COPD penyakit paru-paru kronik
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
COPD penyakit paru-paru kronik
COPD penyakit paru-paru kronik
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
- copy from utusan online
SEKALIPUN secara relatifnya tidak ramai orang yang biasa mendengar
tentang COPD, namun hakikatnya, bagi setiap 10 saat yang berjalan, satu
nyawa melayang kerana padahnya di seluruh dunia.
COPD - penyakit pulmonari (paru-paru) obstruktif (saluran pernafasan
tersekat akibat bengkak atau parut) kronik (keadaan yang berterusan
untuk jangka masa lama) bukan sekadar batuk perokok.
Lebih dari itu, penyakit yang selalunya gagal dikesan pada peringkat awal ini boleh mengancam nyawa.
COPD juga bukan merujuk kepada satu penyakit tunggal tetapi ia
merupakan terma payung yang diguna bagi menggambarkan penyakit
paru-paru kronik yang menyebabkan saluran pernafasan terbatas.
Terma yang biasa didengar adalah bronkitis kronik dan emfisema
tetapi ia tidak lagi digunakan sekarang, sebaliknya dimasukkan dalam
diagnosis COPD.
Antara simptom COPD yang paling ketara adalah nafas
tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang
kronik, lebih dari sebulan.
Rutin seharian seperti berjalan menaiki tangga yang rendah sahaja
pun boleh menjadi satu aktiviti yang amat sukar dengan keadaan penyakit
yang bertambah buruk.
Sebelum pergi lebih lanjut, apa kata kita tanya dulu Pakar Perunding
Perubatan Respiratori merangkap Ketua Jabatan Respiratori, Hospital
Pulau Pinang, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif dulu bagaimana caranya
saluran pernafasan berfungsi.
‘‘Paru-paru terbahagi kepada saluran pernafasan, parenkima dan
selaput paru-paru. Saluran pernafasan yang bermula dari hidung,
seterusnya trakea, bronkus utama dan cabang bronkus yang berakhir
dengan pundi-pundi udara (alveoli).
‘‘Saluran pernafasan berfungsi untuk membawa udara yang mengandungi
oksigen dari mulut dan hidung ke dalam paru-paru yang berakhir di
bahagian pundi.
‘‘Di pundi-pundi ini, pertukaran oksigen (dari udara ke darah) dan
gas karbon dioksida (dari darah ke udara) berlaku. Bagi orang normal,
pundi-pundi udara boleh mengembang dan mengecut seperti belon getah,’’
ujar beliau.
Bagaimana COPD mengganggu pernafasan? Pundi-pundi udara pesakit COPD
pula tidak boleh mengembang dan mengecut seperti biasa tetapi sentiasa
berada dalam keadaan mengembang dan membesar.
Oksigen dari udara tidak dapat masuk ke dalam saluran darah kerana
kerosakan pundi-pundi ini. Ini mengakibatkan simptom sesak nafas kerana
kekurangan oksigen.
Selain dari kerosakan pada pundi-pundi paru-paru, saluran udara
pesakit COPD juga bengkak (inflamasi) dan sempit. Pembengkakan saluran
pernafasan ini menyebabkan pengeluaran cecair yang banyak.
Semua ini menyebabkan simptom batuk berkahak dan sesak nafas. Bukan semua pesakit akan berasa tanda-tanda COPD yang sama.
‘‘Selain paru-paru, penyakit ini juga akan memberi kesan pada organ-organ lain seperti otot, jantung, tulang dan darah.
‘‘Rokok adalah punca utama penyakit COPD. Terdapat sebanyak 75
peratus perokok tidak akan mengalami penyakit COPD tetapi akan ada
risiko untuk penyakit lain seperti penyakit jantung, strok, kanser dan
lemah tenaga batin lelaki (impotens),’’ kata Dr. Abdul Razak.
Menurutnya, COPD dibahagikan kepada bronkitis kronik dan emfisema.
Prevalen penyakit ini adalah tinggi dan ia merupakan salah satu punca
kematian utama selepas penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung).
Penyakit kronik ini juga memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit dan keluarga pesakit.
Peringkat awal penyakit ini, selalunya tidak dikesan, walaupun ia boleh didiagnosis dengan alat-alat ujian fungsi pernafasan.
‘‘Kebanyakan pesakit mengambil sikap tunggu untuk berjumpa doktor
sehinggalah batuk mereka menjadi semakin teruk. Malah ada yang
mengabaikan batuk atau masalah pernafasan ringan sehingga bertahun
lamanya.
‘‘Golongan usia pertengahan sekurang-kurangnya 40-an, paling kerap
ditemui menghidap COPD. Namun ini tidak bermakna individu yang lebih
muda (bawah 40 tahun) tidak boleh mengalaminya,’’ terangnya.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat COPD? Mereka yang merokok
tanpa mengambil kira jenis tembakau (cerut, rokok daun, bidi, rokok)
adalah berisiko tinggi.
Keadaan tempat kerja yang berasap, pencemaran udara dan memasak
menggunakan kayu api juga boleh menyumbang kepada risiko mendapat COPD.
‘‘Jadi, apabila anda menghadapi masalah dengan sistem pernafasan,
segeralah berjumpa doktor. Jika penyakit ini berjaya dikesan di
peringkat awal, rawatan dan pencegahan kerosakan pada paru-paru boleh
dijalankan,’’ kata Dr. Abdul Razak.
Dapatkan bantuan kecemasan sekiranya anda mengalami tanda-tanda berbahaya ini!
Sukar berjalan, sukar bercakap, bibir atau kuku bertukar biru atau
kelabu, degupan jantung sangat laju atau tidak tetap atau, ubat-ubatan
anda tidak membantu (pernafasan masih laju dan sukar) untuk satu tempoh
yang lama atau langsung tidak membantu.
*Beza COPD dengan asma
COPD dan asma adalah penyakit saluran udara pernafasan, oleh itu
tanda-tanda penyakit COPD adalah sama seperti penyakit asma di mana
pesakit mengalami batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Perbezaan kedua-dua penyakit ini - asma boleh dirawati dan saluran
pernafasan boleh kembali ke normal dengan ubat sedutan atau dipanggil
inhaler.
Sebaliknya, kesempitan saluran pernafasan pesakit COPD tidak dapat
dibalikkan ke keadaan normal sepenuhnya di mana rawatan hanya boleh
mengurangkan simptom-simptomnya sahaja.
Selain daripada kesempitan saluran udara, penyakit COPD juga akan
menyebabkan saluran udara bengkak (inflamasi) dan mengeluarkan banyak
cecair.
Kesimpulannya, COPD adalah satu penyakit kronik yang amat serius di
mana pesakit akan mengalami sesak nafas, batuk dan mengeluarkan kahak
yang banyak secara berterusan dan semakin teruk dari semasa ke semasa
(progresif).
*Ujian fungsi paru-paru
Beberapa ujian perlu dijalankan untuk mengesan penyakit ini. Ujian
yang sangat penting dan senang dijalankan adalah ujian fungsi paru-paru
menggunakan mesin spirometri.
Ujian ini akan mengesan penyakit COPD dan juga menentukan tahap
penyakit sama ada sederhana, teruk dan sangat teruk. Ia amat mudah
tanpa memerlukan suntikan atau ujian darah.
Untuk ujian ini, pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam-dalamnya
dan menghembus keluar semua udara melalui satu tiub yang dipasang
kepada mesin spirometer.
Kandungan udara dalam paru paru boleh dikira dan tahap penyakit COPD ini boleh diketahui.
*Tekanan emosi
Secara keseluruhannya, penyakit kronik COPD boleh membawa pelbagai kesan kepada kehidupan pesakit.
Tekanan emosi adalah kesan yang kurang dibincangkan oleh doktor dan
juga ahli keluarga. Kesannya kepada pesakit juga boleh dipanggil
penyakit ghaib.
Mereka kadangkala kelihatan seperti orang normal tetapi emosi mereka terganggu disebabkan oleh penyakit ini.
Mereka menjadi lebih gelisah kerana sesak nafas dan otot-otot
pernafasan menjadi ketat menyebabkan sesak nafas menjadi semakin teruk.
Proses ini berterusan secara pusingan balik dan disebabkan ini,
pesakit COPD akan mengelakkan diri dari keluar rumah atau melakukan
aktiviti-aktiviti luaran.
Kesemua ini menyumbang kepada penyakit kemurungan. Ini boleh diatasi dengan mempelajari teknik pernafasan perlahan.
‘‘Saya disahkan menghidap COPD pada tahun 2003. Doktor menyarankan
agar saya menjalani pemindahan paru-paru. Beliau memaklumkan kepada
saya bahawa tanpa prosedur itu, saya hanya mempunyai jangka hayat tidak
lebih lima tahun.
‘‘Tetapi, saya takut hendak menjalani pembedahan kerana risikonya
besar. Saya mendapat tahu tentang pemulihan semula (rehabilitasi)
pulmonari.
‘‘Saya bersenam tiga hari seminggu selama empat jam, melakukan
aerobik dan latihan bagi menguatkan bahagian atas tubuh. Sejak itu,
saya tidak perlu lagi kembali ke hospital kerana masalah paru-paru.’’
– MUS, pesara kerajaan
‘‘Sebelum diagnosis, saya tidak pernah dengar pun tentang COPD. Saya
menyangka, batuk setiap hari dan nafas yang berdehit dari semasa ke
semasa itu adalah sesuatu yang normal kerana usia saya yang semakin
meningkat.
‘‘Selama beberapa tahun, saya tidak dapat pergi ke mana-mana seorang
diri, berjalan kaki terasa seperti jauh sekali. Sekarang barulah saya
tahu, menghisap syisya telah menyebabkan masalah pernafasan yang saya
alami,’’
– SIVA, berniaga sendiri
‘‘Waktu itu, saya berusia 18 tahun dan mengalami masalah berat badan
berlebihan. Seorang rakan memberitahu bahawa merokok boleh membantu
saya menjadi kurus.
‘‘Jadi, setiap kali selepas makan, saya mesti merokok. Kini, saya
salah seorang penghidap COPD. Saya masih belum sampai ke tahap
menggunakan rawatan oksigen tetapi saya sedar, hari itu akan sampai jua
nanti.
‘‘Banyak perkara yang dahulunya saya suka lakukan seperti berjalan
menyusuri pantai bersama suami, tidak dapat saya lakukan lagi sekarang.
Semuanya hanya tinggal kenangan...’’
– SUE, suri rumah
‘‘Tiga puluh tiga tahun saya menggunakan pelbagai produk tembakau.
Pada tahun 1998 saya disahkan sakit asma dan empat tahun kemudian,
emfisema (COPD) pula.
‘‘Saya bertarung dengan masalah pernafasan selama beberapa tahun
sebelum mendapat tahu tentang rehabilitasi pulmonari. Ia amat membantu.
Saya turut belajar menguruskan tekanan.
‘‘Aktiviti fizikal kini menjadi teman baik saya yang membolehkan
saya kekal cergas di dalam komuniti dan memberikan sokongan kepada para
pesakit COPD lain.’’
– ANDY, kumpulan
sokongan COPD
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
- copy from utusan online
KANSER PARU-PARU.<hr noshade="noshade" size="1"> |

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» COPD | Penyakit Paru-paru Kronik
» Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki
» Kanser paru-paru
» Penyakit Talasemia
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki
» Kanser paru-paru
» Penyakit Talasemia
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak