FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

E. coli bakteria kawan dan lawan

Go down

13032008

Post 

E. coli bakteria kawan dan lawan Empty E. coli bakteria kawan dan lawan




E. coli bakteria kawan dan lawan


Oleh Najibah Hassan
E. coli bakteria kawan dan lawan Kn_01_big
BAKTERIA E. coli berbentuk rod ini juga mampu menghasilkan antibiotik untuk merawat penyakit.<hr noshade="noshade" size="1">


SAINTIS mendakwa bakteria merupakan salah satu hidupan tertua
dan dipercayai wujud di dunia ini hampir 4,000 juta tahun lamanya.
Dalam tempoh tersebut, hidupan ini menjalani kehidupan yang
berbeza-beza dan cukup menarik.
Organisme mikroskopik ini merupakan hidupan satu sel yang sebahagian besarnya hidup di atas permukaan objek.
Dengan pelbagai bentuk dan saiznya yang berbeza-beza, mereka berkembang biak secara membelah dua dalam beberapa jam.
Sebagai komponen semula jadi yang terdapat di tasik, tanah, tubuh
manusia dan haiwan hampir sebahagian besar bakteria tidak berbahaya
kepada manusia.
Sebaliknya, organisme yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini
mempunyai sumbangan dan peranan yang tidak kurang pentingnya kepada
dunia dan manusia.
Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa interaksi bakteria dengan
lain-lain hidupan mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Ini termasuklah dalam proses pembuatan tanah, makanan lembu,
mengawal serangga, ubat-ubatan, bioplastik, tumbuh-tumbuhan,
mengurangkan pencemaran seperti minyak, plastik dan sebagainya.
Sebagai contoh, sebahagian besar haiwan mamalia seperti lembu dan
kambing bergantung kepada bakteria untuk membantu menghadamkan makanan
mereka.
Dunia juga terhutang kepada bakteria kerana keupayaannya menghasilkan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk merawat penyakit.
Seiring dengan wujudnya teknik mikrobiologi moden, bakteria bukan
saja digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan yang diimport dari luar
negara, bahkan plastik mesra alam.
Tetapi, tidak dinafikan ada kalanya interaksi bakteria ini jika
tidak `kena pada tempatnya' boleh memudaratkan, sekali gus menyebabkan
jangkitan penyakit.
Bakteria Escherichia coli atau singkatannya E. coli, juga di sebut
sebagai E.kolai adalah sejenis basilus gram-negatif. Ia merupakan
sebahagian flora normal usus pada haiwan dan manusia. Sebagai flora
normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang
menyebabkan penyakit.
Selain itu, E. coli juga menghasilkan vitamin K dan B kompleks yang diperlukan tubuh.
``Bagaimanapun, sekiranya E. coli beralih daripada ekosistem
asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan, antara agen
penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah
atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis),
cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang
melibatkan pembedahan usus,'' kata Pakar Perunding Mikrobiologi dan
Kawalan Infeksi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil.
Bakteria E. coli julung kalinya ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885.
Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria
yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak.
Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus
atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.
Ia merupakan kejayaan terbesar dalam kesihatan orang awam. Peringkat awal, bakteria ini lebih dikenali sebagai Bacterium coli.
Bagaimanapun, namanya diubah kepada Escherichia coli sebagai satu penghormatan kepada individu pertama yang menemuinya.
Menurut Nordiah, E. coli dibahagikan kepada pelbagai jenis atau
serogroup berdasarkan antigen O, H dan K. Antara faktor yang
menyebabkan bakteria E. coli ini menjadi ganas dan punca penyakit ialah
kehadiran adhesin iaitu rerambut halus yang melekat pada mukosa. ``Pada
masa yang sama, penghasilan toksin iaitu sejenis racun daripada
bakteria ini boleh merosakkan tubuh,'' katanya.
Lebih 80 peratus agen penyebab UTI adalah E. coli. UTI lebih ketara
di kalangan wanita kerana beberapa faktor seperti uretra wanita yang
lebih pendek berbanding lelaki. Pada masa yang sama, kedudukan faraj
dan dubur yang berhampiran.
Pesakit yang mengalami UTI kata Nordiah, biasanya mengeluh rasa
pedih semasa membuang air kecil, kerap membuang air kecil atau tidak
dapat menahan untuk membuang air kecil.
Bagaimana E. coli dikenal pasti?
E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar
daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair
serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.
Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.
Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E.
coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu
tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada
melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan
najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.
E. coli penyebab gastroenteritis dan cirit-birit terdiri daripada beberapa jenis:
* Enterotoksigenik E. coli (ETEC)
Biasanya cirit-birit ini dialami pengembara dan bayi di
negara-negara kurang membangun. Ia berpunca daripada makanan atau
minuman yang tercemar dengan najis.
Antara gejala yang dialami ialah kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.

* Enteropatogenik E. coli (EPEC)
Ia menyebabkan cirit-birit pada bayi. Antara gejala yang dialami ialah demam, mual dan muntah-muntah.
* Enteroinvasif E. coli (EIEC)
Jangkitan daripada makanan. Pesakit biasanya mengalami demam, kekejangan perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah.
* Enteroagregatif E. coli (EAEC)
Ia mengakibatkan cirit-birit berair pada bayi yang berlanjutan sehingga pesakit mengalami dehidrasi.
* Enterohemoragik E. coli (EHEC)
Jenis ini berpunca daripada bakteria E. coli 0157:H7 yang
mengakibatkan penyakit yang serius kepada manusia. Pesakit yang
mengalami cirit-birit ini melarat hingga menyebabkan pendarahan usus.
Bakteria ini akan masuk ke dalam perut dan usus kecil. Ia
kemudiannya melekat pada permukaan usus besar dan mengakibatkan radang
pada dinding usus. Tindak balas ini disebabkan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria terbabit.
Ia berpunca daripada pengambilan produk tenusu seperti susu atau jus
buah yang tidak dipastur, sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti
salad dan produk daging separuh masak.
Antara gejalanya ialah kekejangan perut dan cirit-birit berdarah.
Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi
hemolytic uremic syndrome (HUS).
Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang akut, sel
platelet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah. Kira-kira tiga
hingga lima peratus meninggal dunia akibat komplikasi ini.
E. coli O157:H7 buat pertama kalinya menyebabkan wabak penyakit
cirit-birit berdarah berlaku pada 1982. Wabak itu dipercayai berpunca
daripada burger yang tercemar. Selepas itu wabak E. coli O157:H7 juga
telah dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.
Rawatan
Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia,
radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan,
pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.
Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air
dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena.
Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak
disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi
semakin serius.
Pencegahan
Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli.
Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali
kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat
mengembara. Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air
bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:
* Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
* Menyusu bayi dengan susu ibu
* Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
* Minum susu yang dipasteur
* Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : E. coli bakteria kawan dan lawan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Share this post on: reddit

E. coli bakteria kawan dan lawan :: Comments

MLT_hidayah

Post Thu 20 Mar 2008, 1:19 am by MLT_hidayah

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (pulmonari TB) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem lymphatik, sistem peredaran "circulatory system" (miliari TB), sistem genitourinari, tulang dan sendi.
Di Malaysia,
seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di
negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64
kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri
Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat
penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar
dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.E. coli bakteria kawan dan lawan 180px-TB_CultureE. coli bakteria kawan dan lawan Magnify-clip

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis





Sabah dan Sarawak
pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus
setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan
tambahan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan
Rakyat di sini hari ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang
diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya
terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi
kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila
kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan
orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan
sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam
masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada
mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun
2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat
dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang
kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit
sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit
berjangkit daripada terus menular di Malaysia.
Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.



  • 1 Tanda dihidapi penyakit
  • 2 Mereka Mungkin Diserang:
  • 3 Cara Batuk Kering Merebak

Tanda dihidapi penyakit

Batuk berdarah atau berkahak.

  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang:


Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Cara Batuk Kering Merebak


Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau
bersin, mereka mengelauarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang
sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut
akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui
darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Back to top Go down

avatar

Post Sun 06 Feb 2011, 7:25 am by rifa lastari

thanks for the info.anak saya menghidap hydrocephalus berpunca dari e coli meningitis.anak saya dah pun menjalani pembedahan VP SHUNT.adakah anak saya berpotensi terkena serangan meningitis sekali lagi...?

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum