FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TMC bantu rawatan kesuburan

Go down

TMC bantu rawatan kesuburan Empty TMC bantu rawatan kesuburan

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 9:13 pm

TMC bantu rawatan kesuburan

- copy from berita harian

Oleh Rosli Abdul Jalil

KUANTAN:
Pembukaan cawangan baru TMC Fertility Centre (TMC) diharap dapat
memberi peluang kepada ramai pasangan, terutama di negeri Pantai Timur
mendapatkan rawatan kesuburan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah,
bertitah TMC menyediakan perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh
hospital kerajaan kepada pasangan yang ingin mendapat cahaya mata.

"Hospital kerajaan hanya menyediakan perkhidmatan kaunseling
tetapi di TMC, mereka berpeluang mendapatkan rawatan kesuburan dalam
usaha mendapat cahaya mata.

"Kini mereka tidak perlu lagi mengeluarkan
perbelanjaan yang besar dan dapat menjimatkan masa dengan adanya pusat
kesuburan TMC di Kuantan," titahnya ketika menyempurnakan perasmian TMC
Fertility Centre di sini, semalam.

Turut hadir Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Sultan Iskandar, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wan Razali Wan Mahussin dan Pengarah Urusan TMC, Dr Colin Lee.

Tengku Mahkota bertitah, baginda memahami perasaan pasangan
yang menghadapi masalah mendapatkan cahaya mata kerana baginda sendiri
pernah mengalaminya selama 10 tahun.

"Kami
mencuba pelbagai cara dan mendapatkan rawatan pakar hampir di seluruh
pelosok dunia dan berkat kesabaran, kami akhirnya berjaya.

"Dengan ada anak-anak, kita dapat merasai kebahagiaan selain mereka menjadi penyambung zuriat dan keturunan," titahnya.

Baginda merakamkan penghargaan kepada TMC kerana berjaya mengekalkan kadar fertiliti yang memuaskan sejak beberapa tahun lalu.

Titahnya, untuk memperoleh 53 peratus kadar kehamilan bagi
setiap pemindahan embrio dan kadar kelahiran pada 46.1 peratus adalah
suatu pencapaian yang membanggakan.

"Saya juga difahamkan, TMC menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan
kesuburan termasuk diagnosis genetik (PGD) yang mampu mengesan
talasemia, sejenis simptom yang biasa pada kanak-kanak Asia.

"TMC juga sentiasa memberi penekanan kepada penyelidikan dan
inisiatif pembangunan bagi menghasilkan kaedah rawatan kesuburan yang
termaju bagi meningkatkan lagi kadar kehamilan," titahnya.

Terdahulu, Dr Colin Lee dalam ucapannya berkata, sehingga
kini seramai 29 bayi sudah dilahirkan di seluruh negara melalui
penajaan TAFF.

"Seramai 18 daripada pasangan terbabit menjalani rawatan di
TMC Fertility Centre, iaitu bermakna pusat itu menyumbang kepada 62
peratus kadar kelahiran.

"Pada hari ini, TAFF membantu 22 kelahiran kepada 29 bayi
termasuk dua pasangan kembar tiga dan tiga pasangan kembar dua,"
katanya.

Beliau berkata, TMC yang memulakan operasi pada 1994 berhasrat memperluaskan perkhidmatannya kepada rakyat di negara ini.

"Bermula dengan cawangan pertama di Johor Bahru, TMC
mengembangkan perkhidmatannya di Sibu, Sarawak, diikuti Kepong, Kuala
Lumpur. Kini, pusat yang sama dibuka di Kuantan sebagai menyahut
cadangan Tengku Puan Pahang," katanya.

Sebelum ini, katanya pasangan yang ditaja TAFF terpaksa
mendapatkan rawatan di 16 pusat kesuburan tetapi tiada satu pun pusat
itu menyediakan perkhidmatan di Pantai Timur.

"Mereka terpaksa melakukan perjalanan yang jauh dan meletihkan termasuk rawatan susulan," katanya.

Dr Colin Lee memberi jaminan kepada Tengku Puan Pahang, pusat
itu akan terus menyokong hasrat dan wawasan TAFF melalui TMC Fertility
Centre.

Katanya , pembukaan rasmi pusat itu bukan saja suatu kemajuan
untuk TMC tetapi juga kepada masyarakat di Pantai Timur kerana mereka
kini boleh mendapatkan rawatan kesuburan berdekatan dengan tempat
tinggal mereka.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : TMC bantu rawatan kesuburan Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum