dalam rektum sebelum buang air
besar/defekasi

Sinar-X: Sinaran elektromagnetik terdiri daripada gelombang dengan
jarak gelombang yang terlalu pendek, dengan kuasa yang sangat tinggi
untuk menembusi jirim yang legap kepada cahaya

Penghidratan: Tubuh mengalami kekontangan

Sedasi: Penghasilan satu keadaan mental yang tenang, khususnya melalui penggunaan ubat-ubatan.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Sembelit di kalangan kanak-kanak Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Sembelit di kalangan kanak-kanak Empty Re: Sembelit di kalangan kanak-kanak

Post by eriy Fri 22 Feb 2008, 12:08 pm

kalau mahu anak tidak kena sembelit beri makan buah setiap hari..
3 hari tidak dapat membuang air besar jadi toksik dalam badan pula..kesian kat anak..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum