Terapi puasa
Page 1 of 1
Terapi puasa
Terapi puasa
Oleh ROHIDZIR RAIS
Sebagai Pencipta manusia, jasad dan roh, Allah s.w.t. pasti lebih
tahu apa yang baik untuk manusia. Kewajipan puasa tidak hanya bertujuan
merawat jiwa manusia dalam ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah
tetapi juga sebagai terapi tahunan untuk tubuh manusia.
Ini jelas dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 184 bermaksud: Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.
Puasa telah sedia dikenali sebagai satu rawatan semula jadi untuk
pelbagai jenis penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai pakar
perubatan kuno berpuasa dan menyarankan pesakit-pesakitnya agar
berpuasa sebagai satu kaedah rawatan. Contohnya, Ibnu Sina, pakar
perubatan Islam, menyifatkan puasa sebagai rawatan untuk pelbagai jenis
penyakit.
Malah doktor-doktor Islam kini mengakui puasa boleh mengubati
penyakit cacar dan sifilis. Napoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan
terapi puasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr. Fredrick Hoffman,
dari Universiti Moscow pada 1769 menasihatkan pesakit-pesakitnya agar
berpuasa ketika sakit. Menurut beliau, puasa memberikan masa untuk
perut berehat dan memberikan ruang untuk tubuh mengembalikan kekuatan.
Allah sendiri menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan ke atas kita
ini telahpun diamalkan oleh umat-umat sebelum ini. Firman-Nya: Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Pada kurun ke-19, Zeland, seorang pakar perubatan Rusia, mengumumkan
bahawa puasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem
penghadaman dan darah. Katanya lagi, puasa memberikan masa yang cukup
untuk tubuh berehat, di samping beroleh kekuatan baru.
Sebenarnya hakikat puasa sebagai terapi melawan penyakit bukan
sesuatu yang baru. Rasulullah yang hidup pada zaman gelap sains,
mengakui bahawa puasa adalah senjata untuk melawan penyakit. Sabda
baginda, “Puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri”. (riwayat
Imam Ahmad)
Pakar-pakar moden kini mengesahkan bahawa setiap orang perlu
berpuasa, sama ada orang itu sihat, apatah lagi jika sakit. Pelbagai
racun memasuki tubuh sepanjang hidup kita, melalui makanan dan minuman
moden yang tidak sihat dan sarat dengan bahan kimia dan udara yang
tercemar.
Tubuh tidak mampu menyingkirkan semua racun ini dan menyebabkan
manusia semakin lemah. Puasa dapat memberi ruang dan kesempatan untuk
sel-sel tubuh membersihkan diri mereka daripada racun-racun ini dengan
lebih berkesan. Berbeza dengan amalan diet biasa, kaedah puasa Ramadan
adalah yang terbaik kerana dilakukan dengan sistematik setiap tahun.
Walaupun keberkesanan terapi puasa terhadap tubuh telah diakui
tetapi perkara paling menakjubkan ialah kemampuannya untuk merawat
masalah psikologi yang kritikal. Puasa memberi masa untuk sel-sel otak
berehat dan pada masa sama, bertindak membersihkan sel-sel darah
daripada toksik. Darah bersih yang memasuki otak ini akan turut sama
membersihkannya.
Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan
cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan apabila Pengarah Institut Pesakit
Mental Moscow, Dr. Yuri Nikolayev, merawat 7,000 pesakit mental dengan
menggunakan terapi puasa, setelah semua kaedah dan ubat-ubatan lain
tidak berkesan. Menakjubkan rawatan ini berjaya!
Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang tidak membenarkan
mereka yang mempunyai masalah psikologi berpuasa seperti pesakit yang
menderita epilepsi (sawan) yang disebabkan oleh kekurangan kandungan
gula dalam darah kerana memerlukan pengambilan ubat sepanjang Ramadan.
Begitu juga dengan pesakit skizofrenia, menggunakan ubat yang menyebabkan mulut kering dan dahaga.
Pengguna Lithium juga tidak boleh berpuasa kerana kekurangan air di
dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah dan menukarkan dadah
menjadi racun.
Kebanyakan doktor menyarankan agar pesakit diabetes jenis 2 agar
tidak berpuasa kerana memudaratkan. Tetapi, Dr. Riyadh Sulaimani dan
rakan-rakannya di Kuliah Perubatan Hospital al-Malik Khaled al-Jami’,
pada 1990, telah menjalankan kajian tentang kesan puasa Ramadan kepada
pesakit diabetes jenis 2.
Seramai 47 orang pesakit diabetes jenis 2 yang terlibat dalam kajian
ini telah berpuasa dan didapati tidak terdapat kesan yang memudaratkan
kepada mereka dari segi berat badan dan kandungan gula dalam badan.
Bagaimanapun, mereka ini sebaiknya mendapatkan nasihat doktor
sebelum berpuasa. Pesakit yang bergantung pada suntikan insulin, tidak
disarankan berpuasa kerana mereka perlu makan setengah jam selepas
suntikan. Namun begitu pesakit yang menggunakan ubat-ubatan, mungkin
boleh mengambil manfaat daripada puasa terutama mereka yang mengalami
berat badan berlebihan.
Puasa boleh membantu anda kekal muda remaja! Sekurang-kurangnya
itulah yang di dakwa oleh Dr. Masora EJ dari Fakulti Psikologi
Universiti Texas, yang mengkaji kaitan puasa dengan faktor panjang umur
dan awet muda. Dengan mengurangkan 50-70 peratus makanan yang diberikan
kepada beberapa ekor tikus, didapati ia membantu memanjangkan jangka
hayat mereka serta dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan usia.
Terapi yang dinamakan sebagai Antiaging Action of Caloric
Restriction (CR) ini berkesan kerana pembersihan berterusan sel-sel
tubuh melalui puasa dapat memanjangkan umur sel dan melambatkan proses
penuaan.
Selain itu, keperluan badan terhadap protein juga menurun dan ini
membolehkan sel-sel berehat dengan baik. Puasa juga dapat memperbaharui
sel-sel dengan cara yang selamat.
Benarlah seperti yang disabdakan Baginda, nabi yang ummi yang tidak
mengenal huruf, bahawa puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri.
Ini kerana, ketika puasa menyebabkan perubahan hormon di dalam badan.
Kajian Dr. Kernt et. al, telah mengesan perubahan dalam pengeluaran
Hormon Pembesaran (Growth Hormone) oleh kelenjar pituari dalam tubuh
orang yang berpuasa. Ini memberikan kesan positif dalam menguatkan
sistem imuniti tubuh. Seperti yang kita tahu, sistem imuniti adalah
‘senjata’ mempertahankan diri daripada serangan luar. Dengan semua
nikmat ini, bulan Ramadan layak dinobatkan sebagai Bulan Kesihatan
Sedunia!
Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan nikmat Ramadan ini. Kita
berpuasa kerana Allah, begitu juga dengan semua ibadat lain. Kerana
ketaatan ini, kita menerima kebaikan di dunia dan di akhirat berupa
kesihatan yang baik. Sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam
berhempas pulas mengkaji tentang puasa, nikmat yang telah lama kita
kecapi.
* ROHIDZIR RAIS ialah Editor di Telaga Biru Sdn. Bhd.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» asthma dan puasa
» KELEBIHAN PUASA 10 MUHARRAM....
» Lawak Pak Pandir Di bulan Puasa
» Siapakah Juru X-Ray Terapi?
» TERAPI ULAT UNTUK PULIH LUKA
» KELEBIHAN PUASA 10 MUHARRAM....
» Lawak Pak Pandir Di bulan Puasa
» Siapakah Juru X-Ray Terapi?
» TERAPI ULAT UNTUK PULIH LUKA
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak