FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lengkapkan jadual imunisasi cegah beguk

Go down

Lengkapkan jadual imunisasi cegah beguk Empty Lengkapkan jadual imunisasi cegah beguk

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 8:46 pm

Lengkapkan jadual imunisasi cegah beguk


Oleh ROSLAH OTHMAN
SEJAUH mana kebenaran tentang kepercayaan ibu bapa kita dahulu
bahawa campuran nila dan cuka boleh mengubati beguk atau mumps,
sehingga kini tidaklah diketahui.
Ini kerana sehingga ke hari ini tidak ada kajian secara saintifik
membuktikan fungsi sebenar kedua-dua bahan itu kepada penyakit yang
dikatakan berpunca daripada jangkitan virus beguk, iaitu paramyxovirus.
Konsultan Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah
Alam, Dr. Roliza Ibrahim berkata, ada kemungkinan apabila kedua-dua
bahan itu disapu pada bahagian yang bengkak, ia memberi kesan psikologi
kepada pesakit kerana sifat bahan itu yang sejuk dan mampu mengurangkan
kesakitan.
Menerangkan lebih lanjut, kata Roliza, beguk adalah antara masalah
biasa dialami kanak-kanak membabitkan jangkitan pada kelenjar air liur
terutamanya kelenjar parotid yang terletak di bawah telinga dan
melepasi tulang rahang.
Penyakit berjangkit ini bukan sahaja disebarkan secara terus oleh
pesakit menerusi air liur, bersin dan batuk, tetapi juga apabila kita
berkongsi cawan minuman.
Bagaimanapun kata beliau, beguk tidak lagi menjadi masalah besar
kepada kanak-kanak abad ini kerana ibu bapa semakin sedar untuk
melengkapkan jadual imunisasi anak.
Ini kerana beguk boleh dicegah dengan suntikan vaksin MMR (beguk,
campak dan rubella) yang merupakan suntikan tiga serangkai ketika
kanak-kanak berusia satu tahun.
Kata Roliza, berbanding sebelum vaksin beguk diperkenalkan, penyakit
tersebut adalah salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang sukar
dielak kerana ia amat mudah berjangkit dan dijangkiti.
Di Malaysia sendiri katanya, apabila vaksin MMR mula diperkenalkan
pada pertengahan tahun 90-an dan diberi kepada kanak-kanak yang berusia
antara 12 - 15 bulan, insiden penyakit beguk didapati semakin
berkurangan.
Bagaimanapun, Roliza tidak menolak masih terdapat kalangan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut di negara ini.
“Mereka biasanya datang daripada komuniti tertentu yang masih tidak percayakan vaksin dalam pencegahan penyakit beguk.
“Selain itu faktor kesibukan ibu bapa menyebabkan mereka terlupa
untuk membawa anak-anak mendapatkan imunisasi MMR pada usia satu
tahun,” ujarnya.
Terdapat juga kanak-kanak yang sering dilanda demam atau selesema
menyebabkan imunisasi mereka tertangguh dan ini juga menyebabkan ibu
bapa terlupa untuk mendapatkan vaksin MMR ini.
Menerangkan bagaimana beguk boleh merebak katanya, apabila seseorang
itu bersin atau batuk, puing-puing cecair akan cepat merebak melalui
udara.
Apabila berjangkit, tempoh inkubasi virus tersebut adalah di antara
14 dan 21 hari. Gejala-gejala awal akan muncul antara 14 dan 21 hari
selepas seseorang itu terdedah kepada virus.
Ia akan dimulai dengan demam, keletihan, tubuh menggigil serta
kelenjar parotid atau kelenjar air liur yang lain membengkak dan terasa
sakit.
Katanya, kelenjar yang bengkak akan menyukarkan pesakit untuk
membuka mulut, bercakap atau makan dan minum. Biasanya bengkak pada
kelenjar itu sama sahaja di antara pesakit menyebabkan ia mudah
dikenali.
“Selalunya hanya satu kelenjar sahaja akan membengkak dan kadang
kala kedua-duanya. Ketika itu kanak-kanak mungkin akan mengadu susah
untuk makan atau minum, sakit di bahagian telinga, sakit perut dan
sebagainya.
“Oleh itu, ketika kanak-kanak diserang beguk mereka digalakkan
memakan makanan yang lembut seperti bubur yang tidak perlu dikunyah
terlalu lama dan ini secara tidak langsung mengurangkan kesakitan.
“Makanan atau minuman yang masam seperti limau atau pengambilan cuka
dalam makanan harus dielak kerana ini akan menyebabkan kelenjar berasa
lebih sakit. Pengambilan makanan yang masam akan merangsang kelenjar
air liur, apabila ia terangsang secara tidak langsung akan menyebabkan
bahagian tersebut berasa lebih sakit,’’ ujarnya.
Gejala lain termasuk sakit kepala, bahagian tengkuk berasa tegang, muntah dan tidak suka melihat cahaya.
Katanya, bengkak pada kelenjar parotid selalunya akan membesar
dengan pantas dalam tempoh dua atau tiga hari dan akan mula surut
selepas itu dan demam dengan suhu yang tinggi juga akan mula menurun.
Beliau menambah dengan semua gejala dan komplikasi, kebanyakan
kanak-kanak yang pulih sepenuhnya daripada beguk tidak akan berhadapan
dengan masalah tersebut untuk jangka masa panjang.
Berbanding kanak-kanak, kata Roliza, orang dewasa akan lebih
menderita jika diserang beguk. Beguk di kalangan remaja atau dewasa
lelaki misalnya, mungkin boleh menyebabkan orchitis atau radang pada
buah zakar (testis). Kira-kira 10-20 peratus remaja atau dewasa yang
dijangkiti beguk akan mengalami orchitis.
Kebiasaannya, kata beliau salah satu buah zakar akan membengkak dan
sakit antara tujuh hingga 10 hari selepas kelenjar parotid bengkak. Ini
diikuti dengan demam dengan suhu yang tinggi, menggigil, sakit kepala,
sakit perut dan muntah.
Bagaimanapun, selepas tiga hingga lima hari, bengkak dan kesakitan pada buah zakar serta demam akan hilang.
Orchitis yang menyerang akan menyebabkan buah zakar yang dijangkiti
menjadi lebih kecil berbanding dengan yang tidak dijangkiti. Walaupun
buah zakar ini menjadi kecil, ia jarang sekali menyebabkan kemandulan,
namun risiko untuk menjadi mandul tetap ada.
Menurut Rozliza, disebabkan beguk adalah jangkitan virus tiada ubat
spesifik yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan tersebut
sebaliknya kanak-kanak boleh diberi ubat untuk melegakan demam dan
kesakitan dan boleh dirawat di rumah.
Katanya, anak-anak yang dijangkiti beguk perlu banyak berehat dan
diet mereka perlu diubah suai untuk mengurangkan proses mengunyah.
Penyakit beguk ini selalunya akan pulih tanpa banyak kesan
sampingan. Namun, ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang merbahaya
seperti meningitis atau encephalitis atau radang di bahagian otak.
Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar segera merujuk kepada doktor
atau membawa anak ke hospital jika berlakunya simptom meningitis atau
radang otak seperti muntah keterlaluan atau sawan.
APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BEGUK ATAU MUMPS
- Melibatkan jangkitan virus pada kelenjar air liur.
- Boleh diatasi dengan suntikan pelalian MMR.
- Selalunya, beguk akan didahului dengan keletihan badan dan sakit
sendi yang seterusnya bengkak di bahagian kelenjar air liur (parotid)
di bawah telinga dan rahang.
- Untuk lelaki dewasa, kadangkala ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada zakar (orchitis) serta kemandulan.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Lengkapkan jadual imunisasi cegah beguk Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8036

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum